final

1.3K 210 63
                                    

Sejak dari hari itu, Yeeseul tidak lagi bermimpi tentang lelaki yang bernama Lee Taeyong itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Sejak dari hari itu, Yeeseul tidak lagi bermimpi tentang lelaki yang bernama Lee Taeyong itu.

Hatinya terasa kosong. Entah mengapa, sejak dari mimpi Taeyong mati dan meninggalkannya, dia seakan tidak boleh mempercayainya.

Mimpi itu seakan nyata. Sama juga dengan hati dan perasaannya.

Hati dan perasaannya adalah milik Lee Taeyong, kekasihnya di dunia lain.

Taeyong telah banyak mengajarnya erti kasih sayang, suka dan dukanya selalu bersama Taeyong.

Tak dapat disangkal lagi, Yeeseul juga mencintai Lee Taeyong sepenuh hatinya. Akibat pemergian Taeyong, dia seakan hilang punca hidup.

Yeeseul pasti ini bukan mimpi, dan bukan juga halusinasi. Ini adalah realiti, namun hanya berbeza dunia.

Yeeseul pasti Taeyong wujud. Dan bukannya sekadar mainan tidurnya.

"Yeeseul, kawan aku datang hari ni. Kalau kau nak pergi mana-mana, bagitahu aku dalam bilik, okay? " suara Doyoung mematikan lamunan Yeeseul.

"Hm. " Yeeseul hanya menggumam perlahan. Doyoung melepaskan keluhan kecil, sedar akan kelakuan adiknya yang berubah semenjak dua menjak ini.

Tingtong!

Pantas sahaja Doyoung berlari ke arah pintu dan membukanya.

"Yo Doyoung." dia bersalaman seketika, kemudian Doyoung menjemputnya masuk.

"Seul, ni kawan internet aku yang aku pernah cerita kat kau masatu. Perkenalkan, Lee Taeyong. "

Satu nama yang tidak asing bagi Yeeseul. Pandangannya di alihkan pada susuk tubuh lelaki yang berdiri bersebelahan dengan Doyoung.

Matanya membulat, mulutnya ditekup menggunakan tangannya. Apakah betul apa yang dilihatnya?

Lelaki itu mengukir senyuman kecil, kemudian melambaikan tangannya ke arah Yeeseul.

"Hai Seul. "

***

THE END.

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA entah lah weh. Aku terinspirasi dari tiktok, jangan salahkan aku hsbshshsh.

Enjoylah dengan cerita merepek ini hehehe byeee.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
dreams. ltyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang