Seduction | 7

12.6K 935 38
                                    

"DAH siap ke?" Soal Gina sebaik melangkah keluar dari tandas.

Amanda tolehkan kepala, masing-masing sudah siap dengan Gina bergaun paras lutut manakala Amanda dengan leather jacket berwarna hitam dipadankan dengan skirt yang senada warna dan knee-high boots.

"Siap!" Balas Amanda seraya menyembur Dirty Vanilla kegemarannya ke tubuh. Bibirnya sejak tadi tak pudar dengan senyuman sambil bibir menyanyikan lagu Say Yes to Heaven dari Lana Del Rey.

Tak sabar mahu ke pameran lukisan yang bertempat di Muzium Lourve, Paris. Untuk sebuah seni lukisan dia sanggup buat apa sahaja. Ini adalah hadiah ping berharga tahun ini dari Hans.

"Jom!"

Amanda dan Gina keluar dari hotel penginapan. Daripada hotelnya, Hans dah uruskan semuanya termasuklah pengangkutan dua wanita itu ke muzium. Hans tahu, boleh sesat jika diserahkan urusan di dunia asing ini kepada Amanda.

Tiba di muzium, mereka terus disapa oleh wanita Perancis bernam Lea yang merupakan petugas yang bakal menjadi gallery tour guide mereka hari ini.  Sebaik berbual ringkas, misi meneroka pameran lukisan sepanjang 4 jam bermula sebaik kaki Amanda dan Gina mencecah lantai bersinar milik muzium kebanggan Kota Paris.

Menurut Lea, pameran hari ini disertakan dengan lebih 1000 hasil kerja dari artis terkenal dunia antaranya seperti Van Eyck, Velázquez's Rokeby dan Vincent Van Gogh dan bermula dari abad ke 13 sehingga abad ke 20.

Beraura kan nama-nama itu? Itu baru disebut tentang namanya, belum lihat mahakarya agung mereka pula. Sangat luar biasa.

"Art is about emotion. It's the result of an artist unleashing their innermost thoughts and feelings onto canvas for all to witness— but which few understand."

Amanda anggukkan kepala bagi kenyataan itu. Seperti dia dan Han. Dia adalah 'few' dan Hans adalah majoriti yang tidak faham. Tak semua pandang lukisan dengan perasaan. Ada yang pandang hanya pegun pada kreativiti yang luar biasa dan ada yang pandang dengan seribu satu persoalan dan bayangan.

Lihat dengan jiwa...

Namun lain kisahnya bagi karya termahsyur milik Da Vinci— Potret Mona Lisa. Dari segi ketulenan memang potret Mona Lisa mendapat tempat yang pertama sejak sebelum tahun 1518 saat ia diperoleh oleh Raja Francis I namun dari segi kepentingan artistik mungkin ada yang lebih hadapan dari potret itu.

Ia hanyalah sebuah potret bentuk seni yang tidak bertujuan untuk mencapai kemasyhuran antarabangsa— Ia mungkin juga salah satu potret terhebat di sebelah Raphael's Girl Holding a Unicorn dan di hadapan Blue Boy Thomas Gainsborough, tetapi ia masih hanya potret yang tulen.

Pegun, inilah sebab Amanda cintakan seni. Walau berabad zaman telah berlalu namun karya seni mereka masih hidup sehingga hari ini dan jadi pameran agung untuk generasi masa depan. Amanda yakin, pemilik-pemilik karya ini juga menghasilkan semua ini atas tujuan yang sama— untuk generasi masa hadapan.

Pameran disini, ada  yang dipamerkan untuk jualan dan ada juga yang dipamerkan tanpa nilai yang boleh dibeli dengan wang ringgit.

Selesai 4 jam disitu, penerokaan Amanda dan Gina berakhir dengan membawa satu lukisan bernilai puluhan ribu ringgit Malaysia dan seribu satu kepuasan.

"Gina, jom lunch. I lapar"

Gina mengganggu setuju. Lama dia tahan lapar dan mengekori Amanda didalam muzium itu. Dia bukan peminat seni seperti Amanda, awal-awal iyalah dia teruja dengan lukisan-lukisan megah disana tapi bila dah lama-lama menguap juga.

"Mick, do you know where's the best restaurants around here?" Soal Amanda.

"Of couse, I'll bring you to Monsieur Bleu." ujar pemandu bernama Mick.

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang