Episode 02

147 27 8
                                    

[ Lino's P.O.V ]

Aku tiba di hospital di mana papaku sedang dirawat di sana. Aku berjalan menuju ke wad dimana papaku ditahan di sana. Aku membuka pintu dengan perlahan. Kelihatan papaku baring di katil. Untuk makluman semua, papaku menghidap kanser duodenum tahap 4. Aku duduk di sebelahnya.

"Minho-ah..."

"Ye papa, Minho kat sini." Kataku. Dia hanya tersenyum ke arahku.

"Maafkan papa ye nak. Papa tak bagi kamu kehidupan yang senang. Papa kejam dengan kamu, nak. Masa mama kamu latih kamu secara sparta (faham eh maksudnya apa), papa tak halang dia. Malah, papa biarkan dia hukum kamu. Papa memang tak guna, nak." katanya kesal. Aku mengenggam erat tangan papaku.

"Papa dah la ye. Papa kena banyak rehat. Minho... dah tak kisah pon pasal tu. Hmm semua ibu sayangkan anaknya. Minho yakin yang mama buat Lino menderita dengan kesakitan yang dia buat atas sebab tertentu. Minho tak tau apa dia. Kadang ii minho benci kat mama. Minho benci dengan muzik. Sebab muzik jugaklah mama meninggal." kataku. Air mataku tumpah. Aku ni bukan la lelaki yang pura ii kuat. Bila aku rasa nak nangis, aku akan nangis.

"Kamu jangan salahkan muzik. Muzik tak salah apa ii pon. Apa yang terjadi semuanya takdir tuhan...." nafasnya mula naik turun. Aku mula panic lalu menekan butang merah.

"Papa... bersabar lah. Minho panggilkan doctor." kataku.

"Ma-aafkan papa Minho-ah. Papa... tak boleh teman kan kamu lama ii... kat sini... papa akan pergi... jumpa mama..."

"Papa... jangan pergi tinggalkan Minho. Papa..." rayuku. Aku tak nak sendirian di dunia ni.

"Nak, jangan risau... papa akan bagitau... mama kamu yang... kamu dah berjaya... mama kamu buat macam tu... sebab dia nak kamu berdikari... selepas je mama dan papa meninggal..." aku menangis teresak-esak.

"Jangan... salahkan... mama kamu... lagi.... Mama dan papa... sangat sayangkan kamu..."

"Papa..." setelah itu, mata papaku tertutup rapat. Ramai doktor dan nurse memasuki wad papaku untuk periksanya buat kali terakhir.

"Encik tunggu di luar..." kata nurse tersebut lalu membawaku keluar. Aku duduk di atas bangku. Aku menunduk lalu menutup kepalaku ngan hoodie supaya takde orang perasan yang aku disitu. Maklumlah, aku ni popular. Kang kecoh pulak hospital ni. Tiba ii,

"Hyung..." aku memandang. Kelihatan Hyunjin sedang berdiri di depanku. Aku bagitau Hyunjin yang aku berada di Hospital dan bagitau juga yang papaku sedang tenat. Dia duduk di sebelahku lalu menenangkanku.

"Hyung, kalau nak nangis. Nangis je la. Dan jangan lupa yang hyung tak sendirian. Hyung ada kiteorang. Apa ii yang berlaku semuanya ada hikmahnya." katanya. Aku tak tau kenapa aku begitu lemah. Pada hari tu jugak aku mula sendirian. Makan sendirian, semuanya sendirian.

[ Seung Hee's P.O.V ]

Aku sedang baring atas katil. Aku melihat phone aku dan check instagram. Oh? Hyunjin post something la.

Caption: teman hyung kat hospital. Rest in peace Uncle Lee :'(

"Lino kat hospital?" Aku teragak-agak nak call Lino. Takut menganggu dia la pulak. Tiba ii,

KRINGGGG

Aku melihat screen dan mata aku membulat. LINO?????

"Ummm hello? Lino sunbae?"

"Ishhh awak ni tak yah nak sunbae bagai." katanya. Suara dia nampak ceria je.

"Umm awak okay ke tu? Saya dengar ayah awak baru je meninggal." kataku perlahan. Dia terdiam di panggilan. Aku dapat agak yang dia sedang bersedih.

"Umm kalau awak nak kita jumpa boleh je. Awak boleh luahkan segalanya dekat saya. Maybe waktu ni ialah waktu untuk awak lepaskan segalanya." kataku.

"Seung Hee...."

"Hmm?"

"Boleh ke kita berjumpa?" soalnya.

"Boleh... umm saya tengah free ni. Nak jumpa kat mana?"

"Jumpa kat sungai Han. Saya tunggu awak kat situ."

"Nae, bagi saya 10 minit." kataku lalu bersiap untuk pergi ke Sungai Han. Setelah tiba di Sungai Han, kelihatan seorang lelaki sedang tunggu di bangku.

"Lino?" dia memandang kearah ku. Aku terkelu. Kenapa jantung aku berdegup kencang ni. Lino, hmmm kenapa awak perfect dibawah sinaran moonlight? Boleh ke aku terus rapat dengan dia. Aku sendiri pon tak yakin.

"Seung Hee, duduklah." katanya. Aku duduk di sebelahnya.

"Maaf atas kematian ayah awak. Awak kena bersabar tau." kataku dengan semangat. Aku tak nak dan tak suka tengok orang bersedih. Apa ii pon dia kena move on.

"Seung Hee, boleh tak saya nak pinjam bahu awak?" soalnya. Aku terdiam sekejap.

"Hmm boleh awak nak pinjam muka saya pon saya tak kisah." kataku. Dia hanya tergelak kecil lalu meletakkan kepalanya diatas bahuku. Aku memandang ke arah langit dan pada masa yang sama air matanya tumpah diatas bahuku. Aku tau dia sedang bersedih. Siapa je yang tak sedih selepas je kehilangan orang yang kita sayang. Aku hanya biarkan dia lepaskan segalanya. Lee Know ya... saya harap kita boleh kekal macam ni. Saya tau ini terlalu awal tapi saya nak kita rapat macam ni sebelum apa ii terjadi dekat kita in future nanti. 

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Komen korang??

Mungkin korang akan rasa cepat sangat sebab meina plan nak buat short story je for ff ni. Tak nak buat panjang ii. Nasihat meina korang kena sediakan tisu bila baca ff ni okay?

Cukup ya untuk hari ni. Esok kita sambung lagi. Meina dah mabuk dah ni.

「 C 」Lie In December | SKZ LEE KNOW FFWhere stories live. Discover now