Bab 2

136 29 19
                                    

Ravena highschool

Hari ini, Cam telah sembuh sepenuhnya setelah mendapat keputusan dari doktor Ling yang merupakan doktor khas di sekolah itu.

Cam keluar dari bilik itu setelah menukar baju yang ditinggalkan oleh Riz. Katanya baju itu diberikan oleh Swanda.

Di luar bilik,Riz sedang duduk di kerusi sementara menunggu Cam tiba. Dia menoleh apabila pintu bilik yang diduduki gadis itu semasa dirawat terkuak. Cam keluar dari bilik lalu berjalan ke arah Riz yang sudah bangun dari duduknya.

"Jom. Aku hantar kau kat bilik kau."ajak Riz.

Cam mengangkuk lalu berjalan beriringan dengan lelaki itu. Cam memandang sekeliling. Keadaan di situ sunyi sahaja.

'Mana semua orang?' bisik hati Cam sambil mata meliar memandang sekeliling.

"Sebab kita masih kat kawasan bilik kesihatan." ujar Riz bagaikan dapat meneka isi kepala Cam. Riz kemudian membuka pintu yang lebih besar berbanding pintu lain.

Sebaik sahaja pintu terbuka, Cam terpegun. Kawasan utama di tingkat dua itu sangat menakjubkan dengan siling yang sangat tinggi dan terdapat lampu bertingkat yang digantung di atas.

Riz meneruskan langkah dan diekori oleh Cam. Pelajar yang lalu lalang di situ sesekali menoleh ke mereka berdua. Nasib baik pada masa itu ialah waktu pelajar berada di kelas. Jadi tidak banyak yang berada di luar.

Kerana banyak mats yang menjeling, membuatkan Cam tidak selesa. Namun dia berlagak biasa dengan memasukkan tangan ke dalam poket jaket.

Tiba-tiba seorang gadis datang lalu menepuk bahu Riz secara kasar.

"Woi Riz! Kat sini kau dating eh. Aku punya penat cari kau satu sekolah tak jumpa-jumpa," sergah gadis itu.

"Kau in main sergah je, " marah Riz lalu menarik rambut Jane ke belakang. Tidak terlalu kasar, hana sekadar gurauan.

Jane mengusap kepalanya sambil menjeling ke arah Riz.

"Windy tanya kau ikut tak training petang ni?" soal Jane terus kepada tujuan Utama dia berjumpa Riz.

Riz terdiam sejenak lalu mengangguk. Jane menoleh ke arah Cam lalu tersenyum.

"New student?" soal Jane.

Cam mengangguk dengan riak kosong . Jane tersenyum lalu menghulurkan tangan.

"Aku Jane!"ujar Jane. Cam menyambut huluran itu lalu memperkenalkan dirinya.

"Cam..."ujarnya ringkas lalu menurunkan tangan. Jane turut melakukan hal yang sama.

"Okeylah aku jalan dulu. Btw jaga-jaga dengan Riz. Dia ni cepat perasan," bisik Jane lalu berlari anak sebelum rambut ala k-pop miliknya itu menjadi sasaran Riz.

Cam memandang Riz sebaik sahaja kelibat Jane hilang. Riz turut memandang Cam.

"Tak nak jalan?" perli Cam.

Riz segera mengatur langkah lalu diekori oleh Cam. Mereka melintasi lorong yang menyambungkan bangunan itu dengan bangunan sebelah.

Bangunan pertama ialah bangunan untuk sekolah manakala satu lagi menempatkan apartment pelajar, dewan latihan, dan tempat penyimpanan senjata yang terbahagi kepada dua iaitu penyimpanan senjata pelajar biasa dan penyimpanan senjata untuk ahli vvip yang hanya boleh dimasuki oleh orang tertentu sahaja.

Terdapat juga beberapa lagi buah bangunan. Namun tidak boleh dimasuki sesuka hati.

Riz berhenti di hadapan lif.Riz menekan butang pada lif. Tidak lama selepas itu lif terbuka dan seorang gadis berambut pendek keluar bersama beg sandangnya.

ASSAILANT:THE FALLEN #S1 [Proses Editing ]Where stories live. Discover now