🐰 12

1.4K 205 18
                                    

Jaemin tekun membuat kerjanya. Ada beberapa dokumen yang dia perlu semak dan juga perlu tanda tangan. Hari ni dia sengaja datang ofis awal sebab nak settle semua kerja.

"Lily I nak you batalkan semua meeting hari ni. I ada kerja lepas ni"

Lily merangkap PA nya itu cuma mengangguk.

"Baik bos"

Selepas Lily keluar, masuk pula Hyunjin. Jaemin menutup fail kerjanya.

"Aku dah settle semua orang yang dia upah"

"Habis tu kau jumpa tak siapa bos mereka semua?"

Hyunjin bersandar pada kerusi. Jaemin pula menunggu dengan sabar apa yang Hyunjin nak bagitahu.

"Anna"

"Da fuck! Kau biar betul bro" soal Jaemin.

"Kau tahu kan si Anna tu anak orang level atas. Dia boleh buat apa saja termasuk fake kan pernikahan dia"

Okey yang ni dia tak dapat tangkap.

"Maksud kau?"

"Dia sengaja pura pura nak kahwin sebab itu satu satunya chance untuk dia dekat dengan Heejin. Walhal calon suami pun ke laut"

"Psycho ke apa minah tu. Sampai macam tu sekali. Tapi kenapa dia benci sangat dengan Heejin?"

"Heejin dengan si Anna pernah satu universiti dulu. Satu course lagi. Tapi aku rasa Heejin tak perasan si Anna pernah satu fakulti dengan dia dulu. Dan disebabkan keluarga mereka level atas, parents dia paksa untuk menjadi pelajar top 1"

"Tapi macam yang kau tahu, dekat fakulti mereka dulu siapa lagi kalau bukan Heejin yang selalu dapat top 1. Memang si Anna tu sakit hatilah. Dan sekarang Heejin berjaya buka butik taraf lima bintang, wedding planner terkenal. Lagi geramlah minah tu"

"Dan pasal semalam, Anna sendiri yang sabotaj hall yang team Heejin siapkan untuk burukkan nama Heejin"

Jaemin mengerutkan keningnya. Rambut dikuak ke belakang.

"Jadi maksud kau dia berdendam dengan Heejin dan dia upah orang untuk bunuh Heejin sebab ni?"

Hyunjin mengangguk.

"Yup! Bodoh kan minah tu. Anak orang level atas tapi otak sengkek, psycho" selamba Hyunjin kutuk.

"Damn! Wujud jugak eh perempuan macam tu"

"Tapi dengan orang psycho ni tak boleh bawa main. Bahaya!"

"No aku tak rasa dia psycho. Dia cuma stres sebab kena push dengan parents dia"

"Haah! Betul jugak eh"

Dan tiba tiba pintu terbuka. Mereka sama sama pandang ke arah pintu.

"Hah orang yang kau cari ada depan mata. Tak payah seru terus datang" bisik Hyunjin.

"I ganggu you guys ke?"

Hyunjin menggeleng kepalanya.

"No no. Silakan duduk"

Anna duduk disebelah Hyunjin.

"Ada apa you datang sini?" soal Hyunjin.

"Saja datang usya hero si bitch tu. Hmm not bad. You look innocent dear" kata Anna selamba.

Jaemin senyum sinis. Dia tak tahu ke yang dia dah masuk ke dalam mulut naga tanpa dia sendiri sedar. Perempuan jenis apalah minah ni.

"Jangan terpedaya dengan muka innocent aku. Satu aje aku nak cakap dengan kau"

Muka Anna sudah berubah lain.

"Stop apa yang kau tengah buat sekarang kalau kau tak nak mampos!"

Dia dah hilang sabar dengan perempuan ni. Perempuan tak perempuan. Pistol tetap di acu kepada kepala siapa saja yang cari pasal dengan dia atau orang yang dia sayang.

"Apa maksud kau ni? A...aku tak faham?"

Hyunjin senyum sinis. Tak kuat mana pun perempuan ni. Ingat upah orang sana sini berani mati. Rupanya tak.

"Kau tak yah buat buat tak faham. Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau cuba untuk bunuh Heejin"

Muka Anna macam tertelan cicak. Cuak habis.

"Aku nak kau delete news yang semua media post. Aku tak nak satu pun yang tertinggal. Dan lepas tu aku nak kau buat statement baru untuk bersihkan nama Heejin. Aku bagi masa 2 jam untuk kau buat semua tu"

"Ba...baik. Aku a..akan buat apa yang kau suruh"

"Hyunjin aku nak kau follow pempuan ni. Make sure yang dia buat semua tu dan make sure juga yang dia tak lari pergi oversea"

"Bereh bro!" kata Hyunjin.

...

Son Of Evil | NA JAEMINWhere stories live. Discover now