bab 36

435 18 3
                                    

*6.10*

Hazim cepat2 pakai baju. Dah siap semua dia ambil bag dan pergi kat adik dia. Hazim hanya gosok kepala naufal dan keluar. Naufal pun buka mata nya dan sambung nangis sehingga pukul 7 pagi.

Wah lamanya nangis. Naufal pun bangun dan keluar. Mak dan ayah dia dah pergi kerja. Jadi tinggal naufal sorang dirumah.

*sekolah*

Haikal langsung tak bercakap dengan dia. "dia marah ke........" bisik hati naufal dan jalan sorang2.
Naufal dah rasa di pulaukan oleh semua budak kat situ. Siap mengata depan2 lagi.

Satu sekolah tau zafran tu jahat tapi naufal je nak kawan dengan dia. Naufal pun pergi pusat sumber sekejap sebab nak tenangkan fikiran. Nasib kawan2 pss dia still lagi supporting.

Naufal pandang 2 budak lelaki yang dia kenal ada di situ. Naufal pun pergi ambil buku. Tiba2 amir di situ berserta aqil datang pada naufal. "eh kau." terkejut naufal di buat nya. "ish terkejut saya. Dah tepi sikit. Nak ambik buku" kata naufal.

"kau terkejut? Kan kau yang pandang kitorang tadi?" kata aqil. "ye heh?" kata naufal. "pape jelah. Kau fikir ape sampai macam ni" tanya amir yang tiba2 prihatin.

"hah? Ape bende? Tak faham lah?" naufal jadi blur kejap. "kau pandang kitorang. Tapi terkejut bila kitorang tegur kau. Kau kenapa?" tanya aqil.

"takde pape lah. Korang buat ape kat sini?" naufal tukar topik. "jangan nak tukar tajuk. Cakap dulu kau fikir ape?" tanya amir dengan serious. "m-mana ada" tipu naufal.

"cakap sebelum aku buat pape" amir mendekat kan muka nya dengan naufal sehingga kepala naufal terkena rak buku.

Bila jarak muka dorang dah 2 cm baru naufal gelabah nak cakap. "okok! Saya kena pulaukan astu semua tak suka saya sebab kawan dengan zafran dan abang saya marah saya semalam. Dan saya dah takde sape nak cakap" pantas lagikan laju naufal kata

"haikal? ryan?" amir dekatkan lagi muka. "dorang pun marahkan saya dan tak cakap langsung dengan saya lagi" kata naufal dengan laju dan tutup muka dia guna tangan kanan.

"hah kan bagus cakap. Ni nak aku buat sesuatu dulu baru kau nak cakap" kata amir. Naufal pun turun kan tangan nya sebab muka amir dah jauh. "huhh nasib tak kene pape" bisik hati naufal.

"dah bye.. Kitorang nak hantar buku je" kata amir dan usap laju2 kepala naufal.mereka berdua masuk kelas.

Kawan pss naufal yang bernama hafiz pun datang. "sape tu?" tanya hafiz. "kawan abang aku" kata naufal. "ooo dorang nak apa? Tadi macam nak tercium aku nampak" kata hafiz.

"dah takde pape gi sana tu" naufal pun ambik buku dan duduk kat meja dia duduk tadi.

*kelas*

Naufal masih diam kan diri. Classmate dia pandang naufal dengan pandangan macam dia tu budak baru. Naufal pun cepat2 duduk kat tempat dia sebab dia tau kes semalam dah kecoh satu sekolah.

"hai naufal ok tak?" tanya hidayatul. "ok" kata naufal yang masih kecewa. "jangan lah bunuh diri. Aku masih nak kawan dengan kau huhuhu" kata aisyah.

"are you ok? Why otak mu so jauh sangat perginya" kata naufal. "mana lah tau kau rasa nak bunuh diri" kata aisyah dengan nada sedih. "sebelum aku baling buku baik ko diam" kata hidayatul.

"aku pun geram gak ngan dia ni. SEJAK BILA WOY. Saya mahu capai cita2 saya. Nak ada duit uuuuu astu keluar jalan2. Tibe bunuh diri. Bukan selesai pun masalah. Menyusah kan orang lain je nanti" kata naufal.

"wahh ni lah kawan yang otak sempurna" kata aisyah. "eee jahatnya mulut" kata hidayatul dan ketuk kepala aisyah. "dah. Sebelum cikgu sampai. Ade pape tak nak cakap?" kata naufal. Mereka berdua di belakang naufal tu gelengkan kepala.

Sewaktu naufal berpaling ke depan tiba2 ada kertas di mejanya. "weh sape bagi ni" tanya naufal kepada orang depan dia. "entah. Erm tadi ade ade budak laki. Aku tak kenal tapi aku rasa kawan kau" kata nya.
"ouu ok" naufal pun baca surat itu.

Naufal.....

Aku pasti kau akan sedar. Aku tak marah kau tapi hati2 sebelum kau tersakiti

Dari orang yang susah senang dengan kau.....

"ape maksud dia?" naufal pun berfikir sehingga waktu pembelajaran.

*rehat*

Zafran dah ada depan kelas. Satu kelas kecuali beberapa orang memandang naufal dengan tajam umpama mereka tak kasi naufal rehat dengan zafran. Naufal pun pandang bawah dan cepat2 pergi kat zafran.

"ok jom!" zafran pun tarik lengan naufal. Naufal terpaksa ikut zafran dan terima pandang2 manusia sekeliling yang agak tusuk di kalbu.

Bersambung......

mempunyai perasaan terhadap ku? [DONE!]Where stories live. Discover now