Bab 4

124 27 8
                                    

Cam's apartment

Cam terjaga apabila telinga menangkap bunyi bingit dari telefon yang diletakkan pengera. Dia segera bangun mencapai tuala mandi lalu menuju ke arah bilik mandi untuk membersihkan diri. Hari ini merupakan hari pertama dia bersekolah di Ravena highschool sebagai pelajar rasmi.

Setelah selesai membersihkan diri dan lengkap berpakaian ,sneaker putih disarung di kaki lalu beg bewarna maroon dicapai dan disangkut di sebelah bahu.

Cam melangkah keluar dari apartmennya lalu mengunci pintu. Masuk sahaja ke dalam perut lif, terus butang nombor tiga ditekan. Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka lalu Cam melangkah keluar. Dia melalui lorong yang menghubungkan bangunan B ke bangunan A.

Sebaik sahaja tiba di bangunan A, Cam terus menatap skrin telefon yang memaparkan lokasi kelasnya.

'Black Silver'

Sekali lagi, Cam masuk ke dalam lif berdekatan untuk naik ke tingkat atas yang menempatkan kelasnya.

Di sekolah ini mereka tidak meletakkan pelajar mengikut umur sebaliknya mengikut keputusan akademi dan bakat dalam diri masing-masing.

Black Silver ialah kelas kedua manakala kelas pertama ialah Black Gold dan kelas terakhir pula ialah kelas Black Red.

Setiap kelas mempunyai empat kategori iaitu mempelajari akademi, menggodam, menembak dan bertarung.

Bangunan A mempunyai 6 tingkat dan tingkat pertama ialah dewan dan tingkat kedua pejabat guru.Tingkat ketiga kelas Black Read ,bilik kesihatan,dan cafe.

Tingkat keempat menempatkan kelas Black Silver yang mempunyai tiga kelas dan juga perpustakaan serta gim dan bilik sukan manakala tingkat lima ialah kelas Black Gold yang juga mempunyai tiga kelas dan di tingkat ini juga terdapat bilik muzik serta bilik rehat.

Cam keluar dari lif sebaik sahaja tiba di tingkat empat. Semasa dalam perjalanan menuju ke kelas Black Silver:2, mata Cam hanya tertumpu pada telefon di tangan namun masih sempat melihat jalannya. Kalau terlanggar sesiapa, susah pula.

Kata-kata pelajar sekelilingnya hanya dihiraukan. Pasti dia mula dikenali ramai kerana dia telah dapat mengalahkan Riz kelmarin.

"Tu ke yang kalahkan Riz?"

"Lawa tho..."

"Dia kan yang tahu the fake weapons tu?"

Cam mengendahkan kata-kata itu. Hampir beberapa berjalan,dia akhirnya berhenti di hadapan kelas yang tertera perkataan 'BLACK SILVER :2'. Cam melihat ada seorang guru perempuan yang mengajar di bahagian hadapan kelas. Udara ditarik masuk ke dalam peparu dan beberaa saat kemudian, dihembus perlahan. Pasti dia akan disuruh memperkenalkan diri di hadapan kelas.

Pintu kelas diketuk Cam. Serta merta semua yang berada di dalam kelas itu memandang ke arahnya.

"Pelajar baru?" soal Miss Grace. Cam membalas dengan anggukan di kepala. Sempat dia mengerling beberapa pelajar yang mula berbisik antara satu sama lain. Namun masih juga ada yang mengabaikan kehadirannya.

Cam segera masuk apabila Miss Grace memanggil. Dia berdiri di sebelah guru itu lalu memperkenalkan diri seperti yang baru dipinta guru itu.

"Carina Eswhan. Panggil Cam," bohong Cam. Cari nahas ke dengan memberitahu nama sebenar?

Miss Grace terdiam lalu dia menyuruh Cam duduk di kerusi yang kosong. Sempat dia berbalas senyuman dengan murid baru itu.

"Dari sekolah mana?" soal pelajar yang duduk di meja paling hadapan. Langkah Cam terhenti.

ASSAILANT:THE FALLEN #S1 [Proses Editing ]Where stories live. Discover now