81|PENGALAMAN DORM

120 5 0
                                    

Apa yang saya ketengahkan ini hanya sekadar hiburan sahaja sama ada benar atau tidak, itu hanya Allah Swt yang mengetahuinya.

Enjoy your reading!

play music diatas untuk menambah feel korang ketika membaca

________________

Hai dan assalamualaikum kepada semua pembaca setia. Di sini aku kongsikan koleksi cerita seram dan ringkas yang pernah aku alami sekitar 2013 hingga 2014 di sebuah kolej swasta area Selangor. Nama aku Anne (bukan nama sebenar).

Nota kaki : Menggunakan kata ganti nama “aku” untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman.

Aku mulakan dengan gambaran kedudukan kolej. Dari pagar kolej dengan keluasan parking, kemudian standard kebesaran kampus mempunyai 4 tingkat termasuk lobi paling bawah, ditambah keluasan sebuah padang bola serta kira kanan bangunan untuk pembelajaran dan akhir sekali baru lah asrama. Belakang asrama dikelilingi hutan. Boleh faham?

Fokus pada asrama perempuan, memiliki 4 aras dan setiap aras mempunyai 6 bilik serta 2 bilik air. Di hujung kanan dan kiri adalah tangga. Asrama perempuan juga bertentangan dengan asrama lekaki cuma dipisahkan oleh seluas padang bola dan juga pagar hijau. Aku ditempatkan di aras bilik 6 (sebelah tangga). Kami panggil bilik sebagai dorm.

Cerita 1.
Selepas seminggu menjalani orentasi tanpa perasaan takut, bermula lah episod usik mengusik oleh makhluk halus. Mana tidaknya, sebelum ni aku berani pergi tandas seorang pukul 3 pagi tapi sekarang terpaksa mengajak 2/3 orang kawan. Sudah menjadi rutin harian seorang pelajar, apabila waktu malam tiada aktiviti semua buat hal sendiri kerana weekdays kami tidak dibenarkan keluar dari asrama. Penjara bukan!

Suatu malam, sedang aku on the call (otp) dengan kekasih hati yang juga pelajar kolej di luar dorm sekitar jam 11 malam bertemankan pemandangan asrama lelaki. Tiba tiba kekasih aku menyuruh aku masuk ke dalam dorm semula. Aku yang heran bertanyakan mengapa tetapi dia berkata akan menceritakan di esok hari katanya kena cerita waktu siang.

Setelah masuk ke dalam dorm dan melayan mata untuk tidur, entah bila aku terlelap, aku dikejutkan dengan bunyi goncangan tombol pintu dari luar. Untuk pengetahuan semua, katil aku berada dua langkah dari pintu. Mustahil aku tidak dengar goncangan yang kuat itu. Aku yang takut berani mengejutkan kawan disebelah dan dia pun mendengarkannya. Dia menyuruh aku buat tidak tahu tetapi aku tidak boleh tidur sehingga azan subuh bergema. Seingat aku kejadian tersebut berlaku lebih kurang 1 jam sebelum azan subuh. Semasa sarapan pagi di cafe, beberapa orang budak dorm aku juga cerita yang mereka dengar goncangan itu dan semua berasa takut tetapi perasaan seperti angin lalu. Tamat sampai situ.

Petang selesai habis kelas kami lepak di lobi kampus dan dia menceritakan bahawa semasa ber’otp, dia nampak lembaga putih seperti “pontianak” sedang menuruni tangga dari tingkat atas ke bawah. Bukan seperti manusia yang melangkahi anak tangga tapi terapung. Bertuahnya aku cepat masuk jika tidak pasti bersua muka. Huh!

Cerita 2.
Ada suatu malam tu, kami 12 orang di dalam dorm masing masing tidur lambat dan sebelum tidur sudah berjemaah ke tandas melunaskan hajat kecik mahupun besar, ada juga yang membuang sampah makanan dan minuman ke dalam tong sampah yang ada di tandas. Usai itu, kembali ke dorm untuk tidur.

Paginya seperti biasa, aku akan menjadi orang kedua terakhir bangun untuk mandi dan bersiap. Partner sebelah katil aku, namanya Nora. Masih lena dibuai mimpi. Sudah aku kejutkan tapi dia masih belengah lengah. Aku keluar dahulu untuk mandi dan selesai mandi ketika mahu melangkah keluar tandas, aku nampak Nora lalu depan sinki. Lantas aku menegurnya “baru nak mandi?” tapi Nora diam dan terus berlalu.

Kemuncaknya ketika aku melangkah masuk di dalam dorm, mata dan langkah aku terpaku melihat Nora sedang bersiap memakai baju. Seingat aku, tidak sampai 1 minit lepas aku menegurnya tapi lihat lah sekarang dia sudah bersiap di dalam dorm. Aku yang tergagap menanyakan “bukan kau dekat tandas ke?”. Tidak di jawab soalan aku tapi riak mukanya sudah berasa hairan. Lantas aku bersiap cepat dan memberitahu Nora nanti kita cerita dekat kelas. Di minda aku masih berteka teki siapa yang aku tegur tadi? Huhuu yang pasti bukan Nora sebenar.

Sebelum aku jumpa lembaga menyerupai Nora, rupanya orang pertama yang keluar dorm sudah terkena apabila buka pintu terpijak sampah yang sama mereka buang sebelum tidur di tong sampah tandas. Mereka yakin dan pasti itu sampah yang sama kerana sampah malam tadi tiada di dalam tong sampah bekenaan. Dan lagi sampah pun belum di pungut oleh makcik clearner. Jadi siapa yang letak kembali sampah kami depan dorm seawal jam 5.30 pagi? Berhuhuu lagi

Cerita 3.
Isnin selepas habis kelas lebih kurang jam 6.30 petang, aku dan beberapa orang kawan melepak di lobi. Kemudian telah masuk sekumpulan kawan kawan yang baru pulang dari menyertai seminar outdoor. Ketika aku nampak 2 orang kawan aku lagaknya lain macam dan terus aku berkata “ada yang dah kena”. Jam 7 sebelum balik ke dorm, aku telah pesan dekat Nora bahawa jangan pandang mata 2 orang kawan yang baru pulang sebentar tadi. Dia tanpa banyak soal, memahaminya.

Ketika aku melangkah masuk ke dorm, salah seorang kawan “yang sudah kena” tadi berdiri membelakangi cermin memandang tepat ke aku tetapi aku dapat melihat wajahnya dalam cermin dengan senyuman yang sinis. Lantas aku menarik Nora untuk turun ke cafe. Tidak aku beritahu mengenainya bimbang Nora takut. Lebih kurang jam 9 malam, kami di gemparkan dengan beberapa orang pelajar terkena histeria termasuk kawan aku yang 2 orang sudah terkena tadi. Warden arahkan kami masuk dorm masing masing, biar ustaz dan pakar perubatan islam yang menyembuhkannya. Mereka pulih tetapi masih lemah dan boleh dibawa pulang oleh keluarga. Katanya ada benda yang mengikut kerana salah seorang dari peserta seminar tersebut sudah membawa pulang kepunyaan benda tersebut.

Setakat ini sahaja dahulu cerita dari aku. Banyak lagi yang ingin aku ceritakan tetapi sudah terlalu panjang dan jika berkesempatan, akan aku luangkan di masa yang lain. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan maaf jika terdapat kesalahan. 

Credit to: Anne (bukan nama sebenar)

Historias De Terror {koleksi kisah-kisah seram}Where stories live. Discover now