Dua hari berlalu lepas apa yang Hyunjin cerita pasal Jaemin. Dan still aku belum dapat keputusan. Entahlah hati aku sakit sangat sebab aku dengar daripada mulut orang lain. Kalau dia explain awal awal, aku rasa aku boleh pertimbangkan lagi sebab dia jujur dengan aku.
Kerja diatas meja semua terbekanglai fikir pasal Jaemin punya pasal. Stres aku dibuatnya.
"Hola beb!"
Karina sudah datang. Aku sambung buat kerja. Harap harap dia tak perasan aku tengah termenung tadi. Aku tak nak dengar dia membebel.
"Hmm"
Aku sengaja buat buat fokus pada kerja aku.
"Aku nak cakap sikit boleh?"
Karina tarik kerusi didepan aku lalu duduk.
"Dan sejak bila kau pandai minta izin aku untuk bercakap?"
Aku berhenti menulis. Karina pula sengeh bila aku cakap macam tu.
"Taklah mana tahu kau tengah stres ke. Aku tak naklah menambah kau punya stres"
Memang aku tengah stres pun Karina. Tapi memandangkan kau sahabat baik aku, aku biarkan.
"Mana ada. Apa benda yang kau nak cakap? Cepatlah. Aku excited ni"
Karina mencebik. Tak puas hati dengan aku.
"Macam ni. Pada pandangan aku lah kan, si Jaemin tu tak bersalah apa apa pun"
Aku dah agak. Mesti dia nak pasal ni.
"Pembunuh tu papa dia bukan dia. Aku repeat. Bukan dia. Dia cuma mangsa keadaan je. Disebabkan status dia anak kepada pembunuh, Felix ambil kesempatan"
"Entahlah beb. Bagi aku sama je. Itu papa dia. Darah daging dia. Of course la aku benci dengan dia dia sekali"
"No!"
Karina tepuk meja. Terkejut aku. Lemah jantung aku orang buat macam ni dekat aku.
"Tolonglah sedar wahai sahabatku. Jaemin tu baik orangnya. Kalau dia ikut jejak papa dia, aku sokong kau benci dia. Tapi Jaemin bukan orang yang macam tu"
"Kau jangan cepat judge orang beb. Kita tak tahu apa yang dia buat di belakang kita"
Karina kusutkan rambut dia. Maybe dia dah tak sanggup nak hadap aku yang degil ini. Aku tahan gelak.
"Kalau betul dia buat semua tu, aku rasa kau dah arwah sekarang. Tak ada maknanya dia nak selamatkan kau" selamba si Karina ni cakap.
Geram pulak aku. Macam nak tarik tarik je rambut dia.
"Maybe dia cintakan aku dan boleh je dia buat kerja bunuh orang sebagai kerja sambilan. Hah siapa tahu"
Dan selepas itu Karina menjerit. Aku dah berjaya cabar kesabaran dia.
"What's wrong with you man!" tengking Karina.
Tawaku terlepas jugak.
"The way dia pandang kau. Tak kan kau tak boleh nampak. Semua orang nampak termasuk aku. Aku tak fahamlah dengan kau"
Aku stop ketawa.
"Fine suka hati kaulah. Aku sebagai kawan baik kau dah nasihat semampu yang boleh. The rest are on you. Remember! I trust you bestie"
Dan selepas itu Karina terus keluar. Rambut yang dia kusutkan tadi diperbetul semula.
Yes! Aku dah dapat keputusan. Thanks to Karina.
Aku terus ambil beg tangan dan kunci kereta. Tapi sebelum tu aku text Hyunjin tanya Jaemin ada dimana sekarang. Dan aku tak sangka tak sampai seminit dia reply cakap Jaemin ada dekat De' Prince Resort.
Aku terus kesana. Hari ni jugak aku nak settle dengan Jaemin. Aku tak nak serabut otak lagi fikir pasal ni.
Sampai di resort, aku tak tahu nak mula cari dimana sebab resort ni besar. Fikir punya fikir, akhirnya aku buat keputusan untuk cari dia bahagian vip.
Cari punya cari, still tak jumpa. Hish si Hyunjin ni tipu aku ke. Lelaki tu bukan boleh percaya sangat. Tapi mataku tidak sengaja pandang ke arah pantai. Seorang lelaki berkemeja putih bersama seluar slek fit warna hitam itu menarik perhatianku.
Jaemin.
Aku terus turun dari bahagian vip dan menuju ke pantai. Sebaik saja aku sampai disitu, aku nampak Jaemin dengan seorang perempuan. Terus hilang senyuman dan semangatku tadi.
...
YOU ARE READING
Son Of Evil | NA JAEMIN
Fanfiction"Mana ada! Awak yang jalan tak pandang depan. Dasar lelaki!" "Indeed a girl. Always nak menang" "Malaslah nak cakap dengan awak!" "Not too fast lil bunny" "And what's wrong with you Mr Ice?" START - 01.11.2020 END - 17.11.2020 © wifejunkyu