-8-

212 15 4
                                    

Hari ini Miqayla sudah bekerja seperti biasa. Kelihatan Hazwani sedang berbual- bual dengan Zakwan. Dia menghampiri mereka secara senyap- senyap.

"Assalamualaikum, good morning!"

"Waalaikumsalam, Dheea?! Aaa, I miss you so much girl. Kau tak ada semalam aku sorang- sorang je tau, tak ada kawan nak ajak gosip." Tercebik- cebik mulut Hazwani mengadu.

"Alaaa. Kesiannnya kawan aku sorang ni. Meh sini, meh." Miqayla mendepakan tangannya.

Berkerut kening Zakwan melihat karenah dua orang gadis di hadapannya ini. Inilah namanya perempuan. Manjanya terlebih- lebih.

"Eh, habis tu semalam saya belanja awak makan kat cafe tu apa?" Zakwan mula mengungkit.

"Dr. Wan lain. Doktor lelaki, mana boleh ajak gosip. Tak best." Gurau Hazwani.

Tergeleng- geleng kepala Zakwan mendengar pernyataan Hazwani itu.

"Macam mana dengan Ayah awak? Dah sedar?"

"Alhamdulillah dah sedar. Cuma belum boleh berjalan lagi. Berkemungkinan sebab hentakan kuat pada belakang badan. Sekarang pun Ayah tengah jalani rawatan fisio, harap ada perkembangan yang baik." Terang Miqayla.

"InsyaAllah, kami doakan semuanya berjalan lancar." Kata Zakwan lagi.

"Aku doakan Pak Cik Kamal boleh berjalan semula dan berlari lagi laju daripada kau." Doa Hazwani.

Miqayla hanya tersenyum melihat rakan- rakannya itu. Sedikit sebanyak dapatlah dia mengurangkan rasa kesedihannya.

"Aqram, saya nak tanya awak sesuatu boleh?"

"Sebelum tu, patut ke aku pergi? Tak rasa menyemak ke?" Celah Wani.

"No, it's okay. Just stay here." Tegah Miqayla apabila Hazwani hendak beredar.

"Awak nak tanya apa?" Tanya Zakwan.

"Selain daripada awak dengan Syafiz, siapa lagi yang kawan dengan Abang Fahmi?" Tanya Miqayla.

"Ramai juga kawan dengan dia. Tapi semua tu senior saya. Saya tak berapa kenal sangat dengan mereka." Jawab Zakwan.

"Sepanjang awak berkawan dengan dia, ada tak perkara pelik berlaku pada Abang Fahmi?" Tanya Miqayla lagi tidak ubah seperti seorang anggota polis.

"Hmm, tak ada pula rasanya. Dia okay je." Jawab Zakwan pendek.

Belum sempat Miqayla hendak bertanya lebih lanjut, seorang jururawat memanggil Zakwan. Mereka berlalu pergi meninggalkan Miqayla dan Hazwani.

"Macam pelik la." Miqayla berkata sendirian.

"Dah kau jangan fikir bukan- bukan. Kita selesaikan masalah one by one. Aku akan sentiasa berada di sisi kau, okay?" Kata Hazwani. Dia tidak mahu Miqayla terlalu berfikir sehingga memudaratkan kesihatannya pula.

SKIP

Klik

"Mama dengan Abah dari mana? Pagi lagi dah keluar." Tanya Irdina apabila melihat ibu bapanya membuka pintu rumah. Kebetulan dia mahu keluar.

"Dari hospital. Kamu nak pergi mana? Baru pukul 10 dah nak keluar lagi." Tegur Tengku Kamilia.

Irdina hanya mendiamkan diri.

"Jangan ingat Mama tak tau pukul berapa kamu balik malam tadi. Keluar pagi, balik pagi esoknya. Ni nak keluar lagi. Kalau pergi bekerja tak apa la juga, ni pergi jumpa dengan orang- orang yang tak siuman". Tengku Kamilia mula berleter.

"Awak dah la tu. Jangan bising- bising pagi ni. Rezeki tak masuk nanti." Tegur Tengku Irham.

"Tulah awak. Asyik nak menangkan anak bongsu je." Marah Tengku Kamilia.

{H} •Cinta Gadis Kampung dan Tengku Sombong• [Novel]Where stories live. Discover now