12

569 30 3
                                    

BAB 12


SERIUS wajah Dato’ Darius menyudahkan kerjanya sebelum cermin mata yang terletak di batang hidungnya dibuka dan diletakkan di tepi. Fail yang siap disemak tadi, dialihkan ke satu sudut untuk diambil oleh pembantunya nanti.  

“Ada apa papa nak jumpa Awish?” soal Darwish apabila melihat Dato’ Darius mula bersandar di kerusi pejabatnya.

Dato’ Darius diam seketika merenung wajah tenang Darwish di depannya. Satu helaan nafas dilepaskan. “Dah empat hari papa tak nampak Nawal. Mama pun langsung dia tak jenguk. Pelik pulak papa kalau Awish langsung tak kisah?” 

Sudah masuk hari ke empat Dato’ Darius hanya pergi bekerja dan terus sahaja pulang ke rumah sebaik tamat waktu bekerja. Semenjak Datin Zanita dikatakan terjatuh daripada tangga sehinggakan tulang kaki sebelah kanan isterinya itu patah. Lebih memburukkan keadaan, tekanan darah tinggi isterinya itu juga semakin teruk.  

Darwish menggenggam penumbuk di bawah meja. Rasa geram terus merajai di hati tatkala nama Nawal disebut-sebut. Nawal! Nawal! Nawal! Menyusahkan!  

“Awish?” 

Darwish kembali tunak memandang wajah serius Dato’ Darius. Matanya tajam di sebalik cermin mata yang sudah dijatuhkan sedikit di batang hidungnya. 

“Awish dah cari. Tak jumpa.” 

Ringkas sahaja jawapan daripada Darwish mengundang rasa curiga Dato’ Darius. Mana mungkin Dato’ Darius boleh percaya sedangkan selama ini Darwish menjaga Nawal bagaikan Nawal itu seorang banduan. Semua kata Darwish, Nawal patuh tanpa banyak soal. Semua pergerakan Nawal, dikawal ketat oleh Darwish.  

“Apa sebenarnya yang dah jadi?” Dato’ Darius mula bertegas. Manakan tidak, semuanya berlaku di dalam satu masa. Datin Zanita kemalangan di dalam rumah, Nawal tiba-tiba hilang dan Darwish langsung nampak tak kisah dengan apa yang berlaku. Tak fasal-fasal dia pula yang kena jaga isterinya.  

Selesai mendengar segala cerita Darwish, wajahnya yang dia yakin sudah merah padma saat itu diraup. Mencerlung matanya merenung Darwish yang masih selamba macam tak ada apa serius yang sudah berlaku. 

“Do you realize how stupid you are now, Darwish?” bentak Dato’ Darius. Meja dihentak kuat. Bergema ruang pejabat itu. Sesak nafasnya dibuatnya! Sudahlah masalah kewangan syarikatnya yang semakin meruncing masih belum selesai, Darwish boleh pula meremeh-remehkan perihal lubuk emas mereka itu! 

“Alah, tak lama Nawal tu boleh hidup dekat luarlah, papa. Awish yakin, tak lama lagi dia baliklah tu.” 

“Yakin sangat ke?” 

Darwish sungging senyum. Dia kemudiannya bangun dan kemejanya dibetulkan.  

“Mama…” Darwish tersenyum senget. “Papa rasa dia boleh ke nak biarkan mama macam tu?” Yakin sahaja nada suara Darwish padahal di dalam hati sudah menyumpah-nyumpah Nawal.  Memang kalau dia dapat semula Nawal, jangan harap perempuan itu mampu untuk tersenyum lagi.

“You better make sure Nawal balik dan perkahwinan kau orang berdua diteruskan. Kalau tak, dengan you sekali melingkup, Darwish! Stupid.” Dato’ Darius sesungguhnya sangat gelisah. Sekarang ini, semuanya terletak di tangan Nawal. Hanya perkahwinan mereka yang Dato’ Darius harapkan sekarang untuk membantu mereka. 

Darwish tersenyum. “You can count on me, pa.” 

Sampai lubang cacing aku cari kau Nawal Irish!

“MASALAHNYA dia tu perempuanlah, bahalol! Ya Allah, tak akan angau sangat sampai kau tak boleh nak fikir apa benda yang kau buat ni hah, gila?” Emir sudah macam orang kena rasuk. Habis dimakinya Aman sejak selepas Subuh lagi. Kalau ikutkan hati dia yang panas ini, mahu sahaja dia sumbat mulut Aman dengan set drum Aman tu. 

Separuh Nafas *Pre Order Sehingga 30/10/22*Where stories live. Discover now