Jeon Jungkook | Natasha Camelia
Hari ahad yang ditunggu telah tiba. Tasha bangun dari tidurnya pada pukul 9 pagi. Terasa malas dan mengantuk tetapi tetap bangun. Yela, takut mommy marah la tu.
Selesai mandi, Tasha mengenakan blouse biru gelap bersama midi skirt berwarna hitam serta solekan nipis pada wajahnya, rambut pula diikat ponytail.
"Kenapa aku kena kahwin awal hm habislah masa bujangkuuu" omel Tasha sambil membelek gambar travelnya bersama kawan-kawan di telefon.
Sedang asyik membelek foto, pintu biliknya diketuk. " masuklah," pintu dikuak dan Jungkook terpacak depan pintu. Baru pukul 10.30, awal betul sampai ye. Nampak sangat tak sabar nak kahwin ni 😝
"Dah siap?" Soal Jungkook.
"Ya, ya dah siap ni" jawab Tasha yang terus bangun dari duduknya.Mereka menuruni anak tangga bersama, Jungkook didepan dan Tasha dibelakang. Puan Sophie menyediakan sarapan yang dibawa Jungkook. Pancake dari McDonald's, favorite Tasha.
"Wahhh, sedapnya breakfast harini"
"Eh mestilah, Jungkook beli ni untuk kamu"
Jungkook hanya tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Pancake ni favorite awak kan? Sebabtu lah saya beli"
Tasha mengangguk perlahan, "thank you belikan"
**
Enjin kereta dimatikan dan mereka keluar dari kereta. Kaki melangkah ke sebuah butik busana pengantin.
Baju-baju dibelek satu persatu oleh mereka. Tiada yang menarik perhatian sehingga Tasha sampai di penghujung butik. Ada gaun berwarna putih dilapisi lace yang menarik perhatiannya, walaupun kelihatan simple tetapi cukup indah untuk dipandang.
"Jungkook, saya nak yang ni boleh?"
Jungkook membelek baju yang dipilih Tasha. Mukanya sedikit berkerut melihat baju itu. Alah dia buat muka pula.
"Hmm, boleh. Awak cubalah dulu dalam fitting room"
Tasha terus menuju ke fitting room diikuti oleh pekerja butik untuk membantunya.
Selepas memakai dress, Tasha keluar dari fitting room dan menuju ke Jungkook. Bulat matanya melihat Tasha.
"This dress looks simple, but you make it looks so gorgeous. Maybe because you are"
Tasha hanya tersenyum malu apabila dipuji Jungkook. "So, baju ni boleh kan?"
Jungkook mengangguk tanda setuju. "Baju saya pula yang ini, okay tak?"
"Ya, cantik. Walaupun nampak macam waiter hahahahah" jawab Tasha sambil ketawa.Jungkook hanya tersenyum kelat. Agak kecewa sebenarnya.
Selepas menyedari gurauannya membuat wajah Jungkook berubah, terus Tasha pujuk.
"Saya gurau lah. Baju tu cantik je, tak perlu pun yang mahal-mahal atau yang buat awak nampak handsome sangat. Awak tu suami saya, manaboleh perempuan lain tengok lama-lama"
'Eh? Alamak Tasha apa kau merepek ni' Tasha hanya tersengih selepas menyedari apa yang dia cakap.
Jungkook hanya tersenyum.
Selepas membeli baju pengantin, mereka membeli kasut pula. Metallic Ankle Strap Platform Heels jenama Charles and Keith menjadi pilihan Tasha.
Selepas penat membeli barang-barang untuk perkahwinan, mereka ke sebuah restoran untuk mengisi perut yang lapar.Seperti biasa, mask dan cermin mata hitam menjadi pilihan Jungkook untuk mengelak dari orang ramai mengenalinya.
Meskipun dia merupakan seorang artis terkenal yang mempunyai ramai peminat dan ramai juga artis yang menyukainya tetapi dia hanya mencintai Tasha, kawan baik sejak kecil walaupun Tasha tidak ingat.
Jungkook mesti merahsiakannya hingga tiba waktu yang sesuai untuk memberitahu Tasha.
"Tasha"
Tasha menoleh kearah Jungkook sambil menyuakan makanan kedalam mulut, "ya?"
"Awak pasti ke nak kahwin dengan saya?"
Dahinya berkerut. Soalan apa Jungkook tanya ni? Baju semua dah beli, takkan tak pasti kot? Tasha hanya mengangguk.
Jungkook tersenyum dengan jawapan Tasha. "Saya tanya sebab awak tak kenal saya, jadi saya risau awak kahwin hanya sebab terpaksa"
Tasha menggelengkan kepalanya. Tidak bersuara kerana asyik dengan makanannya.
"Awak kerja apa, Jungkook?"
Alamak, dia tanya pulak dah.
"Saya kerja dengan syarikat kecil, biasa biasa je" jawabnya.
Nasib baik lah Tasha bukan peminat dan tak ambil tahu tentang artis Korea.
" Ohhh " Tasha hanya menangguk.
Fuh nasib baik takda tanya soalan dah.
Semasa sedang makan, Tasha ternampak sekumpulan gadis yang sering pandang pandang kearah Jungkook.
'Ish takda lelaki lain ke korang ni nak tengok.' Eleh jealous lah tu.
"Awak, kenapa diorang tu asyik tengok awak eh?"
Jungkook tidak menoleh kearah yang dilihat oleh Tasha sebaliknya hanya toleh pada Tasha. "Entah, saya ni handsome sangat kot"
'Ish perasan'
"Dah, makan cepat nanti balik lewat pula"
**
Selepas Jungkook pulang, Tasha segera membersihkan dirinya, penat berjalan seharian.
Selesai mandi, dia berbaring di atas katilnya. Kaki terasa lenguh dan badan terasa letih . Akhirnya tertidur dibuai mimpi.
#To Be Continued..
---------------------------------------
Sorry semuanya, lama betul aku berehat 😝😂 sebenarnya, dah karat la nak menulis ni tapi harussss habiskan sebab kesian dekat korang. mesti lama kan tunggu? sorry ya semuanyaaa🙏🏻 mulai harini , aku akan update seminggu 2 chapter okiesss dan kalau terlebih rajin aku update 3 or 4 chapter💕
sooo dont forget to vote ya, thankyouuu💜
YOU ARE READING
Suami Aku Artis Korea?!
LosoweTasha , seorang gadis berumur 16 tahun yang dipaksa berkahwin dengan anak sahabat karib ibunya . Tasha tidak pernah tahu latar belakang lelaki yang bakal dia kahwini . Selepas berbincang , perkahwinan Tasha dan Jungkook ditunda pada tahun 2016 . Ia...