Episode 05

119 22 5
                                    

[ Seung Hee's P.O.V ]

Aku buka mataku dengan perlahan.

Aku dimana?

Kenapa semua putih? Aku melihat sekeliling. Aku dikelilingi oleh doktor dan nurse. Boleh tak seseorang bagitau aku yang aku kat mana sekarang ni?

"Uhh..."

"Doktor... dia dah sedar..." kata seorang wanita. Ternyata itu ialah mak aku.

"Mak... Hee kat mana ni?" soalku.

"Hee kat hospital sayang... Hee pengsan masa tengah buat performance. JYP sendiri call mak. Tu yang gegas ke hospital." kata mak aku.

"Umm Cik Yoo, Puan Yoo ada sesuatu saya nak bagitau dekat kamu berdua." kata doktor.

"Sebenarnya, apa penyakit anak saya doktor?" soal mak aku. Aku hanya terdiam.

"Maafkan saya Puan Yoo, anak puan menghidap penyakit tumor otak tahap keempat. Anak puan ada masa untuk hidup selama sebulan." kata doktor.

"Apa doktor..." aku melihat mak aku terduduk menangis di kerusi.

"Mak... maafkan Hee... sebenarnya Hee dah tau yang Hee takkan hidup lama kat dunia ni. Tapi, Hee nak mintak tolong kat mak. Mak jangan bagitau sesiapa pon tentang penyakit Hee ni. Hee tak nak kawan ii Hee bersedih untuk Hee. Mak pon tau kan Hee tak suka." kata aku. Mak aku lantas memelukku erat.

"Anak mak..." dia memelukku sambil menangis. Aku turut menangis.

Beberapa hari kemudian, aku masih ditahan di hospital untuk pantauan doktor dan check up. Kawan ii hanat aku iaitu Kayla, Haemin dan Hyuri selalu melawat aku. Dalam hati kecil aku, merayu untuk seseorang yang semestinya special dalam hidup aku untuk datang lawat aku. Tapi, harapan aku hancur. Aku harap dia okay je...

[ Lino's P.O.V ]

Aku duduk di bilik praktis seorang diri. Kenapa benda macam ni selalu kena kat aku? Kenapa sejak aku terima muzik balik dalam hidup aku ada je benda yang tak kena. Kenapa? Aku tak nak kehilangan seseorang yang begitu berharga dalam hidup aku lagi sekali. Aku cuma harap yang Seung Hee tak apa ii.

"Hyung... hyung kat dalam ke?" itu macam suara Changbin. Tapi aku hanya membiarkannya.

"Hyung... bukak pintu ni." Hyunjin pon ada sekali? Aku hanya biarkannya lalu menekup mukaku. Setelah sekian lama, pintu bilik praktis dibuka.

"Hyung, dah la tu. Takkan jadi apa ii la kat Seung Hee. Hyung jangan risau la."

"Betul tu hyung. Apa kata hyung pergi lawat dia."

"Hyung, hyung kena fikir positif yang semuanya berjalan dengan lancar. Dah takde pape yang akan berlaku. Jom lah hyung. Yang lain semua tengah tunggu hyung ni." kata Hyunjin. Aku hanya mengeluh.

"Korang pergi la. Hyung nak stay sini." kata aku. Aku jadi lemah kalau nak pergi lawat dia. Aku takut apa yang terjadi kat aku dulu terkena lagi sekali. Mereka hanya mengeluh.

"Dah la kalau ini yang hyung nak, Fine. Takyah la datang lawat Seung Hee. Kawan apa macam ni." kata Han lalu keluar dari bilik praktis. Diikuti dengan Hyunjin dan Changbin. Kini, aku kembali keseorangan. Seung Hee, maafkan saya. Aku tak sedia untuk tengok muka awak kat hospital. Tiba ii, flashback menghantui pemikiran aku.

Flashback

Aku sedang berdiri di hadapan pintu bilik wad mama aku. Papa yang ada disebelahku hanya memegang bahuku.

"Jom kita masuk. Mama kamu menunggu di dalam." Aku hanya mengangguk lalu membuka pintu wad. Kelihatan mama aku tengah focus mengait pakaian.

"Mama?" Dia melihat kearahku.

"Ohh Minho, kamu datang?" soalnya lalu menyambung mengait. Aku letak bakul yang berisi buah-buahan di atas meja.

"Mama macam mana?" aku tanya acuh tak acuh. Maklumlah waktu ni hubungan aku dan mama aku tak la serapat macam orang lain.

"Minho, kenapa ni? Tengok la muka mama ni. Mama macam ni la. Tak leh buat apa ii. Tak sangka anak mama ni dah besar. Happy birthday, Minho ah. Mama tau mama dah lambat dua bulan tuk wish kamu sebab kamu terlalu sibuk dengan kerjaya kamu. Nah ni hadiah hari jadi kamu yang ke 18." katanya lalu memberikan kotak kecil yang berada di tepi katil. Sebab tulah aku rasa pelik tadi kenapa tiba ii ada kotak kecik kat sini. Untuk aku rupanya.

"Terima kasih je lah ma... Minho hargai hadiah ni. Minho akan anggap ni pon ialah hadiah krismas." kataku. Maklumlah dua hari kemudian adalah hari natal. So aku anggap je la ni hadiah krismas jugak la kan.

"Dah la ma... Minho ada hal. Tak leh nak lawat mama lama ii. Minho pergi dulu." kata aku lalu berdiri. Sebelum aku mula jejak kaki...

"Minho ah, mama harap sangat minho peluk mama... Mama tau kamu masih marah pada mama tapi ni ialah impian mama tuk peluk anak mama... kalau tak nak... takpe la. Mama tak paksa..." kata mama. Aku hanya mengeluh.

"Esok ii je la mama. Esok Minho akan datang lagi. Kalau mama nak peluk peluk la esok eh? Badan Minho pon dah berbau. Minho balik dulu." Aku terus keluar dari wad mamaku.

Keesokkan harinya, aku tiba di hospital. Sampai je di wad mama, ramai doktor dan nurse masuk ke wad mama. Aku bergegas pergi ke wad mama. Aku terkejut sebab badan mama ditutupi oleh selimut putih milik hospital. Aku terpandang papa yang sudah menangis di tepi pintu wad.

"Papa... kenapa ni? Kenapa dengan mama?" soalku. Papaku terus memelukku erat.

"Minho... mama kamu... dah tak ada..." kata papa. Sejak itu aku terkelu. Air mataku tumpah dengan sekelip mata. Mama... dah takde? Aku ingin berjalan ke arah mama tapi di halang oleh papa.

"Jangan ke sana Minho..."

"Papa... papa tipu.... Tak mungkin mama dah tak ada. Minho nak tengok sendiri. Mama masih hidup kan? Kan Minho dah janji yang hari ni nak peluk mama. Kenapa mama..." kata aku sambil menangis. Aku sedar yang nasi sudah menjadi bubur. Apa yang terjadi tak boleh diputar balik. Sejak hari tu, bagi aku krismas dah tak de makna dalam hidup aku

End of flashback

Aku takut benda yang sama menimpa aku lagi sekali. Aku takut yang Seung Hee akan pergi tinggalkan aku macam mana mama pergi tinggalkan aku. Aku ada banyak benda nak buat dengan dia. Salah satunya ialah confess everything yang aku.... Sukakan dia....

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

「 C 」Lie In December | SKZ LEE KNOW FFWhere stories live. Discover now