- P R O L O G -

93 20 14
                                    

" Adik nak ke mana tu?" tanya Puan Farhah melihat Nisa sudah siap bertudung dan berstoking.

" Adik nak pegi taman depan tu kejap Ma. Sebelum Maghrib nanti adik balik ye..." jawab Nisa sambil menyarung sneakers miliknya.

"Em yelah..hati-hati jalan tu, " pesan Puan Farhah sebelum menyambung semula drama yang ditontonnya sedari tadi.

Nisa menghayunkan langkahnya dengan sungguh perlahan sambil menikmati udara petang yang bertiup lembut. Bagaikan setiap langkahnya membawa beban seberat batu, menjadikan perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 5 minit itu terasa lama sekali.

Akhirnya langkah perlahan Nisa pun berhenti. Di hadapannya terdapat sebuah tasik yang dikelilingi pohon-pohon merimbun, sangat sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan. Bunyi burung-burung berkicauan juga sangat menghiburkan para pencinta alam.

Namun sayangnya suasana pada petang ini terasa sunyi sekali kerana tiada pengunjung yang bertandang selain daripada Nisa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Namun sayangnya suasana pada petang ini terasa sunyi sekali kerana tiada pengunjung yang bertandang selain daripada Nisa.

'Mungkin diaorang penat kot..maklumlah baru third day raya...' teka Nisa di dalam hati.

Dia berjalan beberapa langkah lagi sehingga menjumpai kawasan yang dicarinya.

"Assalamualaikum sahabat...lama dah Nisa tak melawat..Nisa busy sikit tahun ni, sebab tu jarang datang sini," kata Nisa lalu tersenyum lemah.

Dia pun melabuhkan punggungnya di tanah lalu memerhati langit yang kekuningan; menandakan dia tidak boleh kekal lama di situ.

Beberapa minit kemudian, Nisa mengeluarkan handphone miliknya dari poket seluar lalu memainkan sebuah video.

Video tersebut memaparkan gambar-gambar beberapa kumpulan manusia pelbagai usia dan bangsa.

"Assalamualaikum sahabat semua..sihat? Kalau ya, alhamdulillah... Cuba korang teka apa tajuk video kali ni? Klunya ialah bermula dengan huruf P dan berakhir dengan huruf N. Tak tahu lagi?? Baiklah, saya bagi klu lain ek..Haa, klunya perkataan lawan bagi pertemuan," suara lelaki memulakan bicara.

" Yes, mesti korang dah tahu tajuknya kan? Tak lain tak bukan ialah Pemergian."

"Saya yakin sahabat-sahabat semua pernah mengalami situasi ni kan? Tak kiralah dengan family,kawan atau insan yang tersayang. Dan saya juga yakin semua orang bersetuju yang pemergian ni lebih banyak menyedihkan berbanding menggembirakan."

"Sebab apa? Sebab dengannya kita akan mengalami kehilangan seseorang dari sisi kita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sebab apa? Sebab dengannya kita akan mengalami kehilangan seseorang dari sisi kita.Bagi sesetengah kes, ia juga boleh menyebabkan putus harapan," sambungnya lagi.

"Tapi kita juga perlu sedar yang pemergian juga membawa maksud pelepasan. Dan kadang-kadang, kita perlu melepaskan untuk menerima, cuma mungkin dengan cara yang kita sendiri tidak sedar."

"Pemergian juga bukanlah hanya bermaksud perpisahan selamanya, mungkin juga sehingga masa menentukan saat pertemuan semula. Cuma kita perlu ingat bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-hamba Nya."

Nisa memberhentikan video tersebut untuk mengelap matanya yang mula bergenang dengan air mata. Rindu.

Nisa memulakan semula video tersebut.

Suara itu menyambung semula;

"Seorang yang saya sangat hargai pernah berkata...biar jarak beribu dari mata..-"

"-asal jarak sejengkal dari hati."

KASIH SUTERAWhere stories live. Discover now