-12-

219 13 19
                                    

Sudah dua minggu berlalu sejak peristiwa Tengku Irham dan Tengku Kamilia merisik Miqayla. Sehingga ke hari ini, Miqayla masih tidak mempunyai sebarang jawapan untuk diberikan.

Pada pagi itu, seperti biasa dia bersiap sedia untuk ke hospital. Dia menuruni anak tangga dan melihat Ibu dan Ayahnya. Suasana pada pagi itu sungguh sunyi, tidak seperti hari biasa yang agak meriah di pagi hari. Miqayla mengambil tempat di hadapan Ibunya. Ibu dan Ayahnya hanya diam sahaja menjamu selera.

"Ibu? Ayah? Kenapa ni? Diam je." Tanya Miqayla sambil menuangkan teh ke dalam cawan.

"Dheea dah ada jawapan untuk soalan Tengku Kamilia?" Tanya Hajjah Dahlia.

Miqayla hanya diam dan menunduk memandang makanan yang terhidang.

"Tak baik buat orang tertunggu- tunggu Dheea. Kalau belum bersedia, cakap terus terang pada mereka. Jangan berikan harapan." Sambung Hajjah Dahlia lagi. Dia bukan apa, dia tidak mahu Tengku Kamilia terlalu berharap pada anaknya.

"Kalau Dheea tak setuju. Kami tak halang. Ibu dengan Ayah ikut sahaja pilihan kamu. Lagipun hal ni berkaitan dengan hidup kamu kan. Dheea pun dah besar, dah boleh buat keputusan sendiri." Lembut sahaja suara Haji Hafizul menasihati anak gadisnya itu.

"Nanti Dheea fikirkan ya. Emm Dheea pergi kerja dulu. Assalamualaikum." Kata Miqayla sambil menyalami ibu bapanya dan berlalu pergi.

"Waalaikumsalam."

Haji Hafizul dan Hajjah Dahlia memandang anak mereka yang sudah berlalu pergi. Kalau ikutkan mereka, mahu sahaja mereka mempersetujui dengan permintaan majikan mereka itu. Namun, hal ini berkaitan dengan kehidupan Miqayla. Mereka tidak mahu sebarang badai melanda rumah tangga anak gadis mereka sekiranya Miqayla tidak bersetuju. Biarlah mereka melepaskan anak mereka dengan hati yang lapang.

SKIP

Sepanjang seharian bekerja, Miqayla hanya banyak mendiamkan diri. Pelik Hazwani melihat rakannya itu. Kalau tidak, pagi- pagi lagi suaranya sudah membingitkan telinganya. Miqayla hanya akan bercakap bila perlu sahaja.

"Dheea." Panggil Hazwani apabila melihat Miqayla sibuk mengacau air di cawannya.

"Dheea Miqayla!!" Jerit Hazwani.

"Ye, saya setuju." Latah Miqayla.

Terbuntang mata Miqayla apabila mendengar perkataan yang disebutnya tadi. Cepat- cepat dia menepuk- nepuk mulut kecilnya itu.

Hazwani yang tak faham itu memandangnya pelik.

"Kenapa kau ni? Diam sepanjang hari. Tadi ada patient kau diam macam ni gak ke?"

"Tak ada apalah. Aku okay. Aku layan patient okay je. Cuma stress sikit. Banyak benda nak fikir." Kata Miqayla perlahan sambil memicit kepalanya.

Hazwani hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak mahu masuk campur urusan Miqayla. Jika ada masalah yang Miqayla hendak kongsi, dia sudi mendengar dan membantu rakan baiknya itu.

Miqayla memandang rakannya. Dia rasa dia patut bertanyakan pendapat rakannya itu, memandangkan Wani sudah pun berumah tangga.

"Wani."

Wani memandangnya.

"Aku nak tanya pendapat kau lah." Tanya Miqayla perlahan.

Wani menjongketkan keningnya. Jarang betul Miqayla hendak menerima pendapatnya.

"Pendapat? Pendapat apa?" Tanya Wani pula.

"Sebenarnya sebelum ni..." Miqayla pun menceritakan semua perkara yang berlaku dua minggu lalu daripada berjumpa dengan Daniel sehinggalah Tengku Irham dan Tengku Kamilia merisiknya pada malam itu.

{H} •Cinta Gadis Kampung dan Tengku Sombong• [Novel]Where stories live. Discover now