CHAPTER 1

694 41 21
                                    

Di library Sekolah Tinggi Kebangsaan Pulau Rintis,tinggallah-Eh silap!!

Kelihatan seorang pelajar lelaki yang masih belum pulang ke rumah dari pukul 8 sehingga pukul 10:30 malam. Ini bermakna sudah 2 jam setengah pelajar tersebut bersengkang mata di atas meja perpustakaan tersebut.

  Ya,siapa lagi jika bukan Solar, atau nama penuhnya Solar Light. Sejak dari tadi lagi beradu mata di hadapan buku kajiannya. Ibaratnya, jika satu hari tidak menghadap buku,maka tidak lengkaplah hidupnya sebagai seorang pelajar cemerlang!

"Aish...dah takde uji kaji lain ke yang aku boleh buat? Semua nampak bosan je".

Solar merungut dalam hatinya yang kosong tanpa sebarang masalah itu.

Sudah menjadi kebiasaan untuk dia ke perpustakaan setiap hari Ahad. Malah bersengkang mata demi membaca buku selama 2 jam atau lebih! Paling parah, dia tak minta izin pun dari mak bapaknya sebelum keluar!

Dah lah,sambung cerita. Bosan nanti.

Seusai menamatkan bacaannya kepada buku itu, Solar terus menyimpannya kat rak yang berdekatan dengan dirinya. Simpan tu simpanlah..

  TAPI TAK IKUT JENIS!! Main letak je! Itu rak buku rujukan matematik, kau pergi letak buku Sains! HAMPEH PUNYA PANEL SOLAR!!! 💢

Lepas letak buku, iris peraknya teralih kepada sebuah buku yang agak berhabok di rak bersebelahannya. Solar yang ingin tahu teru mengambil buku tersebut lalu kembali ke tempat duduknya.

Solar membelek buku tesebut menhadapnya. Topik yang tertulis pada buku itu " Magic Potion".

"Magic potion? Posyen ajaib? Macam best je. Bacalah dulu. Mana tau best, kan?"

Dia melontarkan nafasnya ke arah buku yang dipenuhi habuk kotor itu. Dan yang pasti, habuk itu terbang (?) mengenai wajahnya sendiri. Kini mukanya pula penuh ngan habok. Nasb baik pakai spek mata. Kalau tak, mana taknya pedih=_=😂

Dan dia membuka tersebut perlaha lahan. Di halaman pertama, terdapat pengenalan tentang buku tersebut.
( Dah memanglah pengenalan dulu. Mana boleh isi terus woi =_=)

Solar menyelak setiap halaman buku itu dengan perasaan ingin tahu yang setingg gunung Kinabalu di Sabah.
 
  Melihat je halaman pertama, hati Solar sudah dipenuhi bunga yang indah. Kenapa? Sebab buku tu penuh dengan posyen yang menarik.

Seperti posyen sifat, posyen jadi haiwan (wahahahaha!!😂) malah posyen baiki kereta pun ada!!

Me: Siapa nak? Boleh dail no. 012-*******8.😂😉

"Wowwi.... macam best je...nak try mana satu eh?" Solar yang sudah 'berbunga' hatinya teruja untuk mencuba buat posyen tersebut.

Ketika melihat halaman seterusnya, Solar terlihat satu posyen yang tertulis "Genderbend Potion"

"Genderbend Potion? Apa ni?"

Solar melihat bahagian bawah muka surat buku tersebut untuk mengenali posyen tersebut.

GENDERBEND POTION

  Pernahkan anda memdengar atau mengetahui potion ini? Posyen ini adalah antara posyen yang paling hebat dan yang sukar dibuat didunia. Kesimpulan tentang posyen ini diambil dari pendapat para saintis dari luar negara dan tempatan.

Jika nama posyen ini ialah "Genderbend" yang beerti tukar jantina, sudah pasti jika orang lelaki yang meminum potion ini menjadi perempuan. Dan sudah pasti  orang perempuan yang minum posyen ini akan berubah menjadi seorang lelaki.

"Oh..macam tu rupanya potion ni. Kalau macam tu, aku try buat dululah! "

Seusai membacanya,dia membuat keputusan untuk meminjam buku tersebut dari perpustakaan. Solar mengemas alat tulisnya dan buku nota di atas meja tersebut sebelum berdiri untuk ke kaunter pinjaman.

Ketika dia tiba di kaunter pinjaman...

P/s: Kat library diorang ada guru yang jaga.

" M-maafkan saya cikgu. Saya nak pinjam buku ni bol-

Belum sempat Solar menamatkan ayatnya, tiba2 cikgu tersebut terjerit..

"AKHIRNYA KAU SIAP JUGA!!!!!"

Guru tersebut jerit secara tiba2 menyebabkan jantung Solar hampir tercabut😂. Malah nada jeritan cikgu tersebut kedengaran seperti keletihan.

"Er...cikgu ok tak?"

"OK KAU TANYA??!!! LU TAU TAK AKU DAH HAMPIR 3 JAM BERSARANG KAT SINI SEMATA MATA NAK TUNGGU KAU BALIK! KAU TENGOK MATA AKU NI? DAH MACAM PANDA DAH!!!

Bebelan guru tersebut berlangsung sampai 30 minit lamanya. Solar pula dipaksa duduk gaya orang Jepun sebagai hukuman daripada guru tersebut. Aduiiii..!!! Mau kebas kaki dibuatnya!

After 30 minutes...😂

" Dahla. Kalau aku bebel lama2 pun buat tekak kering je. Meh sini buku tu. Aku nak letak kad peminjam."

"N-nah * bagi dengan perasaan yang terketar ketar*

Skip ( lepas tu..)

Apabila virus malas menguasai diriku.😂

"Nah buku. Lepas seminggu pulangkan. Kalau lambat , cikgu akan caj sebanyak RM 5."

"APA??!!! Mahal sungguh harganya tu!"

Solar terperanjat apabila mendengar perkataan ' caj RM 5 itu. Yelah, biasanya kalau lambat pulangkan buku kena caj RM 1 je. Ni pulak naik RM 4. Macam mana tak terkejut.😑😲

" Cikgu caj 5 ringgit sebab kau dah buat cikgu bermata panda ni. Ke nak cikgu tambah??"

" Erk! Tak nak! Maafkan saya cikgu!"

"Kalu tak nak, pergi berambos.
SE KA RANG!!!"

Solar secara takut2 terus lari meninggalkan cikgu tersebut di perpustakaan. Dia terus berlari sehingga tiba di rumahnya.

Me: Fuuuhhh!! Laju tul kau lari Sol! Kalau aku, baru 100 meter dah berlenguh kaki!

"Hah...Fuh...penat siot...hah...hah...."

Solar tercungap -cungap mengambil nafas sebanyak yang mungkin setelah berlari dari sekolah hingga ke rumah yang jauhnya 500 meter dalam masa 10 minit sahaja! Ini bermakna Solar berlari sejauh 50 meter dalam masa 1 minit!!!

"Dahlah...baik aku tido. Nanti tak pasal2 lewat nak pegi sekolah esok."

To be continued...

Penatnya menaip! Padahal baru 858 patah perkataan! FUUH!!!!!!

OK lah. Bye2. Saya nak buat homework pulak ni. Banyak lagi kerja nak buat.

I Love You, Ice {✔}Where stories live. Discover now