Pengembaraan Keempat(Aba)

8 0 0
                                    

Arex hanya memandang aku dengan pandangan yang sayu, aku ingin bertanya kenapa dia memandang aku sebegitu tetapi mulutku seakan-akan terkunci untuk tidak meluahkan pertanyaan tersebut.

"Fhion...aku rasa aku dah tak lama dah.....," Arex bersuara setelah lama memandang aku.

"Eh, kenapa kau kata begitu? Dah la aku tak nak dengar kau cakap pasal ni lagi, TITIK!," aku hentikan perbualan ini dan terus blah ke dapur.

Sekarang ini, aku dan Arex mengembara mencari buku magic itu. Dan kami sekarang berada di rumah yang telah ditinggalakan di tengah ii hutan ini.

Malam sudah menjelma, Aku ke ruang tamu, aku nampak Arex sedang membuat sesuatu tetapi gerakannya seperti akan ada sesuatu yang akan menghampiri kami.

"Arex, kau buat apa itu?," tanya aku kepada Arex.

"Jom kita teruskan perjalanan sekarang, aku dapat rasa musuh kejahatan sedang datang ke arah sini.", Arex menarik tangan aku, nasib baik aku sempat mengambil beg aku di depan pintu itu.

Kalau tak, tak ke sayang kalau-kalau barang yang ada di dalam beg itu diambil.

Aku berlari mengikut Arex, sebenarnya aku tak tau ke mana Arex ingin pergi, jika diikutkan plan pengembaraan kami menunjukkan bahawa ianya bukan jalan ini. Tetapi aku ikutkan juga kerana aku tahu dia lebih tahu selok belok tempat ini kerana dia adalah Raja seluruh dunia, dia pula ditugaskan untuk mencari buku magic iaitu buku keturunan raja yang selalu akan diwariskan kepada keturunan mereka demi keselamatan kerajaan. Tetapi malangnya, kawan aku Arex terlepas pandang dan terlalu leka sampai buku ajaib atau buku magic nenek moyangnya itu diambil oleh Raja Kejahatan dunia yang paling kejam di dunia ini. Manakala aku ditugaskan untuk membunuh Raja Kejahatan itu pula. Jadi, takdir memang tidak salah mempertemukan kami dan kami sekarang bersahabat baik.

Dan aku harap selamanya sebegitu.

Special Girl....Where stories live. Discover now