CHAPTER 6

374 37 6
                                    

Sambungan dari part sebelumnya..

Pada pukul lebih kurang 2 setengah petang, Ice masih terkulai di atas katilnya dan melayan telefon jenama Huawei nya. Seraya itu kepalanya ligat memikirkan fasal keadaan dirinya. Juga mengimbas kembali perbualannya bersama Puan Snow a.k.a ibunya itu.

Flashback on

"Beli baju baru? Untuk apa?" Ice seakan tidak percaya dengan pernyataan ibunya yang ingin membelikan sedikit baju baharu untuknya.

"Takkanlah Ice tak tau..Kamu kan dan jadi perempuan, jadi takkanlah asyik pakai t-shirt biasa dengan seluar tracksuit je. Kenalah pakai baju macam perempuan sikit." Itulah balasan panjang nan lebar yang dijawab oleh ibunya. Manakala si anak pula menafikannya.

"Eh. Takyah lah mak. Lagipun Ice mana biasa dengan semua pakaian tu. Apatah lagi kalau gaun. Ice boleh je pakai biasa2."

"Aip! Mana boleh! Anak dara kenalah berpakaian elegan! Bukan berfesyen seperti lelaki! Walaupun rambut kamu tu masih pendek, jangan ingat orang tak cam kamu!" Panjang lebar maknya membebel a.k.a menasihatinya. Manakala Ice hanya membuat muka blur sahaja. Walaupun tak blur pun.

Dan Ice hanya mampu mengalah. Dah nasihat,mana boleh lawan. Nanti digelar kurang ajar pulak.

"Baiklah. Ice akan ikut cakap mak. Tapi buat masa sekarang ni, Ice tak nak beli baju baru lagi. Tapi, boleh tak kalau Ice ambil baju lama kawan2 Ice?" Ice hanya membuat muka cute bagi menambat hati ibunya. Baginya agak menyusahkan jika membeli baju baharu lagi.

Manakala ibunya hanya mengangguk menyatakan kata putus kepadanya. Dan Ice hanya terjerit kecil dan mengucup pipi lembut ibunya.

"Makacih mak, Ice sayang mak!"

Flashback off

"Aku kata nak ambil baju lama kawan2? Tapi nak amik dari siapa ek?" Ice ber monolag di dalam hatinya. Ligat mencari jawapan yang sesuai untuk pertanyaannya itu.

Secara mengejutkan, Ice menerima panggilan dari seorang perempuan. Profilnya menggambarkan seorang gadis dengan scarft bewarna pink lembut. Siapa lagi kalau bukan Yaya!

Ice terus sahaja menjawab panggilan tersebut tanpa banyak soal. Dan Yaya segera menyapanya.

"Hello Ice!"

"Hai Yaya." Ice dengan malasnya menjawab panggilan tersebut. Walaupun hatinya berkata nak tidur. :v

"Ice! Aku nak tanya sesuatu ni. Betul ke kau dah jadi perempuan?!" Soal Yaya dengan nada suara yang ingin tahu. Keadaan Ice pula, sudah terkejut seperti seekor beruk yang terdengar bunyi hon 😂.

"Macam mana kau tahu ni?! Entah2...kau sekodeng aku tak?!" Dengan selambanya Ice menuduhnya. Dan Yaya sudah membeliakkan biji matanya. Ada ke dia nak sekodeng kawan sendiri?! Tuduhan tak bergaji!

"Banyak idea karut punya kawan! Masakan aku nak skodeng kawan sendiri?! Otak tu cubalah fikir benda molek sikit! Aku tau daripada mak akulah!"

"Aik? Gimana kau tau dari mak kau? Aku tak beritahu mak kau apa2 pun." Ice yang masih blur menyoalnya. Bagaimana ibu Yaya boleh mengetahuinya? Sedangkan dia langsung tak beritahu apa2?!

"Kau tak tau? Ibu aku kan bersahabat dengan mak kau. Jadi mak kau tu beritahulah apa yang dah jadi. Dan kebetulan aku memang ada banyak baju lama. Maybe kau boleh ambil. "Jelasnya dengan panjang nan lebar seperti seorang mak yang membebel 1 jam kepada anaknya! Sungguh tak jauh bezanya.

"Oh..Ok lah. Aku akan pergi rumah kau nanti. Pukul 3 nanti eh?"

"Ok. Jangan lambat! Kalau tak aku sumbat biskut aku sebijik2 dalam mulut kau yang tak berapa nak beso tu!"

I Love You, Ice {✔}Where stories live. Discover now