🐰 24

1.2K 185 10
                                    

Aku buka mata dengan perlahan. Badan semua rasa sakit. Aku pandang sekeliling. Tempat ni nampak macam tempat yang dah lama tertinggal. Tanganku rasa pedih. Aku baru perasan yang tangan aku tergantung dekat atas.

Kaki pun lenguh semacam. Agak agak dah berapa lama aku berdiri sambil tangan digantung diatas.

"Hello beautiful!"

Felix!

Ya aku kenal suara dia. Perlahan lahan dia muncul dari sebalik dinding di depan aku.

"Apa awak nak Felix? Saya buat salah apa dengan awak. Please lepaskan saya"

Aku merayu sebab aku tahu kalau aku tengking dan marah dia, semua tu akan sia sia.

Dia ketawa dengan sinis. Gerun aku tengok muka dia.

"Awak tak ada salah apa pun beautiful. Yang salahnya..."

Dia tarik dagu aku lalu dicengkam dengan kuat.

"...si Jaemin hanat tu!"

Apa yang Jaemin buat sampai Felix sanggup culik dia.

"Kalau aku culik dia, memang tak ada function langsung. Tapi kalau aku culik kau, merana hidup dia. Mesti sekarang ni dia tengah serabut kan"

Dia sambung ketawa jahat.

Awak dekat mana Jaemin. Please datang selamatkan saya. Saya takut awak.

"Aku ni sebenarnya tak sampai hati nak seksa kau. Tak tahulah. Maybe aku dah suka kau. Mungkin"

Muka dia ya Tuhan. Psycho habis.

"Tapi disebabkan lelaki jahanam tu, dengan kau kau sekali aku benci!"

Dia tarik rambut aku sampai kepala aku terdongak ke atas. Tak cukup dengan itu dia tampar pipi aku.

"Awak kejam Felix!"

Dia lepas rambutku dengan kasar. Dia tunjuk muka baran dia.

"Aku kejam?!"

Dia pandang aku dengan muka marah. Takutnya. Awak please datang cepat.

"Hey kalau kau nak tahu, lelaki yang kau sayang tu lagi kejam kau tahu tak?! Dia dengan bapak dia sama je!"

Aku mula curious. Apa benda yang dia cakap ni.

"Di tu anak pembunuh kau tahu tak. Bapak dia tu bunuh orang sana sini. Termasuk bapak kau"

Bang!

Aku rasa macam ada batu besar hempap badanku.

Jadi pembunuh tu bapa Jaemin. Pembunuh yang family aku selama ni cari. Dan hari ni baru aku dapat tahu yang sebenarnya bapa Jaemin yang bunuh daddy.

Dan sekarang baru aku faham kenapa Jaemin takut sangat kena tinggal dengan aku.

Hati yang ingin Jaemin datang untuk selamatkan aku tadi, terus berubah arah. Aku tak nak berjumpa dengan Jaemin buat masa sekarang.

"Kenapa? Baru sekarang kau sedar yang kau sayang anak orang yang bunuh bapak kau" sindir Felix.

"Kau diamlah bodoh!" tengking ku.

"Berani kau tengking aku sial!"

Dia bawa keluar pistol. Tapi yang peliknya aku tak rasa apa apa. Sikit pun aku tak rasa takut.

"Felix stop!" tengking seseorang.

Aku pandang ke bawah. Tak berminat nak tahu siapa yang datang selamatkan aku. Fikiranku sekarang terus terfikir kan daddy. Aku rindu daddy.

Suara riuh rendah mula kedengaran. Pergaduhan telah berlaku didepan aku sekarang ni. Yang peliknya aku tak rasa apa apa. Aku rasa macam lost sangat.

"Lil bunny! You okay?"

Dia lepaskan ikatan pada tanganku. Aku terus jatuh terduduk. Maybe sebab kakiku tak mampu menampung badanku yang tengah lemah sekarang ni.

Jaemin terus angkat aku. Dia tak kasi aku jalan. Aku nak meronta dan protes tapi aku dah penat. Sudahnya aku biarkan dia. Tapi sepanjang perjalanan ke rumahku, sepatah pun aku tak bercakap.

Dia juga seakan faham keadaan ku. Dia turut diam. Sampailah ke rumahku, dia angkat aku sampai masuk kedalam bilik.

"We need to talk"

Aku bercakap tidak pandang ke wajahnya. Tapi dari sisi mataku, aku boleh nampak yang dia tengah berperang dengan perasaan sendiri samada nak stay atau pergi.

"No tak perlu. Sebab I dah tahu ini kali terakhir I jumpa you. Lepas ni you tak kan sudi jumpa I lagi. Dan I akan cuba untuk terima semua tu walaupun I tahu yang I tak kan pernah boleh"

Hatiku sayu dengar semua kata kata dia tapi ego lebih tinggi.

"Hidup tanpa you macam hidup tanpa nyawa which mean mati. I rasa I selalu cakap benda ni pada you. I truly love you. Maybe you tak pernah percaya, sebab tu you selalu abaikan perasaan I pada you"

Aku still tak pandang muka dia sebab aku tahu dia tengah pandang aku.

"Damn! So hurt untuk kehilangan you. How I wish my life just like everybody else. They live happily but I still need to find my own happiness"

Even ego aku tinggi tapi air mata still keluar.

"And my happiness is you. Always you. But now my happiness will gone forever. To be honest I dont know how to live without you"

Dia semakin dekat dengan aku. Kepala aku dipusing dengan perlahan. Dan selepas itu aku rasa bibir hangat dia melekat di dahiku.

"Farewell love"

Lepas dia keluar dari bilik, aku terus menangis semahu mahunya. Kenapa rasa dia lagi sakit daripada dapat tahu yang sebenarnya bapak dia yang bunuh daddy.

...

Son Of Evil | NA JAEMINWhere stories live. Discover now