Selepas hantar Hazel ke sekolah, aku terus ke Grand Legacy Hotel. Esok majlis Anna akan dilangsungkan di dalam hall hotel ini. Stres aku nak tunggu sampai hari ni. Setiap hari atau setiap masa ada je benda yang tak kena. Yang ini perlu tukar, yang itu bukan citarasa dia.
Dialah client aku yang paling cerewet dalam sejarah aku sebagai wedding planner. Dan hari ni of course dia datang untuk pantau kerja aku. Aku tak kisah sangat pun sebab aku dah terlebih faham perangai dia. Tapi tidak untuk team aku. Aku risau mereka tak boleh tahan dengan perangai Anna.
Aku menghembuskan nafas berat ku. Lately ni fikiran aku serabut. Rasa macam nak nangis je. Tapi bila aku fikir balik, orang yang buat aku stres ni tak layak dapat air mataku. Jadi aku tahan selagi boleh.
Enjin kereta dimatikan. Beg tangan atas seat sebelah diambil. Pintu kereta dibuka dan aku dikejutkan dengan seorang lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Muka ditutup dengan penutup muka. Terus hati jadi berdebar. Adakah lelaki ni orang yang sama nak cuba cederakan aku.
"Ikut aku kalau kau tak nak aku tikam kau!"
Aku menggeleng kepala.
"Aku tak nak. Please lah jangan ganggu aku. Aku tak ada buat salah apa pun"
Aku merayu sehabis yang boleh. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Basement pun sunyi je sekarang ni.
"Kau tak yah cakap banyak! Ikut aku sekarang!"
Dia terus tarik tangan aku. Aku meronta ronta dan pada akhirnya dia toreh lengan aku. Darah mengalir keluar.
"Hey setan!"
Yes terima kasih. Finally ada orang datang selamatkan aku.
"Dasar lelaki tak guna!"
Lelaki yang sudi selamatkan aku pukul lelaki tadi habis habisan. Aku yang terlampau takut tutup kedua belah mataku. Ini first time kejadian sebegini berlaku di depan mataku.
"Cik are you okay?"
Dengan perlahan aku buka mata. Muka dia nampak risau bila tengok keadaan aku.
"Your hand" katanya lagi.
Aku pandang tangan kananku. Ada satu garis yang panjangnya lebih kurang 1 inci. Dipenuhi dengan darah.
"Takpe sikit je ni. Nanti saya letak ubat. Thanks sebab sudi tolong saya" katak dengan ikhlas.
"Lain kali awak perlu lebih berhati hati"
Aku mengangguk.
"Anyway my name is Jeno"
"Saya Heejin. Sekali lagi thanks ya sebab tolong"
Lelaki itu cuma senyum.
"Jangan lupa letak ubat"
Aku mengangguk. Lelaki itu terus pergi. Aku pula terus menuju ke arah
lif. Aku perlu tanya staf hotel untuk dapatkan ubat."Beb! Kenapa dengan lengan kau sampai berbalut macam ni"
As expected from Karina. Dialah orang pertama akan risau pasal aku.
"Kau jangan cakap ini semua sebab orang yang sama nak cuba cederakan kau sebelum ni?" siasat Karina.
Aku mengangkat bahu. Sejujurnya aku still trauma dengan kejadian tadi. Tapi aku cuba untuk lupakan sekejap dengan menyibukkan diri dengan kerja. Aku perlu kuat.
"Kau rehatlah dalam bilik sana. Biar aku yang uruskan. Kau nampak pucat ni"
Karina sentuh dahi dan leher aku.
"Aku okey. Tak nak lah duduk dalam bilik. Sendu. Lebih baik aku buat kerja dengan korang"
Karina mencebik. Mungkin tak puas hati dengan aku yang degil tahap bangang ni.
"Anyway cepatnya korang buat kerja?"
Aku perhati sekeliling dewan yang besar ini. Semuanya sudah dihias dengan cantik. Kerusi dan meja juga disusun. Tinggal siapkan pelamin je.
"Sorry sebab tak bagitahu kau. Si Anna tu paksa kitorang datang buat kerja start semalam"
Terbeliak biji mata aku dengar. Patutlah semua nampak letih muka.
"Aku tak kisah kalau kau tak bagitahu aku tapi kenapa dia paksa korang datang semalam? Tarikh yang sepatutnya kita datang sini adalah hari ni dan esok majlis dia berlangsung"
Aku tak puas hati.
"Macamlah kau tak kenal si Anna tu macam mana. Aku pun geram jugak semalam tapi dia ugut aku. Kalau team kita tak datang dia akan viralkan yang wedding planner terkenal ni suka tangguhkan kerja"
Aku menggeleng kepala bila fikirkan perangai Anna. Sampai macam tu sekali. Aku tahu aku tak boleh lawan dia sebab dia memang orang level atas. Dia akan buat apa saja untuk jatuhkan aku.
"Dasar minah tak cukup kasih sayang! Eii geram betul aku. Takpelah at least korang boleh rehat awal nanti"
Sekarang baru pukul 9 pagi. Dan mereka hanya perlu hias pelamin. Lepas tu semua perfect. Tapi dia respect sangat team dia buat kerja. Even dia tak ada, semuanya nampak perfect di mata dia. Bersyukur sangat ada team macam ni.
...
YOU ARE READING
Son Of Evil | NA JAEMIN
Fanfic"Mana ada! Awak yang jalan tak pandang depan. Dasar lelaki!" "Indeed a girl. Always nak menang" "Malaslah nak cakap dengan awak!" "Not too fast lil bunny" "And what's wrong with you Mr Ice?" START - 01.11.2020 END - 17.11.2020 © wifejunkyu