09

188 41 0
                                    

No One Pov

"Yang jungwon! Dah berapa kali saya cakap kaki tu kena ke atas. Kamu ni tak faham bahasa ke?!"

Teruk di tengking oleh jurulatih tetapi jungwon hanya mampu untuk memandang lantai.

'Haish. Pergi rehat la jungwon. Dah letih saya ni ajar kamu tapi haish. Pergi rehat la jungwon.'

Jungwon hanya angkur dan menundukkan badan sebelum beredar dari bilik latihan.

.

.

.

<Dorm>

"Kau ni kenapa. Sejak akhir-akhir ni kau tak focus langsung waktu training. Kau tak sihat ke?"

Sunghoon bertanya sambil mengusap-usap belakang badan jungwon untuk memastikan jungwon rasa relax dan tenang untuk berkongsi masalahnya pada sunghoon.

Sebenarnya jungwon sendiri pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba jadi macam tu. Selepas dia membuat eye contact dengan yeoja yang tidak sengaja terjatuh atasnya tempoh hari terus dia jadi kurang focus semasa training.

"Aku okay je la, hyung mungkin tak cukup rehat kot. Hyung tak payah risau la."

Jungwon berkata sambil menunjukkan senyuman tipis.

"Aku bukan apa cuma kau ada perlawanan besar bulan depan. Kalau kau tak focus semasa training sekarang ni, aku tak pasti kalau kau boleh menang waktu perlawanan tu nanti."

Sunghoon berkata. Dia tahu bahawa ayat yang ditujukan pada jungwon itu sedikit kasar tapi itu untuk kepentingan jungwon juga. Kalau selalu berlembut je sampai bila dia nak focus semasa training.

"Sudah la. Jom pergi cafeteria. Jake ada berita gembira untuk kau. Mungkin berita gembira ni boleh memberikan kau focus semasa training."

Mereka berdua pun pergi ke cafeteria.

.

.

.

<Cafeteria>

"Sampai pun. Aku dah macam tunggul tunggu korang kat sini."

Jake berkata.

"Yang kau tiba-tiba ajak jumpa ni kenapa? Aku dengan heeseung hyung baru je nak main game tadi."

Jay bertanya.

"Game tu bila-bila pun boleh tapi berita aku ni dapat dengar sekali je seumur hidup."

"Haa, ya la. Apa beritanya?"

Jay bertanya dengan malas.

"Beritanya ialah kita berenam dapat pergi ke jepun bulan depan untuk sokong jungwon."

"SERIOUSLAH?!"

Tanya Sunoo untuk memastikan yang dia tidak salah dengar bahawa mereka berenam boleh pergi ke jepun bulan depan.
Yang hanya dibenarkan pergi ke Jepun ialah atlet teakwondo yang terpilih untuk bertanding sahaja.

"Iya. Aku bodek eomma aku supaya kita boleh pergi and at the same time kita boleh beri sokongan pada jungwon."

Kata Jake.

"Itu sahaja kau nak bagitahu?"

"Itu je la. Oh! ya, aku juga ada minta kebenaran eomma untuk ambilkan photographer express untuk ambil gambar kita dekat Jepun nanti."

Jawab Jake.

"Photographer express?"

Tanya heeseung kebinguan.

"Haah. Ada orang yang tolong ambilkan gambar kita tu tapi kita kena bayar dia la."

Jelas Jake

"Ooo. Siapa yang jadi photographer express tu??"

Tanya jay.

"Kau rasa?"

Jake mengankat-angkat keningnya sambil menunjukkan senyuman yang susah ditafsir.

"Jangan kata hyung ambil yeoja haritu sebagai photographer express?"

Teka niki.

"Ting tong ting. Betul tu. Yeoja tu sama sekolah dengan Soobin hyung. Treasure High School ada buat perkhidmatan photographer express. Aku ada dm dia kat IG tapi aku delete balik."

"Kenapa kau delete?"

Tanya sunghoon

"Sebab aku nak eomma aku yang berbincang dengan dia fasal pengambilan photographer express."

Jawab jake

"Aku harap yeoja tu setuju la jadi photographer express kita. Boleh la si jungwon ni naikkan semangat sikit."

Kata sunghoon sambil memeluk bahu jungwon dan tersenyum.

No One Pov end

.

.

.

Jungwon Pov

Jadi yeoja tu akan ikut sekali pergi ke Jepun bulan depan? Walaupun belum pasti lagi tapi aku harap dia terima tawaran tu.

Kalau betul yeoja tu punca aku tak focus semasa berlatih. Jadi lepas ni aku kena focus semasa berlatih.

Jungwon Pov end

Bersambung . . . .

You In My Frame °Yang Jungwon°Where stories live. Discover now