Jeon Jungkook | Natasha Camelia
Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi perkahwinan aku akan berlangsung. Oh tuhan, takutnya aku untuk melangkah ke alam perkahwinan. Macam mana lah Jungkook boleh setuju nak kahwin dengan aku ni? Aku budak sekolah kot... Tapi lagi berapa bulan je dah nak habis sekolah..
2 minggu lagi, aku sah jadi isteri orang. Macam mimpi, dapat kahwin dengan orang Korea pula. Ah, sudahla kenapa nak fikir pasal kahwin pula. SPM pun dah dekat juga...
"Oi, jauhnya termenung. Rindu encik bakal suami ke tuuu?" usik Aira sambil tersengih sengih.
"Ish kau ni Aira, mengarut je. Buat apa aku nak rindu dia" jawab Tasha.
Hyeri dan Sarah hanya gelak melihat gelagat dua orang sahabatnya.
"Ala apa salahnya kalau rindu pun, korang kan tak selalu jumpa. Yelah, Jungkook duduk Korea kau pulak duduk Malaysia. Dia balik sini pun sebulan sekali je" giliran Sarah punya menyakat.
"Ish takda maknanya nak rindu dia tu. Kalau dia balik sini, bukannya tinggal sehari dua tapi 4 hari tau. Setiap 4 hari tu lah aku hadap muka dia sampai rasa muak"
"Eleh mulut boleh la cakap macam-macam tapi dalam hati takda siapa pun yang tahu" kata Hyeri sambil ketawa.
"Ish diamlah korang ni. Suka betul usik aku. Tu japlagi cikgu masuk kelas, duduk diam diam lah"
***
Sudah 2 minggu berlalu dan dalam masa 2 minggu itu Jungkook langsung tak berjumpa dengan Tasha.
'Mungkin sibuk dengan bisnes dia' getus hatinya ingin menyedapkan hati. Dah mula rindu lah tu
Esok, hari yang paling ditunggunya bakal tiba. Hari perkahwinan Jungkook dan Tasha. Hari yang bakal menjadi sejarah paling bermakna buatnya, mungkin.
Hari ini Tasha hanya berehat dirumah, menyimpan tenaga untuk hari esok. Besok pasti dia akan berasa sangat penat, iyela kena berjumpa dan bertegur sapa dengan orang-orang yang diundangnya.
Sedang asyik Tasha menonton televisyen, telefonnya berdering tanda panggil masuk. Tiada nombor tertera, private number. "Siapa pula ni?"
- via call -
" Hello? Siapa ni ya? "
" Hi Tasha. Ni saya, Jungkook. "
" Oh ingatkan siapa tadi. Kenapa call? Ada benda nak bincang ke? Dah pukul berapa dah ni "
" Eh bukanlah. Saya cuma nak tanya khabar awak je. Awak sihat? Dah ready ke untuk besok? "
" Saya sihat je. Y-ya dah ready kot "
" Macam tak yakin je hahahahah takpelah, saya off call dulu ya. Nak naik flight dah, good night Tasha "
" Okay take care, good night "
- via call ended -
Fuh, terkejut aku tiba tiba dia call. Aaa takutnya nak kahwin niii
"Tasha, kenapa tak tidur lagi ni? Dah pukul 10 la. Esok awak tu kahwin, pergi tidur cepat" omel Puan Sophie.
"Ala kejapla mommy, cerita Tasha belum habis lagi ni"
"Tidur sekarang . Cerita tu bila bila pun boleh tengok"
Tasha akur mendengar cakap ibunya, dia segera bangun dari sofa dan menuju ke kamarnya.
Tibanya di kamar, dia berbaring diatas katil sambil bermain telefon kerana bosan. Sedang asyik membelek artikel-artikel dia media sosial, ada satu artikel tertera nama artis Korea bernama Jungkook yang merupakan ahli kumpulan BTS. Aneh, seperti nama bakal suaminya.
"Ish tapi takkanlah... ish mustahil"
Dia memicit artikel berkenaan tetapi hampa, line internetnya teramat perlahan hingga artikel tidak dapat dimuat naik.
Fuh selamatlah rahsia Jungkook.
Bosan dengan menunggu, Tasha menutup telefonnya dan terus tidur.
YOU ARE READING
Suami Aku Artis Korea?!
RandomTasha , seorang gadis berumur 16 tahun yang dipaksa berkahwin dengan anak sahabat karib ibunya . Tasha tidak pernah tahu latar belakang lelaki yang bakal dia kahwini . Selepas berbincang , perkahwinan Tasha dan Jungkook ditunda pada tahun 2016 . Ia...