Part 2 (Pengembaraan Bermula)

13 4 0
                                    

Semasa aku berumur 12 tahun, aku mendapat berita daripada nenekku di Malaysia bahawa aku telah mendapat seorang adik lelaki baru bernama Daniel. Setelah beberapa tahun kemudian, aku mendapat berita bahawa makku ada penyakit kanser yang membawa maut. Aku teringat semasa aku bertengkar dengan ayahku untuk balik ke Malaysia untuk menjenguk mak aku tetapi ayah tidak mengizinkannya. Aku menangis dan berlari masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu. Akhirnya, makku meninggal dan aku tidak dapat melihatnya. Yang paling menyedihkan, mak aku meninggal hari yang sama dengan hari jadi aku iaitu pada 4/12... aku tidak tahu dimana kedua orang adikku berada sekarang...

       Pada keesokan hari selepas aku bertemu dengan pelatih itu, aku keluar berjalan-jalan, semasa aku dalam perjalanan balik pada petang hari, aku diculik oleh sekumpulan penjahat dan aku dipengsankan. Semasa aku tersedar, aku barada di satu bilik yang dikunci dan dijaga dengan pengawasan yang ketat...dengan takutnya aku menjerit meminta tolong "Tolong! Tolong!" tetapi sia-sia sahaja. Kemudian, seorang lelaki membuka pintu dan masuk ke dalam bilik. Dia bertanya keadaanku "Dah sedar? Kamu okey?" aku bertanya dengan perasaan marah " Apa kau nak?! Lepaskan aku dari sini!" dia menjawab sambil mengangkat daguku "kau tidak seganas ini semasa kau menutup mata" dia gelak dengan gembiranya. Pada masa itu, aku terkelu dan cuba menahan tangisan. Semasa dia keluar, aku pun berusaha untuk mencari jalan keluar tetapi aku baru tersedar yang aku mengikat telefon kecemasan di pergelangan kaki untuk hal-hal seperti ini. Kemudian aku segera menelefon abang Seomin untuk meminta bantuan. Tidak lama kemudian, pasukan polis dan abang Seomin datang. Penjahat-penjahat semua lari meninggalkan tempat itu. Semasa aku dibebaskan, aku berasa sangat bersyukur....

bersambung....

( Terima kasih kerana membaca cerita ini..harap anda akan terus menyokong saya )

pengembaraan impianWhere stories live. Discover now