SEKALI lafaz, Dayhani Dyanah sudah sah menjadi isteri kepada Rizky al - Haqiem. Bermula daripada Raf, Rian, Rash dan berakhir dengan Fahim, semuanya lega kerana rancangan Rash sudah menjadi dan Rizky boleh menjaga Dyanah tanpa sebarang batasan lagi. Jangan di tanya bagaimana perasaan Rizky kerana sudah tentunya lelaki itu yang paling bahagia sekali.
Sepuluh kali Rizky berlatih melafaz dengan Fahim hanya kerana mahu segalanya berjalan dengan sempurna.
Seusai pembatalan air wuduk, Rizky paut erat pinggang Dyanah supaya wanita itu tidak lagi jauh dari dirinya. Rizky cium sekilas pipi kanan milik Dyanah yang sudah lama diperhatikannya sejak dari awal tadi.
Geram!
Dyanah tunduk malu.
“Cantik isteri I pakai tudung”. Puji Rizky.
Sejujurnya, Dyanah tampak lebih cantik dengan hijab yang dikenakan. Sejuk matanya memandang bidadari syurganya.
“Pelacur mana layak pakai tudung”. Bicara sinis Puan Fateema membuatkan senyuman Rizky mati. Dyanah makin menebal rasa malu atau sejujurnya, rasa terhina.
“Buka tudung, Dyanah. Tolong jangan jadi munafik”. Tokok Encik Wahid.
Grrr!
“Apa masalah ummi dan walid ni sebenarnya? Isteri Riz ni anak ummi dan walid juga. Bukan Maisarah seorang sahaja!” Herdik Rizky bengang.
Tergamak Puan Fateema dan Encik Wahid menghina anak sendiri.
“Riz…”
“Dia isteri Riz. Tak ada sesiapa pun boleh memburukkan isteri Riz depan Riz atau sesiapa sekali pun. Don’t mess with me!” Tegas Rizky.
“Syed Rizky al - Haqiem!”
“Jangan panggil aku dengan nama tu! Aku tahu aku tak layak nak pegang nama keturunan suci macam kau, Syed Afghani al - Jabbar. Tapi, aku masih ada perasaan belas ihsan dan aku tak pernah pandang hina pada seorang perempuan yang selalu digelar pelacur”. Bidas Rizky kasar.
“Sabar, Rizky”. Pujuk Fahim. Bahu kawan baiknya diusap lembut.
“Kamu dengar sini. Lepas kami jumpa Maisarah, bunda nak kamu ceraikan pelacur ni. Faham?”
Dyanah tahan tangisan.
“Pelacur ni tak pernah layak untuk kamu, Riz. Dia ni pembawa sial daripada dulu lagi. Emak dia mati sebab dia. Hidup kami susah pun sebab dia tak habis - habis buat perangai. Sekarang, dia berdengki dengan Maisarah untuk rampas kamu pula. Teruk betul”. Sindir Puan Fateema.
Bum!
Kerusi yang berdekatan dengan Rizky ditendangnya kasar.
“Sampai aku mati pun aku takkan ceraikan isteri aku. Kalau nak sangat dengan Maisarah, bunda suruh ayahnda yang kahwin dengan Maisarah. Habis cerita!” Herdik Rizky.
Tangan Dyanah ditarik keluar bersama - samanya.
Suara walid, ummi, bunda dan ayahnda mereka tidak dihiraukan oleh Rizky. Kalut Rash dan Fahim mengejar langkah Rizky dan Dyanah yang sudah semakin menjauh.
YOU ARE READING
Dia, Bidadari - [ɌIƵꝀɎ]
Romance-"I don't need a perfect one, I just need who can treat me like I'm the only one"- ---- DAYHANI Dyanah. Kata orang dia seperti sekuntum mawar. Cantik untuk dilihat, wangi bila dihidu tetapi pedih bila cuba digapai...