ramai orang cakap hidup ni tak indah macam novel. itu kalau kita baca novel indah2 fairy tale stok2 drama maghrib 7malam tu kan. ha tu memang fairy tale tahap apa tah citer melayu nyampah aku. memang takdek lah hidup indah macam tu; miskin kahwin dengan kaya; ada masalah merajuk lepas tu bila baik lagu sedap-sedap; nampak dari jauh isteri jumpa lelaki lain dah anggap selingkuh, bukannya nak gi jumpa dulu dengar dulu (aku paling benci babak bodoh ni), nangis2 kasi surat haram jadah apa semua; bila sorang dah baik sorang lagi pula merajuk ha lepas tu ulang2 lah merajuk kejap baik merajuk kejap baik sampai abang jamil mampus. sumpah saya tak suka drama melayu
kalau korang baca novel inggeris, even romantik ke pasal psiko ke apa ke... yes, memang hidup kita macam novel. complicated self life, complicated struggle, complicated love, complicated likes, complicated favourite, complicated ponders.
macam saya.
saya sekarang kan ada fling.
first time jumpa kenal apa semua, seharian saya melepak dengan dia sampai jam 2 pagi sebab saya tolong dia update iOS14, dia dah memang cakap suka. saya pun cakap suka. dah dia baik. HOHOHOHO. dia memang baik. tapi #jantantakguna tu lagi baik lah kalau nak dibandingkan cara first stage kenal tu kan.
then, lama2 dia cakap sayang.
tapi saya kan letak border. so dia ikut saya, jadi kami kawan je
just one thing about me: saya tak pernah berkawan dengan lelaki. takdek kawan lelaki nak ajak gurau, main game, keluar berdua, lepak2 apa semua. pendek kata takdenya NISA DAN HARIS di dalam hidup saya. saya hanya wasap dorang berkenaan download movies, software, techs and so on. and dorang wasap saya bila dorang nampak status saya like video kucing and kata-kata bodoh dari ig or twitter. thats it. sebab tu bila saya kenal lelaki dan rapat dengan si fling ni, memang tak boleh nak jadi kawan.
berkawan dengan lelaki memang ada rasa suka, kalau tak cemana kau boleh stay berkawan gelak-gelak apa semua, kan? tapi saya punya rasa suka terhadap lelaki bukan di atas dasar kawan semata-mata dengan base word nya ialah selesa. no. saya tak boleh. kalau lelaki tu hulurkan tangan nak kenal, saya letak border sebab takut, dia pulak handsome apa semua, baik apa semua... saya suka. dan saya kalau suka, memang saya cuba untuk ke depan tambah2 pula dia memang cakap suka saya depan2. nampak tak? even baijura cakap taknak kahwin, dia still usaha. sebab siapa je nak sia-siakan hidup yang Allah beri? siapa je nak sia-siakan rasa syurga dunia yang Allah dah kurnia? but end up? tengok? macam2 jenis lelaki saya jumpa. setakat ni, semua lelaki yang saya kenal jahat. yang fling ni.... nak kata jahat, setakat dua bulan kenal dia, tak nampak lagi jahat dia. itu yang susah nak buat saya benci dia. apabila dah suka sama suka, nak ke depan tapi ada hal lain yang naik yang membuatkan kami tak boleh nak ke depan. hal tu bukan sebab perangai dia jahat or perangai saya jahat, tapi... another matter yang memang... sedih lah.
jadi sekarang, membuktikan yang kami memang just a fling dan kawan SAHAJA.
tak boleh ke depan, tak boleh ke belakang.
sedih. lepas tu geram. lepas tu haih, lantak lah janji happy.
dia ada complicated issue and complicated life dia sendiri tapi dia tak menyesal.
saya ada complicated issue and complicated life saya sendiri tapi saya menyesal kenal dia. sebab lagi sekali, saya terjatuh suka pada jantina lelaki. saya cakap awal2 dh ke dia yang saya nyesal kenal dia sebab hal gini lah; jatuh suka, jatuh kasih, jatuh rasa caring.
dia tak menyesal sebab dia jenis berserah dan mengambil semuanya as pengajaran.
SAYA TAK BOLEH NAK PANDANG SEMUANYA AS HIKMAH DAN ADA PENGAJARAN. SEBAB SANGAT LAH SUSAH. HAL DENGAN LELAKI NI SAYA BANYAK SUSAH.
sebab tu lah ia sangat200 memenatkan.
tapi sekarang ni, saya tengok dia, dia tengok saya....
macam...
ditakdirkan dia alone dengan hal dia. saya alone dengan hal saya.
still kawan, tapi alone sebab memang tak boleh dengan orang lain.
hal "memang tak boleh dengan orang lain" tu, #jantantakguna tu dah cakap dekat saya dah.
'is tak boleh dengan orang lain sebab awak sorang je yang faham is'
HARAM JADAH BABI DIA. KAU NAK JUGAK KE EX KAU TU EVEN SETIAP HARI BERGADUH HA PEGI MAMPOS SANA.
tapi pasal saya dengan fling ni, bukan "memang tak boleh dengan orang lain" sebab kami je lah yang faham each other. bukan ya. sangat lah bukan.
"tak boleh dengan orang lain" sebab masing-masing penat dah.
nak cuba ke depan tak boleh, sebab complicated issue berkenaan (tak payah lah korang tahu complicated issue apa. cukup lah korang membaca je apa2 buku motivasi dan korang faham lah tapi bukan family involve or apa2.... its just complicated)
so penyudahnya.... entah sampai bila lah kami fling macam ni dan kawan macam ni.
sebab end up, masing2 akan alone juga.
kalau salah sorang kahwin pun, hanya sebab family yang carikan. tapi itu pun... jika ada. dia lah kot mungkin berkahwin. sebab saya memang cakap awal-awal ke semua sanak saudara saya, jangan cuba carikan saya jodoh. saya nak jaga mak je then hidup sendiri.
so end up, baijura tetap akan ke oversea menghabiskan masa di sana dan insyallah menamatkan masa di rumah orang2 tua.
konklusinya, untuk sementara masa yang pendek ini, saya cuma nak bergembira sepuas-puasnya sahaja.
fahamilah, bahawa hidup ini bukan mudah kerana kita manusia yang boleh merasa dan seterusnya memahami dan kadang-kadang berapa tidak memahami akan berbagai-bagai jenis perasaan dan kemahuan. itu yang membuatkan kita rasa serabut dan susah.
ramai cakap hidup ni senang je: taknak, cakap taknak. nak, cakap nak.
kalau dilihat, 20, 30, 40 tahun akan datang, tidak semudah itu ya, anak-anak.
jadi just do this lah; dont give a fxck. just live your life sementara masih ada ni. because in this era of goblisation (tah betul ke tak saya eja), our own self and emotion what matters most.
SAYANGI DIRI SENDIRI.
kita je yang faham diri kira.
masing-masing ada struggle masing-masing.
itu saja.
last but not least, stop asking me personal question. saya penat, fed up dan serabut. just tukar opinions about our circle of life. tu je.
MEMANG TADEK UPDATE CASSHANNAH YA HARINI SAYA NAK LELAP JAP PENAT SANGAT KANG JAM 8 DAH KENA BUAT CHORES APA SEMUA.
YOU ARE READING
APERSON IS BACK
General Fictionjust open it and read it sesuai untuk semua lapisan masyarakat and sah sepanjang pandemic 2020 (-2021 maybe?.............. or forever??!!!) based on the T&C (terms and condition, guys... blerh)