Sudah dua minggu bergelar isteri orang, Tasha kelihatan bahagia bersama suaminya. Buat masa ini Jungkook masih berada bersama isterinya kerana dalam masa 3 hari lagi dia harus pulang ke Korea untuk menyiapkan 'bisnes kecil'nya.
"Awak nak makan petang tak?" soal Tasha.
Jungkook mengangguk kecil tanpa melihat wajah Tasha kerana matanya tertumpu pada telefon bimbit miliknya.
"Nak makan apa?" tanya Tasha lagi.
"Apa apa pun boleh sayang" jawab Jungkook.
Tanpa membuang masa, Tasha menuju ke dapur untuk memasak. 'hmm, masak nasi goreng lah'
Bawang putih, bawang merah dan cili merah dihiris. Ikan bilis digoreng hingga masak, kemudian bahan dihiris tadi dimasukkan. Setelah naik bau, nasi pula dimasukkan dan ditambah garam serta sedikit perasa.
Selesai masak, Tasha menghidangkan masakannya diatas meja. "Awak jomlah makan, saya dah siap masak ni"
Jungkook yang dari tadi ralit dengan telefon bimbitnya terus menutup telefon dan menuju kearah meja makan. "Wah sedapnya bau"
Tasha memandang ke arah Jungkook. "Nasi goreng je pun"
"Memangla nasi goreng je, tapi nasi goreng pun sedap jugak lagi lagi awak yang masak" puji Jungkook. Eleh nak ambil hati lah tu.
"Dahdah takpayah puji sangat. Jom makan"
Jungkook hanya mengangguk dan terus melabuhkan duduk diatas kerusi. Tasha pula mencedukkan nasi ke dalam pinggan.
"Tasha, mommy nak kena keluar kejap tau. Ada hal sikit ni" kata Puan Sophie sambil berjalan menuju ke pintu.
"Taknak makan dulu ke mommy?"
Ibunya hanya menggelengkan kepala dan berlalu pergi.
'Kenapa tergesa-gesa sangat mommy ni?' hatinya terasa hairan.
**
Puan Sophie memandu keretanya dengan agak laju. Tidak tahu apa yang penting sangat hingga dia memandu dengan berbahaya.
Tiba di suatu lampu trafik yang bertukar warna merah, Puan Sophie tidak sempat memijak pedal brake hingga menyebabkan keretanya dirempuh oleh sebuah kereta dari arah bertentangannya.
Kereta milik hancur, badan dan wajahnya berlumuran dengan darah. Orang-orang yang berada berdekatan segera menghubungi polis dan ambulans.
****
Tasha dan Jungkook sedang asyik menonton televisyen. Tiba-tiba telefon bimbit milik Tasha berdering. Panggilan dijawab.
- via call -
Tasha: Hello?
--- : Hello, ini Natasha Camelia ke?
Tasha: Ya, saya bercakap.
--- : Maafkan saya, ibu awak mengalami kemalangan jalanraya dan kini dirawat di Hospital Ampang. Boleh awak datang?
Tasha: K-kemalangan?! Baiklah, saya akan datang.
- via call ended -
Panggilan tersebut membuatkan airmatanya mengalir laju. Dia terus mengajak Jungkook menuju ke hospital, " awak, mommy... mommy accident" Airmatanya semakin deras.
Jungkook terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Tasha. Mereka berdua segera mencapai kunci kereta dan terus memecut ke hospital.
*
HospitalKeadaan Puan Sophie kritikal kerana mengalami pendarahan yang teruk semasa kemalangan. Kepalanya dibalut, badannya dipenuhi wayar.
Setibanya Tasha dihospital, dia segera bertemu dengan doktor yang merawat ibunya. " Doktor, macam mana dengan keadaan mommy saya?" airmatanya tidak dapat ditahan.
"Maafkan saya, keadaan ibu awak sangat kritikal. Kemalangan tadi membuatkan ibu awak kehilangan banyak darah dan kanser yang dialaminya juga sudah merebak ke organ lain" jelas doktor.
"Ka-kanser?" Airmatanya terus berjuraian. Dia tidak pernah tahu tentang kanser yang diceritakan doktor.
"Ya, Puan Sophie mempunyai kanser, kanser buah pinggang. Dia tidak mempunyai banyak masa untuk teruskan hidup. Dalam masa beberapa hari sahaja, Puan Sophie akan..."
Belum sempat doktor menghabiskan ayatnya, Tasha terlebih dahulu memotong percakapannya, "Saya nak jumpa mommy saya" airmatanya diseka perlahan.
"Baik, silakan." Kata doktor dan berlalu pergi selepas berjabat tangan dengan Jungkook.
Pintu bilik ditolak perlahan. Kakinya terasa lemah disaat melihat ibu tercinta terbaring kaku diatas katil. Airmatanya tidak dapat lagi ditahan, dia menangis teresak. "Mommy.. Bangun mommy.. Tasha ada ni.."
Tiada respons.
Jungkook hanya menepuk perlahan bahu Tasha untuk menenangkannya.
"Mommy, kenapa mommy tak pernah bagitahu Tasha tentang kanser ni.. Kenapa mommy tipu Tasha.." Airmatanya terus berjuraian membasahi pipi dan bajunya. Sungguh, dia tidak sanggup melihat ibunya dalam keadaan begini.
Keadaan Puan Sophie masih kaku tiada sebarang respons.
Bilik menjadi sunyi hanya kedengaran bunyi mesin dan sedu-sedan Tasha.
"Sayang.. Kita balik okay?" Jungkook bersuara mengajak Tasha pulang.
Tasha hanya menggelengkan kepalanya.
"Besok kita datang lagi, okay? Mommy kena rehat. Sayang pun kena rehat jugak.." pujuknya.
"Tapi saya nak teman mommy.."
"Takboleh sayang.. Pelawat takboleh tidur sini"
Tasha hanya mengangguk perlahan. Tangan ibunya dikucup perlahan, "esok Tasha datang teman mommy lagi. Selamat malam mommy"
Tasha dan Jungkook bangun dari duduk dan menuju ke pintu untuk pulang kerumah.
To be continued...
YOU ARE READING
Suami Aku Artis Korea?!
RandomTasha , seorang gadis berumur 16 tahun yang dipaksa berkahwin dengan anak sahabat karib ibunya . Tasha tidak pernah tahu latar belakang lelaki yang bakal dia kahwini . Selepas berbincang , perkahwinan Tasha dan Jungkook ditunda pada tahun 2016 . Ia...