56|PENGALAMAN SERAM PEMANDU AMBULANS

146 4 0
                                    

Apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________


AMBULANS

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kemalangan sebuah ambulans yang menyebabkan pemandu dan pesakit meninggal dunia di tempat kejadian selain mencederakan beberapa staf kesihatan yang lain. Kejadian ini merupakan satu tragedi hitam buat para petugas kementerian kesihatan Malaysia, dan aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menghubungi salah seorang kenalan yang juga bekerja sebagai pemandu ambulans di hospital kerajaan.

Borak punya borak, tiba-tiba dia menceritakan kepadaku mengenai pengalaman mistiknya yang berlaku pada awal tahun ini semasa dia bertugas pada satu malam. Jadi, mari kita sama-sama membaca kisah ini yang pada saya, amat unik dan terdapat 1001 persoalan mengenainya.

Pada jam 10.45 malam, pihak call center mendapat panggilan daripada seorang pemanggil yang mengatakan bahawa sahabat serumahnya tidak sedarkan diri. Lokasi yang diberikan agak pedalaman dan jauh ke dalam, di mana terdapat sebuah kawasan perumahan teres yang baru dibina.

Sebab yang dinyatakan berdasarkan laporan yang dibuat adalah seorang pemuda lelaki berumur 30-an yang dikatakan menggantung dirinya. Kata pemanggil tersebut, tubuh rakannya itu masih hangat tetapi tidak bernafas.

Apabila aku mengetahui perkara tersebut, aku memecut laju kerana aku fikir, masih ada harapan lagi untuk menyelamatkan nyawa pemuda berkenaan. Sememangnya, kes-kes menggantung diri ini mengikut pengalaman aku mempunyai harapan yang amat tipis untuk diselamatkan memandangkan kalau mengikut kajian sekalipun, kemungkinan untuk ‘completed suicide’ (berjaya m******h diri) itu amat tinggi.

Pada waktu-waktu sebegini, biasanya jalanraya lengang dan perjalanan aku ke kawasan perumahan tersebut amat lancar tanpa perlu memaki atau memarahi beberapa golongan insan ‘istimewa’ yang menjadikan lorong kecemasan seperti tempat mereka bertenggek.

Aku tiba ke kawasan perumahan tersebut dengan pantas, dan Shazri, salah seorang medical assistant (MA) yang menemani aku untuk menguruskan pesakit mulai melihat skrin telefonnya, untuk mencari rumah pesakit.

Aku masih ingat lagi sewaktu itu, terdapat sedikit masalah untuk mencari rumah pesakit ini. Alamat yang diberikan agak mengelirukan di samping nombor rumah dan lorong rumah-rumah tersebut tidak mengikut urutan.

Kau bayangkan sahajalah, ada rumah nombor 3, sebelahnya nombor 18 dan sebelahnya lagi nombor 21. Rumah bernombor 7 itu langsung tidak kelihatan setelah 5 minit kami berdua mencari.

Shazri yang duduk di sebelah aku mulai memaki hamun kerana tidak menjumpainya langsung. Bukan itu sahaja, jam 11 malam sebegini, tiada seorang pun kelibat manusia yang berada di luar rumah untuk kami bertanya. Bukan apa, kes-kes sebegini, sudah pasti setiap saat itu saat berharga. 1 saat boleh membezakan antara pesakit hidup ataupun m**i.

Aku rasa, orang yang menerima panggilan kecemasan ini tadi sudahpun memberitahu untuk berdiri di hadapan rumah bagi memudahkan urusan kami mencari rumah tersebut. Sampai di satu selekoh, tiba-tiba aku nampak seorang lelaki melambai-lambaikan tangan kepada kami.

Lelaki berpakaian seluar paras lutut bewarna biru dan berbaju hijau itu berdiri di sisi jalan dan ibarat dia tahu kami mengalami kesukaran untuk mencari rumah pesakit.

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Where stories live. Discover now