13

188 39 3
                                    

Hyein Pov

Inilah harinya dimana aku akan pergi ke Jepun. Sekarang aku, eomma, appa dan oppa berada di Incheon Airport. Kami sedang menunggu ketibaan dari BeLift high school.

'Maaf la kerana lambat. Lama ke tunggu?'

Tanya puan sim atau pengetua sekolah BeLift high school dan tidak lupa juga ada beberapa orang pelajar dan seorang guru lelaki di belakang pengetua sim.

"Tak ada la. Kami pun baru je sampai. Saya Nam Seolhwa, eomma kepada hyein."

Jawab eomma ku dan tidak lupa juga untuk kenalkan dirinya pada pengetua sim.

Baru sampai apanya, sudah 18 minit kami tunggu.

"Saya Sim Jung hae, pengetua sekolah BeLift high school dan juga omma kepada Jake. Jake, sini sekejap. Oh, tidak lupa juga. Ini coach kim. Dia yang akan pantau pelajar-pelajar di Jepun nanti."

Pengetua sim juga kenalkan dirinya serta memanggil nama anaknya. Dan tidak lupa juga untuk kenalkan guru yang bertanggungjawab untuk menjaga pelajar-pelajar.

"Ya, eomma."

Jawab seorang pelajar lelaki.

Oh! Ini ke Jake? Boleh tahan handsome. Eh, hyein jangan macam ni. Ingat snowball. Tapi tak silap aku Jake ni kawan pada snowball. Jangan-jangan snowball pun ada dekat sini.

Aku pun menjengketkan kaki untuk mencari kelibat snowball. Gotcha! Nampak pun dia.

Zuupp!

Seperti disambar oleh kilat. Snowball pun pandang aku. Aku pun sorok belakang oppa aku. Cover malu.

"Hyein, kenapa ni? Tak sihat ke?"

Tanya pengetua sim. Mungkin perasan kot aku tiba-tiba menyorok belakang oppa aku. Dalam masa yang sama jake tersengih memandang aku.

'Kenapa jake sengih macam tu? Atau dia nampak aku buat eye contact? ayyy, hyein jangan la malukan diri kau depan kawan dia.'

Aku tak tahu kenapa, aku tak mampu nak keluarkan suara aku. Terkejut sangat sebab buat eye contact dengan snowball sebentar tadi.

"Oh, dia memang macam tu. Manja dengan oppa dia. Biasalah anak bongsu."

Eomma aku tolong jawabkan. Nasib selamat.

"Samalah dengan si Jake ni. Ada je karenah dia."

Aduh! Samakan aku dengan Jake pula, pengetua sim ni. Aku nak sama dengan snowball je. Eh, menggedik la kau, hyein.

Aku pun pandang la lagi snowball. Dia tengah berbual dengan kawan dia dan tidak lupa juga dia juga senyum dalam perbualan tersebut.

"Comel je dia senyum."

"Siapa comel? Tunjuk sikit."

Alamak! Kantoi la pula. Aku pun pandang la abang aku sambil tersengih dan jariku tunjuk ke arah Jungwon.

"Tuu. Oppa jangan bagitahu eomma dengan appa tau. Janji."

Aku buat la jari pinky promise dekat oppa aku.

"Erm. Ya, janji. Tapi dah pergi sana sama-sama tu, jangan nak menggatal pula. Behave sikit."

Pesan oppa ku.

"Baik, boss."

Aku pun mengankat tangan macam orang nak berikrar, menunjukkan aku akan ikut cakap oppa.

You In My Frame °Yang Jungwon°Where stories live. Discover now