13

541 28 2
                                    

BAB 13

TERDONGAK-DONGAK kepala Nawal memandang setiap kedai yang dia lalui. Sudah masuk jam kedua dia merayap-rayap di sekitar kawasan perumahan Emir dan kawan-kawannya. Satu sahaja tujuannya sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada rumah itu pagi tadi iaitu Nawal mahu mencari kerja. Sekurang-kurangnya Nawal mampu untuk menampung perut sendiri dan menyewa bilik. Tak perlu menyusahkan Emir dan yang lain-lain. Cukup tiga hari dia terperap sahaja di dalam bilik Emir tanpa buat apa-apa. Makan pun diberi. 

Sampai bila? Mereka lelaki bujang dan Nawal pula anak dara. Kalau bukan sekarang pasti lambat-laun akan diketahui oleh jiran-jiran. Emir pun nampak tidak selesa dengan keberadaan Nawal di dalam rumah itu. Selalu mengelak. Pulang dari studio pasti Emir akan lekas-lekas bersiap dan terus keluar rumah sampailah larut pagi setelah selesai busking. 

Teringatkan Emir, peristiwa pagi tadi benar-benar membuatkan Nawal nekad untuk keluar mencari jalan penyelesaian. 

Nawal memerhati langkah Emir yang menuju ke dapur. Nawal menyorok di sebalik dinding memerhati belakang tubuh Emir yang menghadap kabinet dapur. Tangan berurat itu naik mencapai satu biji mug dan air panas dituang. 

“Emir nak air? Nawal boleh tolong.” Nawal keluar dari persembunyian. Tersenyum sambil melangkah mendekati Emir yang berpaling dengan kerutan di keningnya. “Kalau nak makan, sorrylah. Saya pun Aman yang tapaw. Peti ais kau orang pun tak ada apa-apa.”

Emir abaikan Nawal. Dia kembali sibuk membancuh airnya. Nawal berdiri di sebelah Emir, memerhati. Suasana agak janggal ketika itu. Sekadar ditemani bunyi dentingan sudu dengan cawan dari air yang dikacau oleh Emir. 

“Masuk bilik kau. Jangan sesuka hati kau nak merayau dalam rumah ni,” ujar Emir keras sebaik sahaja wajahnya diangkat memandang Nawal yang ralit merenungnya.  

“Kenapa awak benci sangat dekat saya, eh?” soal Nawal polos. Siap berpeluk tubuh lagi menghadap Emir.  

Emir yang berkira-kira mahu melangkah keluar dari dapur dengan mug berasap nipis di tangannya tertawa kecil memandang Nawal. Turun dan naik bebola matanya. 

“Rasa dibenci ke? Kalau ya, baguslah. Aku bukan apa. Kau kena ingat, dalam rumah ni kau seorang aje perempuan dan lagi tiga orang ni lelaki. Kau mengendeng dengan Aman tu kau ingat nafsu dia kebal ke?” Sinis intonasi Emir. Siap diteguk selamba air yang dibancuh sendiri tadi.  Emir bukan apa, sakit pulak hati dan matanya melihat kemesraan Nawal dan Aman semenjak tiga hari Nawal di sini. Memanglah sengaja Emir tak lekat di rumah tapi cukup tiga minit melihat mereka di rumah itu, Emir dah rasa panas hati. Semua ini tak betul.  

“Saya nak mengendeng dengan awak, awak garang sangat,” bebel Nawal dengan bibir tercebir. Tajam Emir merenungnya membuatkan Nawal tersengih sahaja. 

“Kau memang tak fahamkan maksud aku? Kau ni memang tak tahu malu. Entah dari mana datang, entah-entah saja nak raih simpati jantan sebab nak hidup senang.” 

Bulat mata Nawal. Terus tegak Nawal berdiri.  Emir didekati dan dada Emir ditolak sedikit.  

“Hey, awak jaga sikit eh mulut awak tu! Awak tak kenal saya siapa, saya ni…” Cepat Nawal kemam bibirnya. Hampir terlepas cakap. Mujur sahaja dia masih boleh berfikir sambil bercakap. Tak ada seorang pun yang perlu tahu siapa Nawal dan bagaimana kehidupan Nawal sebelum ini.

Emir jungkit kening. Melihat Nawal teragak-agak, Emir mula curiga. Langkah diambil menghampiri Nawal. Langkah demi langkahnya mara dan langkah demi langkah juga Nawal mengundur.  Tertelan-telan air liur Nawal melihat wajah tegang Emir dengan renungan dari mata helang di bawah sepasang alis tebal kehitaman itu. 

Buk! Nawal tersentak. Sakit pinggangnya merempuh peti ais di belakangnya.  

“Emir…” Bergetar suara Nawal apabila sebelah tangan kekar berurat Emir mendarat betul-betul di sebelah kepalanya.  

Separuh Nafas *Pre Order Sehingga 30/10/22*Where stories live. Discover now