14|3 HARI CINTA BUNIAN

425 17 4
                                    

apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________


Selang sehari selepas selesai upacara ‘bercerai’ dengan ‘lelaki sempurna’ itu, kami sekeluarga akan bertolak balik ke Kuching. Jam menunjuk ke angka 5.47 pagi. Beberapa orang jiran turut bersama menghantar kami hingga ke kereta.

Dari atas, aku hanya memerhati gelagat mereka. Val berbual rancak dengan beberapa rakan. Biasa tu sebab bukan selalu dapat berjumpa. My parents kelihatan saling bersalaman dan berpelukan dengan jiran tetangga yang terdekat. Ketika kakiku melangkah satu persatu menuruni anak tangga, aku terasa biasan angin lembut menyapa leher.

“Kumang…” Aku tersentak! Serta merta terasa seluruh badan aku kejang. Mataku tergerak untuk berpaling ke belakang, ke arah ruai. Di dalam samar2 cahaya lampu yang masih on hanya di beberapa pintu rumah, aku terlihat satu susuk. Aku kelipkan mata untuk melihat lebih jelas namun hampa.

Tatapan didalam kesamaran itu, aku sudah tahu milik siapakah susuk tubuh itu. Satu susuk yang sangat aku kenal walaupun tidak pernah kenal; suatu susuk yang aku rindukan walaupun tidak selayaknya kurindukan. Itulah ‘insan’ yang aku dambakan, yang aku terpaksa lepaskan demi selamatkan jiwa yang selayaknya hidup di dunia sementara ini.

Jantungku terasa berombak. ‘Insan’ itu memerhati dari kejauhan. Aku lihat rambut hitam yang panjang di bahu’nya’. Senyuman itu pengubat segalanya. Aku mulai mengalirkan air mata dan tidak terasa aku berlari laju ingin meluru ke arah’nya’ demi untuk meraih hangatnya pelukan ‘dia’.

Aku tiada ayat untuk ungkapkan perasaan pada ketika itu. Pada masa yang sama aku dengar Mommy memanggil namaku berulang kali sambil berlari ke arahku diikuti yang lain. Aku pandang ke depan semula dan ‘lelaki sempurna’ itu sudah tiada. Aku terduduk menangis, lagi….

Dalam sebulan, aku tidak hadir ke sekolah. Aku seolah bisu. Banyak yang ingin aku katakan. Jiwaku kacau, kecewa, sedih, sebak, pilu, marah, semuanya bercampur baur.

Terasa mendidih jauh di lubuk hati. Namun aku hanya bisu. Setiap kali aku bermimpi, aku akan melihat ‘dia’; di mahligai indah dimana tersematnya janji hidup ber’dua’, ‘lelaki sempurna’ itu kelihatan amat sempurna sekali memakai serba putih sambil tersenyum manis memandangku dari kejauhan. Hanya dari kejauhan; tersenyum indah memerhatiku sebelum hilang di balik kabus kayangan.

10 tahun berlalu…

Kunci kereta dicampak ke atas katil. Resit tebal yang diikat menggunakan getah sayur tercampak keluar dari handbag yang tak berzip. Sampul surat berwarna coklat yang mengandungi cash hasil dari sales pada hari itu, aku campak di single sofa di sudut kiri katil queen bed milikku. Manakala boot heels dibiarkan bersepah di lantai.

Aku tersadai lemah di atas katil. Hp dicapai dari poket handbag dan text message “Hey Abad, I would hand in today’s sale to you later in the morning. Can’t make it to deposit earlier. Chao!”, dan mesej dihantar kepada boss tempatku bekerja sebagai Marketing Manager di sebuah bar dan shisha lounge terletak di Publika, Mont Kiara.

Aku menggantikaàan manager bar yang cuti sakit hari itu ataupun bila dia busy, aku akan ambil alih. Selain dari buat marketing, aku juga event planner, grafik designer dan juga ambassador untuk liquor. Aku tahu aku baru 26 tahun dan sudah dapat title ‘Manager’ di belakang.

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Where stories live. Discover now