EA 1

6.4K 252 32
                                    

Sebuah kereta Porsche berhenti di hadapan sebuah sekolah yang begitu mewah dan luas.

"Bye abang."

"Belajar elok-elok. Balik nanti tok umi ambil." pesan abangnya.

"Ok. Abang jaga diri."

"Ye."

Aqiesha melambai kecil ke arah abangnya sebelum melangkah keluar dari kereta mewah itu.

Dia berjalan dengan gembira masuk ke kelasnya, 2 Libra. Selepas meletakkan beg di kelas, dia keluar semula dan menuju ke blok tingkatan 6.

Jam di pergelangan tangannya dilihat. 6.40 pagi. Lagi 20 minit dia sampai.

Aqiesha melangkah laju ke kelas 6 Starlight iaitu kelas bagi 6 atas. Sampai di kelas itu, dia menuju ke meja seseorang.

Aqiesha meletakkan sebuah kotak yang bersaiz sederhana di atas meja. Kad kecil disertakan di atas kotak itu.

  'Happy Birthday Crush!! Goodluck for your STPM.
                                  Love, Qies'

Aqiesha tersenyum gembira.

Setelah itu, dia berlari ke kelas semula. Sampai di kelas, kelihatan kawan baiknya sudah berada di kelas.

"Awalnya kau datang Qies."

Aqiesha duduk di tempat duduknya yang bersebelahan dengan kawan baiknya, Airys Qarina.

"Well. Hari ni kan hari istimewa." jawab Aqiesha sambil menongkat dagu. Fikirannya membayangkan pada reaksi si crush apabila melihat hadiah di atas mejanya.

PAP

Bahu Aqiesha terangkat apabila mejanya ditepuk kuat. Tak lain tak bukan budak Airys ni.

"Woi. Jauh termenung."

"Mana ada lah. Aku cuma terbayangkan mr crush aku tu." Aqeisha tersenyum sendiri.

"Hek eleh. Hari ni birthday dia kan." teka Airys.

"Ting ting ting. Betul. Pandai kawan aku seorang ni." Aqiesha mencubit manja pipi kiri Airys.

Airys menepis cubitan Aqiesha lalu menjulingkan matanya ke atas.

"Qies, kau serius ke dengan dia. Kau tak rasa ke macam dia tu terlalu beza dengan kita. Dia tu 19 weh. Kita baru 14. Lagipun di takkan layan lah orang yang gedik-gedik ni." kata Airys tanpa bertapis.

Aqiesha mendengus. Ni yang nak majuk nihh.

"Ish kau ni. Support lah aku. Kau kawan aku kot. Ni tak kau kecilkan hati aku lagi ada lah." Aqiesha memuncungkan mulutnya.

"Ye lah. Sorry. Kau buat lah apa yang kau suka. Aku sentiasa ada dekat belakang kau." Airys menepuk bahu Aqiesha perlahan.

Aqiesha kembali tersenyum.

"Macam ni lah member aku. Hug cikit." kata Aqiesha dengan teruja lalu memeluk Airys dari tepi.

"Dah la lepas. Rimaslah." Airys menolak tangan Aqiesha dari bahunya.

"Jom." ajak Airys.

"Pergi mana?" Aqiesha mengangkat keningnya memandang Airys

"K. A. N. T. I. N." Airys mengeja satu persatu.

'Ingat aku ni tak tahu mengeja ke?' bisik hati Aqiesha.

"Ok. Jom. Aku pun tak sempat makan lagi. Rushing sangat." Aqiesha merungut sambil menggosok perutnya.

Aqiesha terlalu rushing pagi tadi. Takut tak sempat nak letak hadiah atas meja crushnya itu.

"Jomlah cepat." Airys menarik tangan Aqiesha untuk mengikut langkahnya. Aqiesha hanya menurut.

Setelah Airys melepaskan pegangan, Aqiesha berjalan di sebelahnya.

"Kau tahu tak..." belum sempat Aqiesha berkata-kata, Airys memintas.

"Tak."

Eii minah ni.

"Kau ni kan." Aqiesha menampar bahu Airys lembut. Kawan kan mana boleh buat kuat-kuat. Anak orang guys.

Airys tergelak.

"Ha sambung." ujar Airys.

"Kau lah ni. Terus aku tak ingat nak cakap apa." Aqiesha memarahi Airys. Perkara yang mahu dikatakannya tadi terus hilang dari kepalanya.

"Hah ingat cepat. Aku nak pergi beli. Kau nak beli apa-apa tak?"

Aqiesha dan Airys berhenti apabila tiba di kawasan kantin.

"Beli sandwich. Nah duit." Aqiesha menyeluk poket baju sekolah untuk mengeluarkan duit namun dihalang oleh Airys.

"Takpe. Aku belanja kau hari ni."

"Hihi. Thanks baby." Aqiesha memberikan flying kiss kepada Airys.

Airys mengambil flying kiss Aqiesha lalu buang ke tepi. Sampai hati.

"Apa baby baby? Aku bukan anak kau lah."

"Alah kau ni..." Aqiesha memuncungkan mulutnya untuk meraih perhatian.

"Dah. Aku nak pergi beli. Kejap lagi lagi aku pujuk kau." Airys menggosok perlahan kepala Aqiesha sebelum berlalu ke kaunter kantin.

Seketika kemudian, Airys kembali bersama makanan yang dibelinya. Sandwich yang Aqiesha minta tadi dihulurkan kepadanya.

"Thanks Airys sayang." ucap Aqiesha.

"Sama-sama tak sayang." balas Airys.

Aqiesha menyengetkan mulutnya.

"Jom lah masuk kelas." ajak Aqiesha. Airys mengangguk sebelum matanya beralih di belakang Aqiesha.

"Weh tu crush kau." Airys memuncung ke belakang Aqiesha. Cepat-cepat Aqiesha memusing ke belakang.

Aqiesha melihat crushnya tu bersama 2 orang rakan menghampiri dia dan Airys. Mata Aqiesha dan crushnya bertembung buat seketika sebelum dia berhenti di hadapan Aqiesha.

Dia mendekatkan bibirnya pada telinga Aqiesha dan berbisik sesuatu.

"Kau tak payah la nak bagi hadiah dekat aku. Aku tak minat budak desperate dan tak pernah matang macam kau, Aqiesha."

Dia tersenyum sinis sebelum berlalu pergi bersama kawannya.

Aqiesha terkaku mendengar kata-kata crushnya.

"Qies. Dia cakap apa dekat kau?"

Aqiesha masih berdiri kaku.

"Aqiesha." suara Airys yang nyaring menyedarkan Aqiesha.

"Hah apa benda?" Aqiesha blur seketika.

"Aku tanya kau. Dia cakap apa dekat kau?" tanya Airys.

"Oh. Dia cakap..." Aqiesha berhenti.

"Dia cakap apa?" tanya Airys.

"Dia cakap, dia tak minat dengan budak desperate macam aku. And dia cakap aku tak matang." Aqiesha berkata dengan sayu.

Airys terkejut.

"Ermm. Biarlah dia tu. Kau jangan sedih-sedih. Aku percaya suatu hati nanti dia akan suka kau." pujuk Airys.

"Macam mustahil je dia nak suka aku." balas Aqiesha dengan wajah muram.

"Fikir yang positif je. Lagipun kumbang bukan seekor kan? Mungkin ada yang lebih baik untuk kau." Airys menenangkan Aqiesha.

"Ermm. Thank you Airys sebab sentiasa ada dengan aku." Aqiesha tersenyum nipis.

"Aku kan kawan kau. Mesti lah aku sentiasa ada dengan kau waktu susah ataupun senang. Dah la tu. Takmo sedih-sedih. Jom masuk kelas."

Airys memeluk bahu Aqiesha dan mereka berdua berjalan ke kelas.

'Ini yang aku suka tentang Airys. Dia cukup pandai memujuk dan memberi kata-kata positif dekat aku. Dia sentiasa ada untuk aku. Aku harap persahabatan kami berkekalan. Aku sayang kau Airys Qarina binti Qairul Izwan.' bisik hati Aqiesha.

💎💎💎💎💎

Ezz Aqiesha [C]Where stories live. Discover now