Bab 3

139 30 10
                                    

Padang, Ravena highschool

Riz yang duduk di salah satu bangku bersama Cam memegang lengan kirinya dengan kuat bagi menghentikan pendarahan.

"Kau okey?"soal Cam tanpa memandang Riz.

Walaupun dingin,Cam seorang yang sangat prihatin dan mudah berasa bersalah.

"Okey. Sikit je ni. Tapi boleh tahan jugak kau guna pedang."balas Riz.

Mungkin ini memang salahnya kerana Swan sudah mengingati lebih awal padanya agar jangan bertarung dengan Cam jika tidak mahu cedera lebih teruk.

"Nah! Lembik," hulur Jane yang baru tiba bersama Windy.

Pembalut luka diambil lalu diletakkan di tepi. Jane yang melihat Riz segera duduk di sebelahnya lalu mula membersihkan luka sebelum dibalut.

"Pelan lah sikit," tegur Riz.

Jane hanya mengabaikan kata-kata Riz. Cam yang duduk di sebelah kanan Riz dikerling.

Gadis itu kelihatan diam dan menunduk bersama kerudung hoodie yang menutupi kepala. Entah apa yang di fikirkannya.

-Flashback-

Riz mengambil pedang yang diberikan oleh Jane. Jane dan Windy baru sahaja selesai berlatih. Windy segera bertanya apabila tidak melihat kelibat salah satu ahli kumpulannya, Edry.

"Edry ada hal sebab tu dia tak dapat join," beritahu Riz.

Windy memandang ke arah Cam lalu melambai. " Windy,"

Dia memperkenalkan diri.

Cam tersenyum nipis lalu berkata."Cam."

"Nah ni kau punya. Kau akan dapat weapon sendiri bila dah ada team nanti," ujar Jane sambil menghulurkan pedang biasa kepada Cam. Cam menyambut lalu memandang Riz.

"Okey terus je. Aku nak try dulu sejauh mana kemahiran Cam ni," ujar Riz lalu menarik pedang khas miliknya dari sarung.

Jane dan Windy kembali berlawan dan membiarkan dua insan itu. Cam memandang sekeliling.

Tidak banyak pelajar yang berlatih pada hari itu. Tempat mereka berlatih jauh dari pelajar yang sedang duduk di bawah  pokok dan berdekatan tasik.

Cam mula menarik pedang dari sarung. Riz tersenyum dan mula menyerang Cam.

Pertarungan yang pada mulanya biasa seperti pelajar lain menjadi sengit apabila tidak ada penamat di antara mereka. Beberapa orang pelajar yang sedang berlatih berhenti dan mula tertarik dengan pertarungan itu.

Apatah lagi salah satu dari mereka ialah Riz, pelajar yang mendapat ranking ketiga dalam seni pertahanan diri di sekolah. Walaupun Riz berusia 15 tahun,dia telah berjaya mendapat tempat ketiga yang direbut ramai pelajar.

Riz menghalakan pedang ke arah Cam namun dielak. Cam menghalakan pedang dengan pantas ke arah Riz dan pedang itu terkena di bahagian lengan.

Sangat tangkas. Semua yang melihat kejadian itu tersentak. Jane dan Windy turut terkejut.

"Sebelum ni Riz tak pernah pun cedera dengan mana-mana pelajar."

"Siapa perempuan tu? Laju sangat."

"Swanda latih dia ke?"

Kata-kata yang didengari Cam dari pelajar berdekatan kurang jelas kerana dia fokus pada setiap gerakan yang Riz lakukan. Cam mengangkat kening ke arah Riz sebagai isyarat 'nak lawan lagi?'.

ASSAILANT:THE FALLEN #S1 [Proses Editing ]Where stories live. Discover now