Part 9 (Misi melepaskan diri)

5 3 0
                                    

"Kenapa kau buat macam ni?" "Entah, cuma aku rasa bersalah.." Dongguk menjawab persoalanku. Keesokan harinya, semasa Jipyo memberi aku makanan, aku dengan segera menampar nya. "Hey,apa ni?! Ingat, kalau kau buat hal lagi, umur kau tak panjang.." dia berkata sambil menarik baju aku tapi aku terus diam. Keesokan harinya pula, Dongguk merawat lukaku lagi.."nampak macam luka ni tinggalkan parut yang dalam" kata Dongguk..aku hanya mendengar dan seperti biasa aku menyiapkan lagu dengan menggunakan kertas yang ada di bilik tu sahaja. Pada waktu malam, Dongguk mencuci lukaku lagi "sekarang..lepas ni kau jangan lupa rancangan kita" aku menganggu.

 pukul 2 pagi, aku pun dengan perlahan membuka pintu dengan kunci, aku keluar dan turun tangga tapi tanpa aku sengaja, aku terseliuh dia tangga dan terjatuh..kemudian dua orang penjahat mendengarnya semasa mereka beronda-ronda.."Hey, kemana kau nak lari haa?! Berhenti!" penjahat tu menjerit...aku cepat-cepat melarikan diri dalam keadaan ketakutan dan bersembunyi di satu sudut bangsal...Kemudian, mulutku ditutup dengan tangan seseorang dan aku ditarik ke dalam satu bahagian bangsal. Aku tersedar yang menarik aku adalah Dongguk.. aku lega "macam mana yang lain boleh tahu? Selepas keluar dari bangsal ni, belok kiri lepastu belok kanan..kau kena lari melalui sawah yang panjang" Dongguk berbisik... kemudian aku pergi meninggalkan Dongguk dan lari ke tempat yang dia cakapkan tadi. Semasa aku berlari melalui sawah, aku...

Bersambung..

(Terima kasih kerana membaca cerita ini, harap anda akan terus menyokong saya)



pengembaraan impianWhere stories live. Discover now