Part 8 (Bilik Berkunci)

8 2 0
                                    

Aku dibawa ke satu tempat dan dirawat oleh Jipyo. Aku tak akan panggilnya abang walapun dia tua daripada abang Seomin dan beza 9 tahun daripada aku. Semasa dia merawatku, aku bertanya dengan nada suara yang perlahan "kenapa kau rawat aku? Bukan ke kau nak bunuh aku? Bunuh je la..setiap masalah memang salah aku pun.. penyelesaian setiap masalah adalah dengan aku menghilang.." dia berhenti "haihh kau tak faham ke? Aku suka kat kau la..lagipun aku tak kata aku tak nak bunuh, cuma tunggu masa yang sesuai je, tak kisahlah sesadis mana pun cerita kau, aku tetap tak akan lepaskan kau..tempat ini susah untuk orang cari, jadi jangan ke mana-mana, kalau tidak.. kau tau la"dia beritahu kemudian keluar dari bilik. Pada kejadian ini, aku tiada telefon kecemasan kerana mereka culik aku semasa aku sedang tidur.

       Keesokan harinya, aku diberi sarapan makanan laut sebab aku tak boleh makan daging sesuka hati. Setelah itu, seorang ahli kumpulan Jipyo bernama Kang Dongguk ditugaskan untuk merawat luka di tangan kananku. Ketika rawatan, Dongguk memberitahu "Stella, sebenarnya aku nak tolong kau tapi aku tak boleh tertangkap" aku terkelu lalu dia menyambung percakapannya "malam esok adalah target kita, ni kunci bilik ni. Selepas keluar, kamu perlu turun tangga dan belok ke kanan...kamu akan nampak pintu berwarna kuning, disitu adalah jalan keluar. Esok aku datang lagi, jangan buat masalah..." dia beri kunci dan telefonku yang dirampas oleh Jipyo....

bersambung.....

(Terima kasih kerana membaca cerita ini...harap anda akan terus menyokong saya)

Spoiler: ("Hey, kau nak lari ke mana ha?!")

pengembaraan impianWhere stories live. Discover now