Gambar diatas hanya dipinjam saja.
2 minggu kemudian...
Di Rumah Blaze.
Di sini kita dapat lihat yang Blaze tengah bermain game Mobile Legend di telefon pintarnya. Padahal dah lebih 5 kali kalah dengan Hali dan Thorn. Tapi dari tadi tak berhenti main sampai tak sedar ayam dalam reban dah terlepas pasal tak kunci. 😂
"Blaze!! Oh...Blaze! Nak mintak tolong sikit!" Emaknya melaung namanya dari dapur. Sambil2 tu sibuk 'membawang' dengan pisau di dapur. 😅
"Apa dia?" Blaze menyoal emaknya kembali.
"Tolong beli barang dapur sikit! Ni list-nya." Emaknya membaling list tersebut seperti membaling bola kepadanya. Bukak je, dah menurun sehingga hampir mencecah lantai.Dan ada lebih 17 barang ditulis!
"Mak nenek banyaknya! Nak borong satu pasar ke benda ni?!"
"Jangan nak banyak tanye. Dah barang tu banyak dan mahal, memanglah banyak wang mak bagi. Gi beli cepat! Kalau tak mak sita-" Belum sempat habis, Blaze dah lari keluar sehingga terlanggar ayahnya yang syok baca komik manga terjatuhkan komik dalam cawan milo aisnya.
"Eleh. Padahal aku nak sita dia punya komik je. Apa yang salah?" Ketus emaknya di dalam hati.
Di Tunas Terlebih Manja 😂😂
Blaze sibuk mencari bahan yang ditulis dalam list. Sebenarnya dia tak tau pun apa jenama yang mak dia nak. Main amik lepastu lembang kat troli.
"Garam dah. Tepung beras dah. Pencuci lantai dah. Ok,ada satu barang lagi. Gula........." Matanya terbeliak sebesar bola basket melihat nama yang tertera pada kertas tersebut. GULA STEVEN? APA TU?
"Gula steven apa pulak ni? Takkanlah mak suruh beli gula daripada orang yang bernama Steven?" Monolognya di dalam hati.
Tiba2.
PAK!
Bahunya ditepuk dari belakang membuatkannya menoleh. Dan apa yang dilihat olehnya ialah Ice yang sedang tersenyum kepadanya.
"Hai Blaze! Cari barang ke?"
"H-hai. Memang tengah cari barang pun. Takkan karaoke lak." Balasnya dengan sedikit gugup. (Malu sebenarnya 😏)
"Kata cari barang. Tapi nape tercegat macam patung je."
"Mak aku punya pasallah. Gula memang aku dah tahu yg mana tapi kenapa tulis Gula Steven?! Nak cari mana gula ni?!" Dengan nada yang geram plus tak faham, Blaze mengetap bibirnya sendiri. Ice pula hanya termenung seketika.
"Bak sini kertas tu. Meh aku tengok jap." Ice menghulurkan pertolongan.
Blaze memberikan kertas tersebut kepadanya. Kawannya hanya tengok setiap barangan yang perlu dibeli sehinnga anak matanya tiba di bahagian terakhir.
"Gula Steven? Gula Stevia ke? Maybe nilah yang mak dia maksudkan." Ketusnya disertai berfikir dalam hati.
"Aku rasa aku tau. Meh ikut aku. Aku tunjuk apa dia 'Gula Steven' ni." Ajak Ice dan Blaze hanya menurut sahaja.
Sesampainya di bahagian grocery, Ice mengangkat (?) jari telunjuknya ke bahagian rak yang agak tinggi. Blaze pula hanya memandang.
"Mak kau maksudkan gula stevia sebenarnya. Tu ha gulanya."
"Oooo....."
"Alang2 kau ada ni. Boleh tolong amikkan tak gula tu. Aku tak sampai." Ice memintanya. Dan Blaze pula hanya smirk dan mencapai plastik gula tersebut.
YOU ARE READING
I Love You, Ice {✔}
FanfictionMalay Fanfic! {First Book} Fanfic ni menceritakan tentang Ice atau nama penuhnya Ice Frost secara tak sengaja terminum potion yang dibuat oleh Solar. Keesokan harinya, Ice telah berubah menjadi seorang perempuan! Maka Ice terpaksa belajar mengena...