Serena Cafe
Swanda memasuki sebuah cafe yang tidak mempunyai terlalu banyak pelanggan. Meja yang paling hujung dan agak jauh dari pelanggan lain menjadi sasarannya.
Seorang pelayan perempuan menuju ke arah meja Swanda lalu mengambil pesanan. Pelayan perempuan itu berlalu pergi setelah pesanan diambil.
Swanda memandang sekeliling lalu tab miliknya dikeluarkan dari beg sandang. Tangan runcingnya bermain seketika di atas skrin.
Kerjanya terhenti apabila seorang pelayan meletakkan segelas kopi Latte yang dipesannya.
Swanda mencapai air yang dipesannya lalu dihirup perlahan. Tab yang memaparkan gambar seorang perempuan beserta butiran peribadi dibaca dengan teliti.
'Allen Meltzer, gadis yang dibesarkan di sisi keturunan bangsawan. Berumur 16 tahun dan tinggi 166 cm. Lahir di Rumah Agam Fernandez pada 26 Ogos ××××. Mahir dalam menggunakan senjata api dan panah....'
Fokus Swanda pada skrin yang menyala itu beralih kepada seorang wanita yang tidak jauh darinya. Suara wanita yang lantang itu menyebabkan pelanggan lain mulai memanjangkan kepala.
"Kau tak nampak ke aku jalan?! Mata letak mana?!" tengking wanita dalam lingkungan 30-an itu kepada perempuan di depannya.
Namun perempuan berambut coklat gelap yang ditengking itu tidak mempamerkan reaksi takut mahupun bersalah. Dia hanya menundukkan kepala sedikit kemudian berlalu pergi begitu sahaja.
Pantas Swanda mencapai mask di dalam beg lalu dipakai sebelum keluar dari cafe selepas membuat pembayaran di kaunter.
Dia masuk ke dalam kereta lomborghini miliknya. Kereta memecut laju mengejar sebuah motor berkuasa tinggi.
.
.
.
-----------------------***------------------------
.
.
.Swada memarkir keretanya di bahu jalan,berhadapan dengan sebuah bangunan yang agak usang.
Kawasan sekeliling dipandang dan matanya terhenti pada sebuah motor berkuasa tinggi yang diekori beberapa jam lalu. Motor yang diparkir di tempat agak terpencil itu seperti ingin disembunyikan daripada orang lain.
Kepala didonggak memandang ke atas bangunan tadi, kelihatan kelibat seseorang sedang membawa senjata api jarak jauh melalui tingkap di salah satu tingkat.
Apabila dilihat dengan lebih lama, rupanya sniper itu dihalakan ke arah sekumpulan lelaki yang duduk bermain kad di bangunan sebelah.
Swanda hanya memerhati peluru yang dilepaskan sniper itu satu demi satu, berjaya menumpaskan sekumpulan lelaki tadi tanpa sebarang masalah. Setiap biji peluru tepat mengenai kepala sasaran. Kehebatan yang tidak boleh disangkal lagi.
Identiti yang menembak itu sudah diketahui sejak melihatnya ketika di Serena Cafe. Oleh itu, Swanda mengekorinya sehinggalah di bangunan usang ini.
Tidak lain dan tidak bukan tentunya Allen Meltzer, si penembak jarak jauh.
Tanpa membuang masa, Swanda menyeluk telefon pintar di dalam poket seluar lalu mendail nombor seseorang di dalam senarai kenalan. Tidak menunggu lama, panggilan disambut.
"Ada masalah apa Swan?" Nax di hujung talian terlebih dahulu menegur.
"Aku perlu ada masalah dulu ke untuk call kau?" Tidak semena-mena Swanda melemparkan perlian.
Nax langsung tergelak kecil lalu berkata,
"Dah bukan Swanda kalau kau call nak tanya khabar,"
"Aku nak kau pergi satu tempat ni. Nanti aku send location."
YOU ARE READING
ASSAILANT:THE FALLEN #S1 [Proses Editing ]
ActionIni adalah kisah permulaan mereka. Bagaimana empat gadis yang berbeza sikap dan berbeza kelebihan bertemu. Wajah yang kosong dengan senyuman nipis sehingga tak terlihat. Itulah mereka. Setiap hunusan pedang penuh dengan dendam. Kehilangan orang ters...