-10-

228 14 15
                                    

Pada pagi itu, Miqayla sudah bersiap- siap untuk ke tempat kerja seperti hari- hari biasa. Dia bertekad untuk bekerja keras bagi menampung keluarganya serta mengupah seorang peguam yang boleh membebaskan abangnya itu.

Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, dia menuruni anak tangga untuk ke dapur. Kelihatan Ibu dan Ayahnya sedang bersarapan. Sedih dia melihat ayahnya yang masih berkerusi roda itu. Dia cuba untuk memaniskan mukanya.

"Good morning, Ibu, Ayah". Ceria Miqayla menegur sambil mencium pipi kedua ibu bapanya.

"Morning." Sahut Haji Hafizul dan Hajjah Dahlia.

Miqayla mengambil tempat di hadapan Ibunya.

"Dheea, nanti lepas habis kerja terus balik ya. Jangan singgah mana- mana." Pinta Hajjah Dahlia sambil menuangkan air teh kepada suaminya.

Miqayla yang sedang mengunyah makanan berhenti.

"Okay, tapi kenapa?"

"Ada tetamu nak datang." Jawab Hajjah Dahlia.

"Tetamu? Siapa Ayah?"

"Entahla. Ada orang nak masuk meminang kamu kot. Hahaha." Sakat Haji Hafizul.

"Eee...betul-betul la. Siapa?" Miqayla masih tidak berpuas hati.

"Sudah- sudah. Pukul berapa ni? Tak pergi kerja ke?" Tanya Hajjah Dahlia.

"Alamak! Dheea pergi dulu. Assalamualaikum." Pinta Miqayla sambil menyalami ibu bapanya.

"Waalaikumsalam, jaga diri baik- baik." Pesan mereka.

SKIP

"Morning Ma, Bah." Tegur Daniel kepada ibu bapanya.

"Morning, Dani." Tersenyum manis Tengku Kamilia memandang anak terunanya itu.

"Hmm, awal bangun? Dah nak pergi kerja ke? Takut dengan apa yang Abah cakap sebelum ni?" Perli Tengku Irham sambil memandang Daniel sekilas lalu sambung membaca surat khabar.

Daniel hanya mendiamkan diri. Malas mahu bergaduh dengan bapanya di pagi hari.

"Dah- dah. Dani, mana Aeisy? Tak bangun lagi?" Tanya Tengku Kamilia.

"As usual, on her bed right now." Kata Daniel sambil mengambil sekeping roti dan berlalu pergi.

"Duduk makan sekali!" Jerit Tengku Kamilia kepada Daniel yang sedang memakai kasut.

"I need to go. See you." Daniel hanya melambaikan tangannya dan berlalu pergi.

Dia mula memandu ke syarikat Abahnya.

"Pergi awal salah. Pergi lambat lagi salah. Tak faham betul aku." Daniel berkata sendirian.

Berang dia memikirkan sifat Abahnya yang suka memerli dan mengugutnya untuk melakukan sesuatu.Sambil- sambil dia membebel sendirian, telefonnya berdering.

'♡Bella Bae♡'

Wajahnya terus berubah apabila melihat nama pemanggil. Butang hijau ditekan.

"Hello, Bae." Ucap Daniel sambil fokus memandu.

"Morning, Bie! You dekat mana? I ingat nak breakfast dengan you dekat cafe biasa, boleh?" Manja sahaja suara Afriena aka kekasih sampai 'syurga' Daniel.

"I on the way office. Of course, I want breakfast with you." Daniel bersuara macho.

"Okay, see you there, Bie. Bye. Love you." Afriena terus mematikan panggilan.

"Love you too..aik dah tutup?" Daniel berpatah balik ke cafe yang dinyatakan walaupun perjalanannya ke tempat kerja tinggal beberapa minit sahaja.

Apa sahaja dia akan lakukan untuk orang yang dicintainya itu, walaupun kena menghadap Tengku Irham kelak.

{H} •Cinta Gadis Kampung dan Tengku Sombong• [Novel]Where stories live. Discover now