8

548 33 0
                                    

BAB 8

“SAKITLAH!” Nawal cuba bangun namun bahunya ditolak kasar oleh Darwish sehingga Nawal kembali telentang. 

“Aku tanya, kau jumpa kawan ke jumpa jantan tepi jalan, Nawal Irish?” Keras suara Darwish memaksa Nawal menjawab soalannya. Semakin kuat rentapan tangannya di rambut Nawal.  

Nawal bertindak agresif. Ditumbuk-tumbuknya tangan Darwish meminta agar dilepaskan rambutnya. Terasa perit kulit kepalanya. Bagai mahu tersiat!

“Kau ni kenapa? Tanya elok-elok tak boleh ke? Sakitlah, Darwish!” jerit Nawal bercampur getar suara yang seakan mahu menangis. Sedaya-upaya dia cuba untuk bangun.  

Darwish langsung tidak peduli malah separuh tubuhnya menghimpit tubuh Nawal. Tanpa isyarat, terus sahaja bibirnya dilumatkan ke sepasang bibir Nawal.

“Hmmm…” Nawal cuba untuk melarikan wajahnya namun tangan Darwish beralih pula mencengkam pipinya. Ciuman paksa yang rakus itu sungguh menyakitkan seluruh bibir Nawal. 

Nawal mengumpul sehabis tenaganya. Kaki diangkat lantas dilepaskan lututnya di bahagian alat sulit Darwish sehingga lelaki itu melepaskan cengkaman dan tindihannya lalu mengerang di sisi Nawal. Kelam-kabut Nawal bangun. Baru dia mahu menjauhi Darwish, tangan Darwish lebih pantas merangkul semula pinggang Nawal.  

“Kau ingat kau boleh lepas dari aku ke, Nawal? Aku dah cakap, jangan cari pasal dengan aku!” bentak Darwish di dalam kesakitan. Darwish bangun dan tubuh Nawal juga dipaksa bangun lantas dihimpit Nawal ke dinding bersebelahan dengan meja sisi katil.  

Bergerak-gerak anak mata Nawal berlawan mata dengan renungan menyinga daripada Darwish. Berombak ganas dadanya. Sakit dan takut! Lihat sahaja segala urat yang timbul di pelipis Darwish sekarang, tahulah Nawal bahawa Darwish betul-betul sudah hilang akal. 

“Apa hubungan kau dengan jantan tu? Jawab soalan aku, Nawal!” soalnya lagi. Keras dan tinggi intonasinya. 

“Siapa? Kau ni dah gila ke apa, Darwish!?” 

Darwish tersungging senyum. “Kau jangan nak perbodohkan akulah, sayang. Hari-hari kau mengelak dari aku dekat kolej sebab kau nak melepak tepi jalan, bercampur dengan jantan tepi jalan tu, kan? Kau buat apa? Kau jual badan kau ke, hah?” 

Bak lelaki psycho, pipi Nawal dielus lembut sambil dia melemparkan satu per satu tuduhan ke arah Nawal membuatkan lava di hati Nawal mula meletus. Nawal tersenyum sinis dan itu berjaya menarik perhatian Darwish. 

“Kalau betul pun, apa masalah kau?” 

Berubah riak wajah Darwish. Ternyata dia terkejut benar dengan jawapan balas daripada Nawal. Terus sahaja telapak tangannya naik dan mencekik leher Nawal. Tidak terlalu kuat, sekadar ditekan rapat ke dinding namun cukup jelas menyalurkan rasa amarahnya kepada Nawal ketika ini.  

“Kau lupa ke apa status kau, Nawal? Kau hak aku!”

Sedaya-upaya Nawal ketawa. Kedua-dua belah tangannya memegang lengan Darwish namun langsung tak berkurang rasa sakit di lehernya akibat ditekan kuat oleh Darwish. Berpeluh seluruh tubuhnya dan jelas menitis peluh di tepi dahinya.  

“Hak? Kau persoalkan hak kau? Aku tak pernah anggap kau ni ada hak ke atas aku pun, Darwish! Kau aje yang macam orang gila tak boleh terima yang aku ni dah benci kau!” Tersekat-sekat suara Nawal. Nafasnya semakin pendek-pendek. Mungkin ke Nawal akan mati di tangan Darwish malam ini?

“Aku cintakan kau!”

“Cinta?” Nawal cuba pula untuk ketawa dan tawanya sangat sinis. “Kau jangan ingat aku tak tahu. Kau nak aku sebab ada kepentingan aje, kan? Kau nak segala wasiat arwah babah aku yang diletakkan di atas nama aku!”

Separuh Nafas *Pre Order Sehingga 30/10/22*Where stories live. Discover now