Chapter 11

91 5 2
                                    

Sesampainya dirumah, Tasha mencuci mukanya dan terus duduk diatas sofa. Fikirannya bercelaru memikirkan tentang ibu tercinta. Kanser buah pinggang yang dihidapi oleh ibunya sudah mencapai tahap keempat. Kanser sudah merebak ke organ lain. Kata doktor, Puan Sophie tidak dapat bertahan lama kerana penyakit yang dihidapi serta akibat kemalangan yang dialaminya.

Tangisannya didengari oleh Jungkook. Jungkook menghela nafas panjang dan mengambil duduk disebelah Tasha, "sayang, janganla macam ni.."

Tasha hanya menangis teresak-esak hingga matanya mula membengkak, "saya takut... Saya takut kehilangan mommy.. Mommy je yang saya ada.."

Jungkook memeluk Tasha perlahan sambil menenangkannya, "awak ada saya, saya takkan tinggalkan awak, okay?"

Tasha hanya mengangguk perlahan. Esakkannya mulai perlahan. Airmata yang mengalir diseka kemudian dia menyandarkan kepalanya ke bahu Jungkook hingga dia tertidur sendiri.

***

Tasha bangun dari tidur. Matanya melihat kearah jam dinding. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Matanya digosok perlahan. Dia bingkas bangun untuk membersihkan badan untuk bertemu Puan Sophie di hospital.

Selesai mandi, Tasha menuju ke Jungkook untuk dibangunkan. Kemudian dia beralih ke dapur untuk memasak sarapan. Sarapan pagi ini hanya nasi goreng bersama Teh O panas.

Jungkook menuju ke meja makan dan mengambil duduk. Matanya hanya melihat kelakuan Tasha yang sedang menyajikan makanan.

"Sorry, harini saya masak nasi goreng je" kata Tasha sambil mengambil duduk bertentangan Jungkook. Jungkook hanya tersenyum, "nasi goreng pun sedap"

Suasana menjadi kelam dan sunyi hanya bunyi kipas yang kedengaran. Pertanyaan Jungkook memecahkan suasana sunyi, "sayang okay?"

Tasha hanya mengangguk perlahan.

Jungkook mengeluh kecil. "Nanti kita jumpa mommy okay?"

Tasha mengangguk lagi.

Selesai bersarapan, mereka berdua bersiap-siap untuk ke hospital. Pintu rumah dikunci dan pagar ditutup. Kereta mereka meluncur laju diatas jalan. Setibanya di hospital, Tasha segera keluar kereta. Jungkook hanya menggelengkan kepalanya.

**

Puan Sophie hanya terbaring diatas katil. Matanya hanya tertumpu pada dinding yang kosong,fikirannya melayang memikirkan keadaannya.

Pintu bilik dibuka perlahan, mata Puan Sophie menoleh kearah pintu. Senyuman terukir dibibirnya. Tasha pun memasuki kedalam bilik lantas memeluk Puan Sophie. Jungkook yang baru masuk dalam bilik hanya tersenyum dan menggelengkan kepala melihat gelagat isterinya.

"Mommy, kenapa mommy tak pernah beritahu Tasha tentang kanser yang mommy hidapi? Mommy tahu kan yang Tasha sayangkan mommy?" Soal Tasha bertalu-talu. Sungguh dia memerlukan jawapan bagi soalan-soalannya.

"Sabar sayang. Mommy kan perlu rehat." Kata Jungkook sambil memeluk bahu Tasha. Puan Sophie hanya tersenyum kelat. Matanya mula berkaca sedikit. Dia mengarahkan Tasha untuk mengambil duduk, "Tasha duduk dulu. Mommy ada sesuatu nak beritahu pada Tasha."

Tasha dan Jungkook duduk dikerusi yang disediakan pihak hospital. Tasha bersedia untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Puan Sophie. Tangannya memegang erat tangan Puan Sophie, "apadia mommy?"

"Sebenarnya mommy terpaksa kahwinkan Tasha awal sebab kanser yang mommy hidap. Tiga hari sebelum Tasha kahwin, doktor cakap kanser mommy dah teruk sangat. Mommy taknak Tasha sedih dan kecewa bila tahu tentang kanser ni sebelum Tasha kahwin, nanti mesti Tasha tak jadi nak kahwin jadi mommy sorokkan dari pengetahuan Tasha. Mommy takut mommy tak dapat jaga anak mommy dengan baik. Jadi sebelum terlambat, mommy kahwinkan kamu dengan Jungkook kerana mak mertua kamu bestfriend mommy dan mommy sangat percayakan dia dan Jungkook. Mommy yakin mereka dapat jaga kamu dengan baik bila mommy dah takda nanti... "

Tasha menangis teresak dan terus memeluk Puan Sophie, "mommy tahukan yang Tasha sayang mommy sampai bila-bila? Kenapa mommy taknak bagitahu Tasha benda penting macamni?"

Jungkook hanya mengusap perlahan bahu Tasha. Tasha melepaskan pelukan dan menyeka airmatanya yang mengalir deras. Mukanya mula kemerahan dan mata mula membengkak. Puan Sophie memujuk Tasha supaya berhenti menangis, "Tasha janganla sedih macamni.. Nanti mommy pun sedih."

Tasha hanya mengangguk perlahan. Kemudian seorang doktor lelaki memasuki wad. "Encik Jungkook, boleh saya berbual sekejap? Ada benda penting yang saya perlu beritahu."

Jungkook hanya mengangguk dan mengikuti doktor itu. Hanya mata Tasha menemani Jungkook keluar wad. Selepas beberapa minit, Jungkook masuk semula kedalam wad dengan mata yang merah.

Tasha seperti dapat mengagak ada benda yang tak kena. Matanya mula berkaca, "doktor cakap apa?"

Jungkook hanya mendiamkan diri.

Tasha mula memegang tangan Jungkook dan menggoncangkannya. Dia tidak berpuas hati hingga soalannya dijawab. Airmata mula deras mengalir, "awak, jawabla!"

"Doktor cakap mommy mungkin dapat bertahan 4 bulan setengah atau kurang dari 3 bulan. Sebab kanser dah merebak teruk and mommy boleh tinggalkan kita bila-bila masa je," airmata Jungkook mula mengalir. Tasha terdiam mendengar apa yang dikatakan Jungkook. Matanya memandang ke arah Puan Sophie. Puan Sophie yang melihat Tasha hanya tersenyum kecil bagi menenangkan hati anaknya.

"Kita masih ada masa, sayang." Kata Puan Sophie sambil mengusap tangan Tasha. "Tasha jangan risau okay?"

Tasha menangis perlahan, kepalanya diangguk. Mereka hanya menangis melayan perasaan yang dirasai hingga perasaan sedih mulai surut.

**

Selepas 3 jam berada dihospital, Puan Sophie menyuruh Jungkook dan Tasha pulang ke rumah. Tasha laju menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu meninggalkan ibunya. Puan Sophie memujuk Tasha sambil memeluknya, "Tasha kenala balik. Dah 3 jam kat sini, esokkan Jungkook nak kena balik Seoul sebab ada kerja? Tasha kena la tolong kemas-kemas barang dia,okay?"

Tasha hanya mengeluh. Dia akur dengan ibunya dan mengangguk perlahan. Dia bingkas bangun dan memeluk Puan Sophie, "mommy jaga diri tau. I love you mommy"

Puan Sophie hanya tersenyum, "I love you too anak mommy"

To be continued...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 08, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suami Aku Artis Korea?!Where stories live. Discover now