Bab 5

119 30 0
                                    

Dewan ,Ravena highschool

Cam dan Chris melangkah memasuki dewan. Pintu dewan tertutup dengan sendiri sebaik sahaja mereka melepasinya. Chris memandang laluan seperti lorong di hadapannya itu.

Nampaknya, mereka perlu melalui laluan sepanjang 15 meter untuk sampai ke pintu dewan yang sebenar. Di sepanjang dinding laluan, disangkut senjata-senjata zaman kuno yang dijaga rapi. Kagum Chris melihat benda-benda bahaya tersebut sementara Cam pula buat tidak endah sahaja.

Kesemua senjata itu sudah biasa dilihat sewaktu di kediamannya dahulu kerana ibu dan ayahnya yang suka menjadikan barang antik sebegitu sebagai perhiasan.

Pintu kedua ditolak seraya masuk ke dalam. Melihat keadaan di dalam dewan, Chris terus berkata,

"Siotlah...suci murni tho..."

Bersinar anak mata Chris sambil meneliti sekeliling dewan. Kesemua kerusi yang tersusun rapi bewarna kelabu manakala lantai dewan bewarna hitam. Tidak lupa juga dinding yang bewarna putih tanpa sebarang hiasan mahupun kotoran.

"Cam, ni dewan ke apa? Bersih tho..." Chris tidak henti-henti mengangumi seni bina dewan tersebut.

"Dewanlah," balas Cam kemudian matanya berhenti pada seorang perempuan yang duduk di salah satu kerusi bersama laptop di ribanya.

Swanda yang sedang menaip sesuatu dihampiri. Swanda yang perasan kehadiran dua gadis itu terus memanggil seorang pelajar lelaki yang sedang duduk di salah satu kerusi.

"Bawa dorang kat bilik salinan baju,"arah Swanda kepada pelajar lelaki itu.

Pelajar itu menurut lalu memandang ke arah dua orang pelajar perempuan di sebelah Swanda.

Pelajar itu berjalan menuju ke arah bilik persalinan baju di bahagian dewan sebelah kanan. Cam dan Chris hanya mengekori langkah pelajar itu. Seketika, mereka berdua saling berbalas pandangan. Ia kerana lelaki di hadapan mereka itu adalah pelajar yang sempat berkongsi meja dengan mereka ketika di kafe bebera jam lalu.

"Oh ya, aku Noah," ujar lelaki itu sambil memalingkan wajah ke arah Cam dan Chris sebelum memandang ke depan semula.

"Hah?" Chris membuat muka blur.

"Lepas ni, kita akan selalu berjumpa sebagai...lawan?" Noah tersenyum sambil mengerutkan kening.

Cam mengerling sekilas ke arah Noah. Tutur bicara lelaki itu memang sopan tetapi Cam dapat rasakan aura yang berbeza darinya.

"Tak nak masuk?"soal Noah.

Cam segera menarik tangan Chris lalu masuk ke dalam bilik persalinan itu. Cam menutup pintu lalu berjalan menuju ke arah almari baju yang besar. Chris pula tercengat di tempatnya sambil menggigit kuku ibu jari. Wajahnya terlihat gusar.

"Kenapa?" tanya Cam hairan.

"Cam! Tadi dia kata nama dia Noah kan?" Chris memegang bahu Cam meminta kepastian. Mana lah tahu dia tersalah dengar.

Lambat-lambat Cam mengangguk. Sememangnya kenapa jika lelaki tadi bernama Noah? Ada yang silapkah dengan nama itu.

"Duh..."

Chris menggaru kepala yang tidak gatal. Bertambah kerutan di dahi Cam. Dah kenapa minah ni?

"Kau tahu tak dia siapa?" tanya Chris lagi.

"Tak," balas Cam sambil membuka almari.

Berbaris baju yang sesuai digunakan dalam perlawanan seni bela diri tersangkut kemas. Cam memilih saiz yang sesuai dengannya sebelum dikelarkan dari dalam almari.

ASSAILANT:THE FALLEN #S1 [Proses Editing ]Where stories live. Discover now