Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Hari perkahwinan Jungkook dan Tasha. Seawal jam 7 pagi Tasha sudah bangun dan siap mandi, takut dimarahi ibunya.
Majlis perkahwinannya akan berlangsung pada pukul 12 tengahari di sebuah dewan. Hanya rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat sahaja yang dijemput mereka.
Sebelum berjumpa dengan Tasha, terlebih dahulu Jungkook berjumpa dengan rakan-rakan Tasha. Ada perkara penting mahu dibincangkan.
Setibanya dia dihadapan rumah Tasha, kelihatan tiga orang gadis menunggu Tasha. 'Mungkin itulah kawan-kawan dia'
" Hi, awak semua ni kawan Tasha kan?"
Hyeri, Aira dan Sarah segera menoleh ke arah orang yang menegur mereka. Mereka bertiga mengangguk mengiyakan soalan Jungkook.
Mask yang dipakai Jungkook terus dibuka. "Saya ada benda nak beritahu kamu semua, boleh janji dengan saya tak?"
Hyeri dan Aira melopong setelah melihat wajah Jungkook. Siapa sangka, bakal suami sahabat mereka ialah artis Korea yang terkenal! Sarah hanya mengangguk, dia hairan melihat kawan-kawannya yang melopong. Iyela, Sarah dan Tasha ni spesies yang sama tak minat artis Korea dan tak ambil tahu.
"Awak Jeon Jungkook?!" Soal Hyeri dan Aira dalam nada terkejut.
Jungkook hanya tersengih dan mengangguk, "janji dengan saya yang korang takkan bagitahu dekat Tasha identiti sebenar saya, boleh?"
Mereka bertiga mengangguk setuju. "Tapi kenapa?"
"Saya sendiri akan beritahu pada dia pada masa yang sesuai nanti. Terima kasih sebab simpan rahsia ni ya"
****
Wedding.
Akhirnya, Jungkook dan Tasha sudah sah menjadi suami isteri.
Mereka berdua bertegur sapa dengan semua tetamu undangan. Sepanjang majlis berjalan dengan lancar.
Selesai makan bersama, mereka bergambar dengan tetamu. Sesi bergambar juga diadakan sebagai kenangan oleh jurufoto profesional.
Jungkook dan Tasha merenung kedalam mata masing masing sambil tersenyum. Tasha merasakan jantungnya bagai hendak tercabut keluar kerana terlalu gementar. Tetapi riak wajahnya tetap dikawal agar tidak merosakkan hbar perkahwinannya.
Dahi Tasha dikucup Jungkook. "I love you Tasha"
Kata-kata Jungkook membuatkan pipi Tasha merona merah kerana malu. Tetapi tetap membalas kata cinta dengan senyuman manis, "i love you too"
Selesai bergambar untuk photobook, mereka bergambar pula bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Pipinya terasa kebas kerana sering senyum untuk berfoto.
**
Jungkook dan Tasha pulang kerumah Puan Sophie. Buat masa ini, Jungkook mahu tinggal dirumah ibu dan ibu mertuanya dahulu kerana dia sibuk dengan urusan konsert dan tidak mahu Tasha tinggal berseorangan. Aww, so sweet.
Pintu bilik dikuak, bilik Tasha sangat kemas. Bagasinya diletakkan di sebelah almari pakaian kemudian Jungkook duduk diatas katil. "Awak penat tak?"
Tasha hanya mengangguk.
"Awak mandi dulu, saya mandi dekat bilik air luar. Nanti saya urutkan awak, okay?"
Tasha mengangguk dan mencapai tuala mandinya. Kemudian terus menuju ke bilik air untuk membersihkan badan. Begitu juga dengan Jungkook.
Selesai mandi, Tasha mengemas pakaian Jungkook untuk dimasukkan kedalam almari. Setelah habis mengemas, bagasi disimpan kemas semula.
Jungkook memasuki bilik Tasha hanya dengan memakai seluar paras lutut. Tangannya pula sedang mengeringkan rambut menggunakan tuala.
Tasha melihat Jungkook dari atas ke bawah. 'Dia ni kenapa tak pakai baju? Nak goda aku ke apa ni?'
"Kenapa, sayang?"
"Ha? Sayang?" soal Tasha
"Iyela, sayang. Awakkan kesayangan saya" jawab Jungkook sambil mengenyitkan matanya.
"Ish mengada" Tasha hanya memandang Jungkook dan melakukan eye-roll tanda menyampah.
Jungkook hanya ketawa. Selepas menggantungkan tualanya, dia berbaring diatas katil.
Tasha pula hanya duduk dihujung katil. Dia terasa gementar sebenarnya, tetapi pura pura cool sambil bermain telefon.
"Awak nak saya urut kaki awak tak?" tanya Jungkook.
Tasha menoleh kearah Jungkook dan mengangguk. Kemudian bergerak ke arah Jungkook dan melunjurkan kakinya.
"Laju je eh bila orang offer"
"Hehe" Tasha tersengih.
Kaki Tasha diurut perlahan selama 15 minit. "Dah okay ke?"
Tasha mengangguk sambil menguap.
"Okay bagi saya upah sebelum awak tidur.
"Eh? Upah?" tanya Tasha.
"Upahla. Awak ingat saya urut ni free je ke?"
"Hm. Awak nak apa? Nak saya masak untuk awak?" Tanya Tasha lagi.
Jungkook menggelengkan kepala dan tersenyum. Idea nakal mula difikirnya. "Saya nak awak kiss saya sebelum tidur, boleh?"
Mata Tasha membulat setelah mendengar permintaan Jungkook. Kiss? OMG.
"Boleh tak ni?"
"Y-ya boleh" jawab Tasha. Dia kemudian mendekatkan wajahnya dengan wajah Jungkook. Bibirnya menyentuh pipi Jungkook. "Okay dah, good night awak" Tasha terus berbaring dan menyelimuti tubuhnya kerana malu.
Jungkook hanya ketawa melihat gelagat Tasha. Jungkook berbaring dan tangannya melingkari pinggang Tasha, "good night sayang"
Pipi Tasha terasa bahang dan terasa kerana pinggangnya dirangkul Jungkook. Kerana ini adalah kali pertama dia dipeluk oleh lelaki. 'Alahai dia ni. Dahla kacak, sweet pulak ish patutla bila keluar dengan dia perempuan lain asyik tengok je' getusnya dalam hati.
Oleh kerana terlalu letih, mereka berdua pun terlena diulit mimpi.
to be continued.
YOU ARE READING
Suami Aku Artis Korea?!
RandomTasha , seorang gadis berumur 16 tahun yang dipaksa berkahwin dengan anak sahabat karib ibunya . Tasha tidak pernah tahu latar belakang lelaki yang bakal dia kahwini . Selepas berbincang , perkahwinan Tasha dan Jungkook ditunda pada tahun 2016 . Ia...