"TAK semua masalah kita boleh simpan. Kadang - kadang kalau terlalu pendam, kita boleh jadi tertekan dan akhirnya kita akan kecewa dengan diri sendiri". Rizky tegur Dyanah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik wanita itu.
Pintu ditutup perlahan.
Dyanah hela nafas.
"I tak tahu".
"Ceritalah pada I. I sudi nak dengar". Rizky labuhkan duduk bersebelahan Dyanah. Seraut wajah gusar itu dipandangnya penuh rasa simpati.
"I takut".
"Jangan takut dengan I. I takkan apa - apakan you, Dyanah. You kan bidadari I". Pujuk Rizky lembut.
Dyanah tunduk.
"Macam mana you boleh kenal Maisarah? Sedangkan adik I tak beritahu nama dia pada you?" Soal Rizky lembut. Wajah Dyanah direnungnya.
"Riz..."
"Kenapa ni?"
"Jangan bencikan I. I tahu I dah rosak. You patut tinggalkan I masa you ada peluang, Riz. Tapi kenapa you buat gila? I akan bahayakan you. Mencintai I, akan buatkan you derita. Kita berdua akan sama - sama kecewa!" Marah Dyanah.
Rizky senyum.
"Kenapa you cakap macam itu? I tahu jantan yang gila seks tu akan hapuskan I. Tapi I nak tahu kenapa you kata mencintai you, akan buatkan I rasa kecewa? Keluarga kita saling bermusuh?" Rizky mula serkap jarang.
Dyanah kemam bibir.
"I tahu you dah pernah buat dosa. I pun pernah buat dosa. I dah berzina dengan you. Berdosa, sayang. Tapi, semua manusia layak berubah. Tak selamanya you kena genggam nama penghuni neraka. Allah tu Maha Penyayang".
"You tak faham!"
"Jadi, fahamkan I. I takkan faham kisah hidup you selagi you tak cerita pada I". Ujar Rizky tenang.
"I sendiri pun tak tahu kisah hidup you".
"Okey, kita mulakan dari awal. Nama I, Rizky al - Haqiem. Anak lelaki tunggal. I ada seorang adik perempuan yang bermulut murai. Namanya Nur Rizzara al - Khausar. I anak yang degil, tak dengar kata dan I suka ikut pendirian I. Maknanya, bila I nak pilih you jadi isteri I, I tetap akan pilih you tak kira apa yang jadi sekalipun". Terang Rizky.
Dyanah pandang Rizky.
"So, you... bidadari? Terangkan kisah hidup you pada I".
"Ta-tapi I takut".
"I takkan marah. I tak berhak nak menghukum you. I janji I akan lindungi you semampu I". Tekad Rizky.
Dyanah pandang Rizky.
"Sebenarnya..."
Tiga tahun lalu...
"KAKAK!" Seorang gadis berlari anak mendekati kakaknya yang sedang menjenguk diluar tingkap. Seulas bibir merah milik kakaknya menguntum senyuman manis buatkan gadis itu berkerut hairan.
"Kak Dyanah!"
Dyanah pusing pandang si gadis yang berada di hadapannya.
"Subahanallah, terkejut kakak! Ada apa, Maisarah?" Soal Dyanah lembut. Sikat diletakkan bersebelahannya.
"Kak Dyanah pandang apa?"
"Tadi ada seseorang lalu di luar. Kak Dyanah berkenan dengan orangnya. Salah tak kalau Kak Dyanah hendak meminta ummi dan walid meminang dia?" Soal Dyanah malu - malu.
YOU ARE READING
Dia, Bidadari - [ɌIƵꝀɎ]
Romans-"I don't need a perfect one, I just need who can treat me like I'm the only one"- ---- DAYHANI Dyanah. Kata orang dia seperti sekuntum mawar. Cantik untuk dilihat, wangi bila dihidu tetapi pedih bila cuba digapai...