-6-

221 16 13
                                    

Semasa dalam perjalanan, Miqayla hanya mendiamkan diri. Zakwan mengeluh.

"Qayla, awak jangan risau, everything will be alright. Trust me." Zakwan cuba menenangkan hati Miqayla.

"I hope so." Miqayla hanya mampu berdoa.

Sesampainya di lobi hospital, Miqayla terus berlari masuk ke dalam untuk mencari Ibunya.

Kelihatan Ibunya sedang duduk di hadapan wad kecemasan sambil ditenangkan oleh seorang wanita seusia Ibunya. Afiq Fahmi turut berada di situ sekali. Wajah Ibunya itu kelihatan sembap kerana terlalu banyak menangis.

"Ibu, macam mana dengan Ayah?" Tanya Miqayla sambil memeluk Hajjah Dahlia sebelum matanya turut berlinangan air mata. Hajjah Dahlia hanya menggelengkan kepalanya.

"Kita doakan yang baik- baik untuk Ayah." Serak suaranya.

Afiq Fahmi hanya mendiamkan diri.

"Mama?!" Panggil satu suara garau.

Tengku Kamilia berpaling.

"How's abah? Everything all right?" Tanya Daniel sambil mendapatkan ibunya.

"Alhamdulillah Abah okay. Cuma luka ringan." Jawab Tengku Kamilia

Daniel menarik nafas lega.

"Tapi keadaan Pak Cik Kamal...harap tak ada yang serious." Sambung Tengku Kamilia lagi.

"insyaAllah tak ada apa- apa." Kata Daniel sambil berjalan menuju ke arah Fahmi. Dia mengusap bahu Fahmi yang bersandar di dinding koridor hospital.

"Sabar bro. Aku tau Ayah kau kuat." Pesan Daniel sambil memerhatikan kawasan hospital.

Matanya menangkap seseorang yang sedang duduk di sebelah Hajjah Dahlia.

'Tu bukan budak kampung ke? Buat apa dia dekat sini. Setahu aku Fahmi tak ada adik beradik." Monolog Daniel. Dia tahu sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia bertanya kepada Fahmi. Dia hanya mendiamkan diri.

KLIK

Pintu was kecemasan dibuka, seorang doktor lelaki keluar..

"Siapa ahli keluarga Encik Hafizul?" Tanya doktor itu.

"Saya isteri dia, macam mana keadaan suami saya?" Tanya Hajjah Dahlia seraya bangun daripada kerusi. Tengku Kamilia turut bersama di situ.

"Suami puan sudah melepasi keadaan kritikal, tetapi dia masih dalam koma. Kami tak pasti untuk berapa lama. Kita perlu tunggu pesakit untuk sedar, baru kita tahu perkara yang selanjutnya." Terangnya kepada semua.

"Kami boleh masuk ke doktor?" Tanya Fahmi.

"Boleh, make sure jangan terlalu ramai".

"Tak ada perkara buruk yang akan berlaku. Jaga diri ya, Lia. Jangan terlalu fikirkan sangat." Pesan Tengku Kamilia sambil memeluk pekerjanya itu.

Hajjah Dahlia hanya membalas pelukan majikannya itu.

Miqayla hanya tersenyum memandang Tengku Kamilia. Namun, senyumannya mati apabila bertentangan mata dengan seorang yang baru sahaja ditemuinya tadi.

Daniel hanya memandangnya tanpa riak sambil mengikuti langkah adiknya yang ingin ke wad yang menempatkan bapa mereka.

Belum sempat mereka untuk masuk ke dalam wad, mereka didatangi dua orang lelaki asing yang lengkap beruniform polis.

"Maafkan saya, puan ni Puan Dahlia Omar ke?" Tanya seorang lelaki berambut coklat.

"Ya, saya. Ada apa ye?" Tanya Hajjah Dahlia.

{H} •Cinta Gadis Kampung dan Tengku Sombong• [Novel]Where stories live. Discover now