Bismillahirrahmanirrahim
_🖍Tahukah kita, sekurangnya ada 4 kisah berkaitan pemuda di dalam Al-Quran.
Apa dia?_1. Pertama, kisah Nabi Ibrahim عليه السلام ketika muda. Baginda adalah bukti pemuda yang bersungguh-sungguh mencari kebenaran walaupun berada di tengah-tengah kesyirikkan masyarakat yang dipimpin oleh Raja Namrud. Hatta ayahnya sendiri adalah pembuat berhala
"Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik"
*Al-Nahl 16:120*
2. Kedua, kisah Nabi Ismail عليه السلام yang juga anak lelaki Nabi Ibrahim عليه السلام. Baginda adalah seorang yang jujur, suci dan penyabar. Dan seorang yang mematuhi perintah Allah dan membuktikan kepatuhan dengan sanggup dirinya disembelih oleh bapanya
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"
*As-Saaffaat 37:102*
3. Ketiga, Nabi Yusuf عليه السلام seorang pemuda yang ketampanannya luar biasa. Kemudian, diuji pula dengan krisis adik beradik, seterusnya diuji dengan wanita yang cantik dan isteri pembesar Mesir. Namun begitu, baginda membuktikan bahawa pemuda juga boleh menundukkan syahwat seorang lelaki lalu memilih penjara daripada berzina
Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya"
*Yusuf 12:33*
4. Keempat, kisah Ashabul Kahfi yang bersembunyi di gua kerana mempertahankan aqidah daripada kezaliman pemerintah. Mereka sanggup lari dan tidur di dalam kawasan yang tidak selesa tanpa ada sebarang jaminan hidup dan makanan. Ditakdirkan Allah, ketujuh pemuda itu ditidurkan Allah selama 309 tahun sebelum bangkit semula buat sementara
"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk"
*Al-Kahfi 18:13*
*_Keempat-empat kisah ini sepatutnya menjadikan kita (khususnya pemuda) semakin beriman dan teguh dalam menghadapi ujian yang diberikan Allah_*
_Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk hadapi fitnah dan ujian dunia ini._
*Aamiin Allahumma Aamiin*Wallahu a'lam
Semoga bermanfaat 🙏
KAMU SEDANG MEMBACA
dear muslim wa muslimah
Narrativa generaleAssalamu'alaikum warahmatullahi Wabarakatu💞 Share ilmu Islam dari berbagai sumber yang insyaallah bermanfaat untuk akhi wa ukhti 💖 Mari saling mengingatkan dalam hal kebaikan 💞 📝: Jangan mencukupkan ilmu melalui interne...