Pasangan pengantin sudah pun bergerak ke meja makan untuk menjamu selera bersama keluarga. Miqayla amatlah tidak selesa sekarang ini kerana daripada tadi jurukamera mengambil gambarnya. Perlulah dia makan dengan penuh sopan santun walaupun perutnya sudah berkeroncong kuat.
'Menyesal betul aku tak makan mi goreng pagi tadi. Semua sebab mamat sebelah ni, tak pasal- pasal aku bangun lambat.' Miqayla berkata di dalam hati.
Baru beberapa sudu nasi dimasukkan ke dalam mulut, jurukamera sudah pun mengarahkan mereka untuk memotong kek. Takut cair katanya. Daniel memegang erat tangan Miqayla ke meja kek. Sekali lagi mereka tersenyum berpura- pura.
"Bride suap kek dekat groom." Arah jurukamera.
Kalau ikutkan hati Miqayla mahu sahaja dia mengangkat kek itu dan melekapkan pada muka lelaki itu. Sabar jelah nasib gambar yang diambil cantik.
Kcik Kcik
"Okay nice shot."
Lelaki itu melihat jam tangannya. Seketika kemudian dia meminta rakannya memeriksa cuaca di luar. Sekembalinya rakannya, dia pula pergi ke arah Afiq Fahmi yang sedang melayani para tetamu. Miqayla mengerutkan kening apabila Fahmi bergerak ke arahnya.
"Dik, dah boleh pergi photoshoot lah sekarang ni. Cuaca macam nak hujan, takut kalau tunggu tak sempat pula nanti." Arah Fahmi.
"Ala, Dheea penat lah Bang. Daripada tadi ambil gambar." Miqayla mengeluh.
Daniel dia sebelah memandang pelik ke arah isterinya.
'Ambil gambar pun penat?'
"Tak apalah,sayang. Bukan selalu pun kita ambil- ambil gambar berdua macam ni. Mana tau lepas ni ambil gambar bertiga pula? Hehe." Pujuk Daniel.
Miqayla sudah membulatkan matanya.
'Eh dia ni. Dah kenapa?' Miqayla menjeling Daniel.
Fahmi di hadapan sudah tersenyum penuh makna.
"Macam- macamlah korang ni. Kalau nak bersweet- sweet make sure kunci pintu tu dulu." Fahmi galak menyakat.
"Abang Fahmi!" Marah Miqayla.
"Sorry- sorry. Pergilah cepat, cameraman tu dah tunggu dah tu. Ajak pengapit sekali." Arah Fahmi.
"Kau tak pergi sekali?" Tanya Daniel.
Dia lebih gemar berkau aku sahaja kerana jarak umur mereka tidak lah begitu jauh, hanya beberapa tahun sahaja.
"Tak payahlah. Bukannya aku nak kahwin pun." Fahmi membalas.
"Mana tau lepas ni turn Abang pula. Ambil lah experience dulu." Gurau Miqayla lalu tertawa.
"Eee budak ni. Dah pergi sana." Fahmi berlalu pergi.
SKIP
Bermacam- macam lah gaya yang disuruh oleh jurukamera kepada pasangan Daniel dan Miqayla. Gaya mereka perlulah berkenaan dengan tema happiness.
Di sebalik pengambaran itu, terdapat dua orang insan yang sedang duduk di bawah pokok bersama rakan jurukamera itu.
"Cantik betul pemandangan dekat sini kan?" Irfan memulakan perbualan.
Namun, Imanina tidak melayan. Dia hanya leka bermain dengan telefon pintarnya. Irfan mengeluh. Keluhannya didengari oleh lelaki di sebelahnya.
"Abang suka kakak tu eh?" Tanya lelaki itu.
Irfan hanya menggelengkan kepalanya dan tersenyum tawar.
YOU ARE READING
{H} •Cinta Gadis Kampung dan Tengku Sombong• [Novel]
Romance_2020_ { Ahmad DanielXDheea Miqayla } ~ sesombong mana pun dirimu , hanya kau yang ku mahu ~ " Aku takkan terima perempuan kampung macam kau ni dalam hidup Aku . Kau faham ? ! " " Saya akan buat awak jatuh cinta pada saya , macam mana awak buat saya...