"KERANA KAU DICIPTAKAN HANYA UNTUK AKU"
Cermin ku tilik sekali lagi.Tudung shawl hitam yang terlilit kemas aku pandang dengan puas hati.Baju blaus merah aku kenakan dengan seluar slack hitam.
'Cantik!'Ucapku dalam hati.
Setelah yakin dan berpuas hati dengan penampilanku,tiba-tiba terdengar seseorang menjerit namaku.
"Wei Mia cepatlah kita dah lambat lah nanti pelanggan ramai datang! ujar wanita tersebut sambil membuat muka cemberut.Alahai,pagi-pagi dah buat muka!
"Alah Lisa sabarlah aku dah siap tinggal turun bawah je ni," pantas dia mengambil tanda nama 'Mia' di atas meja soleknya lalu berlari mengejar ke arah rakannya.
"Hehe sorry wei aku lambat bangun tadi pagi," aku tersengih.Yala dah salah sendiri,padanla kena marah.
"Tula engkau aku dah kejut berapa kali kau tanak bangun maleh aku,"Lisa jelingkan matanya ke atas.Aku tertawa kecil.Sumpah lawak wei!
"Dahdah jom gerak nanti jalan jammed," putusku apabila jam ku menandakan pukul 7.30 pagi.
*************************
Cafe D'Felicia
"Ramai tho customer harini hampir lenguh tangan aku,"keluh Lisa.Memandangkan hanya kami berdua yang bekerja di cafe ini,memang tangan auto jadi robot la.
Penat!
Aku?Semestinya penat.Namun apakan daya,aku tidak boleh mengambil pekerja baru kerana aku jenis yang sukar percaya dengan orang luar.
Cafe ini pemberian ayah dan ibu aku, jadi aku mau cafe ini selamat di bawah jagaanku sendiri.
Dan Lisa!
Kawan baikku sejak 5 tahun yang lalu.Dialah teman sehidup semati ku.Yang ada dikala aku susah,dikala aku jatuh.
Tanpa sedar aku berasa sebak mengingat kembali detik perkenalan kami berdua.
"Wei kau pehal tetiba nangis jangan takutkan aku la !" jerit Lisa.Aku tertawa.Tidak sedar air mata berada di tubir mata ku.
"Takdela aku sebak ingat kembali waktu kita kenal dulu," Lisa tersenyum lalu memaut tangannya ke bahuku.Erat.
"Kau,Mia...Sahabat sehidup semati aku.Takde orang yang boleh gantikan kau Mia dalam hidup aku."
Ya,semoga hari berlalu dengan indah.
******************************
Cuaca pada tengah hari itu sangat panas.Langit membiru,bebas daripada awan menunjukkan seakan-akan tiada tanda untuk hujan datang membasahi bumi.Hangatnya menyelar tubuh-tubuh manusia yang terdedah dengan pancarannya.
Namun tidak bagi 'lelaki' tersebut.
Hadir dirinya kini di sebuah bangunan syarikat yang dibina oleh keluarganya sendiri,yang selama ini menghilang selama beberapa tahun daripada 'dia' adalah untuk mencari sebuah jawapan.
Kebenaran mungkin?
Pintu diketuk lantas kepalanya diangkat untuk melihat figura yang ingin masuk ke biliknya itu.
"Come in,"ujarnya sambil menunggu kehadiran orang tersebut masuk.
Kelihatan seorang wanita berbaju kurung masuk ke dalam biliknya sambil membawa sebuah fail di tangannya.
"Proceed, cik Erika."
"Tuan ada apointment dengan Tan Sri Arman pada pukul 2.30 petang kerana dia ingin memberi kata putus akan tawaran yang syarikat kita tawarkan minggu lalu."
"Thrivin Holding juga menyatakan bahawa perbincangan tentang tanah yang bakal kita beli daripada mereka akan ditunda pada minggu hadapan." sambung Erika tanpa memandang lelaki tersebut.
Bukan niatnya untuk tidak menghormati tuan syarikat tersebut,namun dia kenal akan sikap tuannya yang 'satu' itu kerana dia sudah 2 tahun bekerja sebagai PA lelaki tersebut.
Panas baran.
Seriau juga dia apabila mengingat kembali kejadian yang berlaku pada minggu lepas.
Habis bergegar bangunan syarikat mereka dengan amukan tuannya itu akibat salah seorang staf di bahagian kewangan silap menilai data simpanan syarikat mereka sehingga menyebabkan syarikat mereka rugi berpuluh ribu.
Seram!
"Awak ni dah kenapa termenung sorang?"kata lelaki tersebut sambil berkerut kening.Pelik akan sikap PA nya tersebut.
"Eh apa tuan cakap?Maaf saya kurang memberi tumpuan tadi," ujarnya perlahan.Takut sekiranya dia dimarahi oleh tuannya itu.
"Saya tanya,ada lagi tak yang awak perlu bagitau saya?"
"Oh fakde tuan!Saya minta diri dulu ya?"
Selepas mengucapkan ayat tersebut dia tunduk hormat lantas terus keluar dari bilik tersebut.Boleh kejung kakinya berdiri menghadap muka tuannya yang serius tanpa reaksi itu.Sempat dia pandang sekilas tanda nama tuannya yang terletak di atas meja lelaki tersebut.
Carl Adrian
Setelah pintu biliknya ditutup,keluh dilepaskan.Gambar yang diletakkan di dalam laci,dikeluarkan olehnya.Hampir setiap masa dia menatap gambar itu.Tidak pernah sedetik pun dia melupakan wanita tersebut.Walau bertahun lamanya mereka terpisah,namun bukan sebab untuk dia memadamkan terus memori akan wanita tersebut.
Sejenak dia memegang dadanya yang semakin sakit.Rindu yang disimpan semakin lama semakin menghimpit dadanya.Perit.Rindu yang selama ini dipendam tanpa diluah,hanya untuk wanita itu.Tidak pernah berubah.Walau sedetik.Andai aku dapat berjumpa dengannya...
Tidak!Dia tidak boleh lemah!
Dia kembali menatap gambar dirinya yang diambil bersama seorang gadis perempuan 8 tahun yang lalu.Bahagia.Namun siapa sangka,gambar tersebut adalah kali yang pertama dan terakhir mereka ambil bersama.Perpisahan mereka secara tiba-tiba.Tidak terfikir olehnya sama sekali.
Bahkan bukan dari kehendak hatinya!
Tetapi apakan daya,disebabkan satu 'amanah' yang diberikan oleh 'seseorang' terhadapnya,menyebabkan dia kembali fokus akan sebab utama dia mengambil masa beberapa tahun untuk mecari jawapan.
Dia tergelak kecil sambik mengesat air mata yang hadir di tepi tubir kelopak matanya.
"Masih ingatkah kau akan cerita kita Luna?"
YOU ARE READING
ACE : When the devil falls
Action*SLOW UPDATE* TENGKU MIA ASLUNA CARL ADRIAN Dunia seakan menghukum dirinya.Disebabkan satu peristiwa,dia kehilangan segalanya.Harapan yang menggunung terus hancur bagai...