9|PANGGILAN SERAM KE SEBUAH SALURAN RADIO

458 19 7
                                    

Seperti kisah yang sebelum ini. cerita yang di ketengahkan hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

_________________

Suatu malam, seorang DJ Radio pada tahun 90-an mengadakan satu rancangan berkongsi cerita-cerita seram. Ada seorang pemanggil call dan ceritakan satu pengalaman ngeri. Cerita itu didengar secara langsung di radio oleh semua pendengar seluruh Malaysia.

Pemanggil itu telefon dan menceritakan pengalaman dia sedang memandu malam di satu lebuh raya bersama isteri, anak, dan kedua orang tuanya yang mana kemudian mereka terlibat dalam satu kemalangan tragik. Kereta yang dipandu itu terjatuh ke dalam gaung.

Dia memberitahu dia sangat sedih kerana kedua orang tuanya dan seluruh ahli keluarganya meninggal dunia akibat kemalangan tersebut. Akhir sekali dia berkata dia nampak dirinya juga mati di tempat kejadian, diikuti dengan hilai tawa dan kemudian talian terus terputus!

DJ radio berkenaan cuba memanggil semula beberapa kali dan panggilan tidak dapat disambung lagi. Beberapa minit kemudian, rancangan kembali seperti biasa. Ramai yang menyangka ia hanya sekadar satu panggilan palsu atau prank call.

Namun keesokkan harinya, di akhbar terpampang berita mengenai kemalangan di kilometer yang sama seperti yang diceritakan oleh si pemanggil radio malam tadi. Dan mangsa yang mati adalah 2 orang warga emas, seorang kanak-kanak, dan sepasang suami isteri!

DJ radio berkenaan terkejut lalu cuba mendengar semula rakaman malam tadi dari pemanggil misteri tersebut, namun rakaman tersebut kosong dan hanya dipenuhi dengan bunyi senyap yang mengerikan!

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Where stories live. Discover now