Semua masalah selesai. Hari ni aku datang ke butik macam biasa. Selama aku tiada di butik, Karina lah yang ambil tempat aku untuk berjumpa dengan client. Dan selama aku tak ada client semakin bertambah.
Dan sekarang kami tengah lunch dekat kafe bersebelahan dengan butik. Malaslah nak pergi jauh jauh.
"Kau belum habis cerita pasal tadi"
Si Karina ni kalau bab bergosip nombor satu.
"Tapi seriuslah dia cakap macam tu kat kau?"
Aku mengangguk.
"Tak kan lah aku nak tipu kau pulak. Dah tu yang dia cakap"
Karina mencebik.
"Dah tu maknanya dia betul betul suka kau lah. Dan kenapa kau tak percaya?"
Aku mengangkat bahu.
"Entahlah beb. Aku rasa benda ni terlalu awal. Aku dengan dia baru berjumpa kot. Tak mungkin dia suka aku secepat tu"
"Dan tak mustahil jugak dia suka kau secepat tu. Eh boleh tak kau stop bagi aku sakit kepala fikir benda ni. Kalau dia dah cakap dia suka kau, itu bermakna dia suka kau. Dah tamat!"
"Amboi! Anjai punya kawan. Kau sepatutnya support aku bukannya membebel macam ni"
Aku marah dia balik. Karina membuat muka tak puas hati.
"By the way dah lama aku tak nampak boyfie kau si Yunseong tu?"
"Kau jangan gatal gatal ubah topik eh"
"Lah tadi kau jugak yang cakap dah tamat"
Aku tak puas hati. Kalau bukan kerana waiter hantar makanan di meja kami, aku rasa perang kami akan diteruskan lagi. Tapi memandangkan masing masing lapar, kami abaikan pergaduhan tadi.
"Eh beb! Sedaplah menu baru dia. Cuba ko rasa?"
Karina menyuapkan aku makanan yang dia order.
"Haah! Esok aku nak order menu ni lah"
Dan kami pun lupa apa yang kami bual tadi. Inilah dinamakan sahabat baik.
"Hey ladies! Can I join you guys?"
Ada seorang lelaki menganggu.
"Felix?"
Bukan aku yang cakap tapi Karina. Okay Karina kenal Felix. Aku bagi pandangan yang aku perlukan explanation lepas ni.
"Hai Karina and hai beautiful"
Felix duduk disebelah aku.
"You buat apa kat sini? Hilang selera I nak makan" kata Karina.
Wait asal Karina nak melenting sangat ni.
"Chill Karina. I datang sini bukan nak jumpa you tapi I nak jumpa beautiful girl dekat sebelah I ni"
Felix pandang aku. Gerun pula aku tengok muka dia. Muka lelaki gatal plus penuh makna disebalik wajah dia itu. But too bad aku tak dapat tafsir makna disebalik wajah gatal dia tu.
"Sorry tapi dia hak milik orang lain" kata Karina dengan selamba.
"You tak payah tipu I lah Karina. I dengar apa yang both of you bual tadi. Dia bukan hak milik siapa siapa lagi"
Aduh! Ni semua disebabkan mulut. Kuat sangat cakap sampai orang lain dengar.
"Say who's? She's mine"
Jaemin. Finally Jaemin datang selamatkan aku.
"Right sayang?"
Sayang? Seriuslah Jaemin. Kalau ye pun nak selamatkan keadaan tak yah la sampai macam tu sekali. Tengok si Karina dah sengeh sengeh macam kerang busuk.
"Yes bibiey!"
Dia tercengang bila aku panggil dia macam tu.
"Kenapa awak datang lambat sangat?" soalku lagi.
"I ada kerja tadi. Sorry sayang"
Lepas ni kalau mana mana director tak nak ambil berlakon lagi hmm tak tahu lah.
"Bullshit! Stop acting. Korang ingat aku tak tahu yang korang tak pernah bercinta!"
Felix mula naik angin dengan lakonan kami.
"Kau nak aku kiss dia depan kau ke?"
Jaemin still tak nak kalah. Felix yang dengar itu terus pergi. Lega aku. Kalau Jaemin tak datang tadi tak tahulah apa jadi. Tak sanggup aku tengok muka gatal dia.
...
YOU ARE READING
Son Of Evil | NA JAEMIN
Fanfic"Mana ada! Awak yang jalan tak pandang depan. Dasar lelaki!" "Indeed a girl. Always nak menang" "Malaslah nak cakap dengan awak!" "Not too fast lil bunny" "And what's wrong with you Mr Ice?" START - 01.11.2020 END - 17.11.2020 © wifejunkyu