thirteen

900 201 21
                                    

"Tae? Taeyong!!! " Yeeseul berlari ke arah ruangan lobi hospital, nafasnya tercungap-cungap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tae? Taeyong!!! " Yeeseul berlari ke arah ruangan lobi hospital, nafasnya tercungap-cungap.

"T-Taeyong... " dia terus menuju ke arah lif, menekan punat nombor 3 dengan resah.

"Please Taeyong, jangan tinggalkan aku... " air matanya sudah bergenang memikirkan nasib yang akan menimpa dirinya dan Taeyong.

Tiba sahaja di hadapan wad Taeyong, dia menyerbu masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Dia melihat seorang wanita kira-kira berumur 50-an itu duduk di sebelah katil milik Taeyong.

Wanita itu menoleh ke arah Yeeseul, kemudian dia membulatkan matanya. "Seul... "

Yeeseul menelan liurnya payah apabila melihat Taeyong terlantar di atas katil, tidak sedarkan diri.

"Dah berapa tahun? "

"Nae? " wanita itu memandang Yeeseul dengan pandangan kasihan.

"D-Dah berapa tahun dia sorok benda ni? " suara Yeeseul bergetar.

"D-Dua tahun, Seul. Dua tahun dia lawan dengan kanser ni. Tapi.... " kata-kata wanita itu terhenti apabila mesin jangka hayat milik Taeyong telah berhenti.

Menandakan Taeyong sudah tidak bernafas lagi.

Matanya mula memerah, air mata turun membasahi pipi milik Yeeseul. "A-andwae.. Taeyong-ah. Lee Taeyong! " dia menjerit, memeluk tubuh milik Taeyong yang sudah terkulai lemah itu.

Wanita itu terus memanggil doktor, namun pada masa yang sama dia juga menangis, meratapi pemergian anak kesayangannya yang penat lelah bertarung dengan penyakit ini hampir dua tahun.

"Tae... Bangun Tae... Kau nak tinggalkan aku?! Taeyong, tak lawak Tae. Bangun Tae! " Yeeseul menggoncangkan tubuhnya, namun tiada sebarang balasan dari Taeyong.

"Cik, maafkan saya. Lee Taeyong telah disahkan-"

"Diam! Aku taknak dengar! Dia masih hidup! Cakap kat aku, dia masih hidup! " Yeeseul menjerit , memandang satu persatu wajah doktor yang berada di tepinya.

Doktor-doktor itu menundukkan wajah mereka, kemudian mereka menggelengkan kepala.

Yeeseul menangis, tubuh milik Taeyong dipeluknya erat. "Tae... Kau tinggalkan aku. "

"Kenapa Tae. "

"Aku sayangkan kau... "

 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
dreams. ltyWhere stories live. Discover now