Kediaman Keluarga Lawnes,
Swanda melompat masuk ke dalam salah satu tingkap setelah bersusah payah memanjat kediaman mewah setinggi lapan tingkat itu dengan menggunakan alatan has miliknya.Dia menyorok di sebalik rak.
Kelihatan seorang gadis yang masih muda sedang bertarung dengan beberapa pengawal berpakaian kot.
Pistol di tangannya digenggam erat. Swanda yang menyorok di sebalik rak itu kagum dengan seni pertahanan yang ada padanya.
'I see...'
Lima minit kemudian pengawal itu semua tumpas. Baru sahaja gadis itu ingin berlalu,satu anak panah terkena di bahu kanannya. Gadis itu terduduk.
Tangan sebelah perlahan-lahan mencabut anak panah itu. Dia mengerang kesakitan.
Swanda yang ingin keluar dari tempatnya terbantut apabila melihat seorang lelaki muda masuk ke bilik itu bersama beberapa orang pengawal yang lengkap bersenjata.
"Hey Princess Ella..." sinis lelaki itu berkata.
'Princess Ella' itu memberikan pandangan tajam. Mulut yang ingin memuntahkan cecair merah ditahan.
"Actually I don't want to kill you now. Biar kau mati secara perlahan-lahan,"sinis lelaki itu berkata.
Gadis yang sebahagian tubuhnya berlumuran darah itu didekati lalu perlahan-lahan tangannya naik mengusap kepala gadis itu. Gadis yang dipanggil Princess Ella itu cuba menepis.
"You really good Cam. But,why you must come to be my father's enemy?"soal lelaki itu sambil mata merenung gadis yang amat disayanginya.
Memang benar dia amat menyayangi gadis itu. Tetapi akibat kerajaan mereka yang memang bermusuh sejak zaman lalu menjadikan rasa sayang itu terpaksa dibuang.
"K-kau...mem...ang. B-bod..od.. Le-Leo..."ujar Cam a.k.a Princess Ella tersekat-sekat. Cecair pekat berwarna merah mulai mengalir ke dagu.
Leo hanya membalas dengan tawa sinis.
" Ikat dia dan biarkan terbakar hangus kat sini." arah Leo tanpa menoleh ke arah Cam.
Pengawal itu mula mengikat tubuh gadis yang sudah lemah. Sejurus itu,mereka semua melangkah pergi dari situ sebelum minyak tanah dituang di sekeliling bilik.
Beberapa minit kemudian,bilik itu mulai marak dengan api yang hampir menjilat keseluhuran bilik. Swanda segera menghampiri gadis itu lalu memapahnya.
Cam hanya menurut memandangkan badannya yang sudah tidak berdaya apatah lagi ingin membuka mata.
Swanda memapah gadis itu ke tingkap yang dinaikinya tadi. Tetapi baru selangkah,api marak menjilat bahagian tingkap. Bahang panas dari api mula terasa. Swanda pantas menuju ke tingkap satu lagi. Tingkap itu selamat untuk dilalui kerana api di situ tidak terlalu besar.
Namun risiko untuk terjun amat tinggi kerana pertama, Swanda membawa seorang yang cedera dan kedua ialah terdapat kolam yang dalam di bawah. Swanda sudah tidak mempunyai pilihan. Dengan pantas dia melompat dari tingkap Bersama Cam.
.
.
.
.
-----------------------***-------------------------
.
.
.
.Leo menoleh ke belakang memandang kediaman mewah yang hampir hangus dijilat api. Matanya tertumpu pada tingkat atas yang menempatkan bilik Cam. Kediaman keturunan bangsawan itu terletak jauh dari mana-mana bandar.
Lebih tepat, ia terletak di dalam hutan.
Dia hanya mampu berharap Cam dapat melepaskan diri kerana dia telah menyelitkan pisau kecil miliknya di bawah betis Cam agar gadis itu dapat melepaskan diri.
YOU ARE READING
ASSAILANT:THE FALLEN #S1 [Proses Editing ]
ActionIni adalah kisah permulaan mereka. Bagaimana empat gadis yang berbeza sikap dan berbeza kelebihan bertemu. Wajah yang kosong dengan senyuman nipis sehingga tak terlihat. Itulah mereka. Setiap hunusan pedang penuh dengan dendam. Kehilangan orang ters...